Dinner at Muara

Senin lepas Ajie hanto mesej nak dtg KL ari Khamis, ada seminar katanya. Jumaat malam nak balik Bukit Goh. Tetiba dtg angin baik aku rasa nak belanja adik jantan aku nan sorang ni. Yelah diakan dah menyeponsorkan percutian ke P.Perhentian ari tu, rasa nak balas jasa dia la pulok. So semalam sesampainya di KL beliau terus meronggeng ke SOGO dulu, adik aku ni kalau dpt menyopping kalahkan pompuan. Lepas Maghrib (nak masuk Isyak pun) pilah amik beliau di Mid Valley. Tu pun lepas shopping kt MV jugak tu. Malam tu ingat nak balun ye2 jugak sbb tu En A dan aku telah siap sedia mengosongkan kompartmen perut kami. Setelah sesi mesyuarat tergempar antara aku ngan Encik aku tu maka kami decided nak makan kt Muara Ikan Bakar Port Klang.

Amik Ajie yang adoo. ..member baru lepas makan ropanya. Sampai ati betul dek non tu. Dia telah mendakwa bahawa bosnya telah memaksa dia makan (alah sebenonya bos dia belanja dia tu, dah kena belanja makan tak hengat). Tak pe le, misi diteruskan. Mak datuk punyalah jem nenas KL semalam, tersengguk-sengguk pukul 9 lebih baru buleh masuk highway gi Klang. Encik A aku pulak 10 kali pegi Port Klang 10 kali juge le beliau masuk arah magnitud yg berlainan. Le maklum kt sana ada pelabuhan utara, selatan, timur barat bagai... Dgn perut dah masuk angin tu aku mulelah dtg angin meroyan, pong peng2 kt Encik aku yg dgn redho menadah telinga beliau. Sekali adik aku wat keluo le henpon dia yg tercanggih sket dr kitaorang ni, yg ada GPS punyer, tu pun satu, dari tadi tak hengat, makanya terjumpalah kami dgn amannya Muara Ikan Bakar Klang tu. Ni yg wat aku nak beli henpon canggih sket ni.

Tapi berckp pasal gajet ni elok le aku lakibini ni tak pakai henpon canggih pun. Janji buleh wat call, terima call n sms dah le. Nak2 asben aku tu, lagik buta hurup bab gajet yg advance ni. Tu kira dia dah pakai henpon canggih sket la yg ada beratus2 lagu ngan klip lagu bagai dlm henpon dia, ala2 skrin sesentuh lagik. Tu aku belikan kt dia sbb adik aku tolak henpon dia dgn harga yg amat le berpatutan utk henpon yg teradvance le dr henpon zmn batu kitaorang ni. Oleh kerana 'canggih'nya ia encik aku tu nak setting ringtone pun terkial2. Maka aku kejenya tiap2 mlm tuko ringtone henpon dia le sampai satu ari dia balik keje dgn muka monyok. Dia kata sampai ati aku setkan ringtone lagu org darat Sarawak zmn lama2 ke tajuk Mukun sbb sume org gelakkan dia time meeting editorial. Alah aku kata, glamer le kejap, tu mesti ada org nak ringtone tu. Satu lagik wat dia bengkek gek ngan aku masa dia gi China tu ari. Aku dah pesan amik flight mode dsb. dlm kapal tobang tapi aku lupa aku set alarm clock ngan satu lagu kartun. Maka ketika org tgh sedap tido dlm flight tu tetiba lagu OST Gaban berkumandang dgn megahnya, lebih kurang 'wakasau, wakasau senandung....' , maka gelabah bewak le encik aku tu nak menekan manalah punat nak stop alarm clock tu. Nak2 tu selang beberapa minit lagu tu keudara balik, last2 encik aku tu terus 'kill' tepon tu, sesampainya kt tanah beso beliau terus ngelabah mengemail aku menanyakan code tu pin ni kt aku... hem yg adooo lah pakwe aku tu...(panjang lah pulok esei topik tepon ni)

Berbalik kesah tadi (hampir aku terlupa), nasib baik org tak ramai dpt cepat gek le. Tapi disbbkan ahli jemaah 3 org je yg dah berangin masuk asap esofagusnya maka aku order volume yg moderate je ler. Anak bujang aku pun dah kenyang sbb dah melicinkan sepinggan nasik kt umah pengasuh dia sblm balik ptg tu. Maka dapat le berborak2 ngan adik kesayangan aku tu yg menjelma sekali sekala kt semenanjung ni. Moral of the story kalau nak cepat dpt order mmg kena datang malam weekdays kalau pi weekends, org punyalah ramainya kt sini, maka layankan ajelah gambo2 semalam ni..


Balun jgn tak balun...


Ajie yg dah keletihan sbb kekenyangan hanya mampu melihat saje....


Dgn sekelip mata dah lincin....

Oh! Aku kah yg menghabiskan ini sume? (memang ye pun...)

Yg ni memang best...nasib baik sempat amik gambo sblm abis....layan.....

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet