Sembang mak-mak orang

Assalamualaikum! knock knock..sape di dalam?

wehhh mata gue ari ni lawa sikit dari panda jer...boleylah pulak hakak melayan Khabi Kushi Khabi Gam sampai kul 2 lebih semalam...pahtu adinda tercinta sampai from Kuching n bertanggak kt umah, so sambung OT sampai kul 3 pagi.
Aku kan selalu ketinggalan train, bayangkan citer tu production tahun 2001, tahun 2012 baru le aku tengok wahhh epic betullah aku klu bab terkebelakang dari org. selama ni dok layan clip lagu dia je, klu tayang kt tv time raya pon harghaaammm zadeh lah nak tengok inspector shahab, ada je gangguan atau haku tak baper minat, sekali tayang tengah malam buta time sume org tido baru ler lehh fefeeling. once dah tengok kena stick mcm glue plak depan tv, aku sejak mesia replicate qabil qushry qabil igam mintak mahappplah aku nak layan, terdera emosi tgk mesia berlakon ala2 hindustan okeh- get a life! (sowiii ler peminat2 pilem tu sekalian)

Kesian uols juling2 baca entry Bandung kak Yong yek, punyeeeelah panjang eks. Manakan tidaknya, makan dua minggu tulis post tu akakaka...tunggu le Bandung 2 esok sampai tak cukup kertas aku tulih mahahaha...*padahaltakdesapepedulik*

Dah lama tak sembang mak-mak orang, cerita perihal dapur dan anak2, meh le masuk umah Kak Yong, nak gosip2 sambil minum kopi deh.

1. Anak terunaku sayang : Ammar my beloved autistic kid

Alhamdulillah...he's progress, dah masuk 11 tahun ni menyaksikan banyak perkembangan positif pada diri dia. For those who have autistic kid out there, don't feel down and low. You are doing great, berdoa banyak2 dan jgn lupa attached kan dia dgn kelas2 terapi yang ada. These days, many government schools yg ada kelas integrasi mengadakan banyak kelas2 terapi utk anak2 istimewa kita. Some of us might not be able to send them to NGO centre due to the budget/time constraint or, you have to 'que' due the long list of names for registration, jgn frust, sekolah gomen kan ada... I know, they kind of mix all the kids with different disabilities in a same class, but still they are doing their best, kt sekolah Ammar, these kids ditenpatkan di kelas2 mengikut level/tahap diaorang. Macam Ammar, tiap2 tahun Tahap 1 lah sbb dia boleh 3M and uruskan diri sendiri, macam tulah. Hajat hati nak lagi hantar dia ke NASOM utk betulkan behavioral disorder dia tapi apakan daya, none of us, me n hb, can send and pick him on time, we have to abide to the rules and reg. of our company kan, tak leh keluar sesuka hati, dulu hantar kt NASOM PJ, we thought dia bagus disitu tp sayang juga, due to our working hours, selalu ambil dia lambat and we have to bear additional cost utk ambil lewat. wahhh terus omputih perenggan disitu.
 
 Ni antara terapi dak Ammar, tunggang kuda every Thursday kt Setia Alam. Apart from the therapy, they kids had so much fun kt sini. Patut le gi Bandung tu ari beria2 beno nak menunggang kudanya!

 Sume terapi kami daftarkan utk Ammar, except Taekwando. We stopped it when we found that dia jadi cam ganas jeee, termasuk ala2 nak karate adik! brrrrrr...scary dow! plus more dia ni cam lembik je nak tendang2, tak sheshuai lewww... selain tu ada terapi renang, muzik, sensory integration, etc.


 Lately dia jinak bebeno nak semayang, asal masuk waktu je terus pi amik wuduk dan solat. Asal tengok aku duduk bersenang lenang je mula lah tanya, "Ummi dah solat belum? Tak semayang masuk api neraka!" - yolah nak. Hari2 praktis baca ayat2 lazim, tak kira tempat, tgh q nak bayar barang kat kaunter kedai pun baca, tgh gelabah jam dlm kete pun baca, pahtu tanya, "Ummi, kenapa wayamnaunalmaun? kenapa yuwaswisufi? kenapa.. oihhhh kenkadang lemas mak ko nak. ate nak jawap sbb apa? kt umah rajin mengeyoutube al quran, pahtu dia ikut baca, ni takde sesapa pun yg ajo, ikut kepala dia sendiri je. Instead of unleashing ciri2 autistic cam tepuk2 tangan dan lompat2 klu overexcited, repetitive pertanyaan (yg ni sgt2 kena bertabah dan bersabo, klu dia suka satu bab tu yg tuuuulah dia tanya sepanjang hari), dia baik-baik aje, byk juga dah berubah. Cuma sekarang tak boley ditegur, klu tak kena cara tegur dia protes le nak baling2 bantal (tp takut2 jugak), dak pun dia menangis pahtu cakap benda2 yg dia import dr normal kids cam gilerrr, mampos, dan ayat2 catchy bebudak sekrang adoih.....


 couple of months ago, gi jenjalan Low Yat teman anak buah nak beli lappy, bawak le Ammar sekali, mokna ANS tinggal kt umah haha...sekali yang meneman ni le yg angkat satu lappy buat anakanda tercinta, sbb nak bagi hadiah dpt puasa penuh. Budak ni lebih prefer layan lappy dari ipad, hok kt umah dah rosak lama, maka sian pulop kt dia, la ni pulak selalu bergaduh budak berdua kt umah ni rebut ipad so beli le satu. budak autistic cenggitu, dia payah nak bertukar dari routine biasa. masa beli ni tak le ckp kt apak eh...ko gilerrr gaji lambat lagi sekali duit saku beli lappy, atleast balik umah tak boley buat apa2 dah sbb dah terbeli bahahaks sangat bini mithali mak ko yek.
 afterwards treat Ammar with shushi. syabas mera beta...mera khandan mera khurur heyyyy...tekak melayu sejati mmg takleh jive ngan japanese food nampaknya, aku pulak nak termuntah2 ngabiskan shushi dia.


beli yang biasa-biasa je supaya klu rosak tak le maknya meraung, setakat meleleh airmata mungkinlah kot harharhar. yeahhhh aman sikit hidup mak ko, klu tak menjerit2 si mak enon berebut ipad ngan abang.

2. Sembang2 Dapur

 walahhhh.. dah lama cari plastik food portion ni, sejak tgk si chef pala botak License to Grill tu selalu marinate bahan2 bbq dlm plastic lagu ni- mmg dok tercari2, ada kt ikea rupanya bendalah ni. saya kan bukan setakat tertinggal train, katebang pun boley tertinggal, apatah lagi kitchen2 app. macam ni. sgt membantu buat portion2 ayam/ikan dlm freezer.

sejak ada mokna tu, mmg aku jarang ke dapur kecuali terpaksa dan weekend. Si anje-anje masih idok leee bagi maknya duduk kt dapur lelama, bagi apa pun wat main tak lutnya, nak soh kita dok main2 kt hall ngan dia je. bagus, kecik2 dah diva. tp klu apaknya keje lewat malam yg bermaknanya takdek org nak layan diva kecil idola, terpaksalah juga masuk dapur sbb Ammar sgt tak boley mis soru. Sudahnya masak simple2 je.

 cam ni, ai adalah sangat tak guna mee kuning, sgt trauma ngan kes asid borik, so damn worry for the kids maka replacementnya adalah pasta vercimelli. ni dalam proses nak wat pasta sup. beginilah caraku. dah rebus n toskan pasta tu, sangai ngan some olive oil, kicap n some sos bijan. sprinkle le some pepper. Yakni selepas kita sudah menyediakan supnya.

 homaigowddd... Ammar mmg freaks out klu tengok sayur bebanyak macam ni. sekarang sudah berjangkit sama itu adik. bagus, it runs in a family nampaknya. saje aku boh banyak2 supaya dia akan bosan menyahsingkirkan sayur, clever mommy. but clever lagik anak. terus haaaaakkkkptuiiiii itu sayur. termasuk yang kecik. siap bersembur2 lagik ke serata alam. bagus nak. these kids nowadays sangat terer buat mak  tersentap.*airmatayangberderaii*

 tadaaaa... inilah hasilnya, airtangan ibunda tercinta, dispite of the sayur2an, anak2 mmg makan sangat laju, termasuk yg kecik. syabas mere jaan...slurppppp sodappp, ehhh terpuji diri sendiri pula,  maknya yg kembang tekak sbb cam makanan org sakit, takdek pedas, takdek rasa, so buat ler cili kicap potong hahhah baru le kick dop!

 
 so mommy sudah worry pasal nutrisi yg tak cukup sbb they kids are the vege haters. mak ko kan selalu terpengaruh dgn iklan. tgk kt tv tu cam bagus je produk ni, nak menerai kt little Phia. ok, dah beli sebulan tapi trynya belum2 lagik, hermmm typical mak yong.

3. They kids.

 aloh aloh aloh...sekarang dah rambut awan nano. suka lerrrr main patung naruto saipudin abangnya. sungguh tak Paris Hilton me dotter.
 Dalam hati ada taman....taman hati mak kau okeh. Aku cam brutal eh, tapi ada dua tiga ekor koleksi patung barbie yahh....*tutupmukangantangan* sekarang rasanya... tibalah masanya untuk mewarisi koleksi fairy tales kepada puteri tercinta...

 hoihhhh Ammar agak-agak arrrrr, very the gatai one hang nohhhh...
 suka la tewww suka la tewww...

 owwhhh this is not a good sign...ada hati nak congkel mata patung tu yahhh

 another bad sign.....memerati dgn penuh keterminatan sebelum ehhh cam nak lapah je patung tu...
 marilah kita abadikan kenangan patung comel sebelum ia bertukar rupa kepada hantu kak limah, ataupun sebelum ia menjadi OKU huhu...

 practice makes perfect....'laksamania' kegemaran anak and apak eh.

 anytime you request son, anytime.... kecuali mood malas melanda.
and they ate it like piranha... tak kasi chan langsung dak Ammar ni, haku pun tak sempat nak merasa huhu...

 Last but not the least... woihhh makin byk akai noh... la ni suka bebenoooolah half naked *gulp*. suka tanggal seluo n diapers, kendakang sedo2 dah tercicir merata-rata... mulalah aku terbongkok2 nak mengesan tompokan-tompokan air kuning dilantai, cam nak cari periuk api dow, dah la mula rabun dekat, hermmm kids, aren't they do the darndest?

Okay folks,

Salam Aidil Adha semuanya, have a save trip balik kampung yahhh!

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum

first of all, I would like to wish U to have a meaningful Aidul Adha.

secondly, your email to boleh pakai ke? cam tak lengkap je. I have something for U.

Thirdly, banyak-banyak bersabo, Allah beri ujian pada kita kerana dia ciptakan kita ni manusia yang mampu tanggungjawab amanah dia. Dan orang sekeliling tu memang tak boleh jadi awak tetapi sekurang-kurangnya emphaty dengan keadaan awak yang punya anak istimewa. Jangan manis muka belakang mencebek.

Nungguin, Bandung part 2

Ahkak
Aslmkm..
I fully agree... Seseorang yg menerima sesuatu ujian, Allah tahu dia mampu memikulnya. You are a great Mum, Yong!
Alhdllh, suker tengok progress Ammar.
LEEzasTOUch said…
Assalam dear Yong
Wah!Kak liza really salute you lah... mana bekerja n menjaga anak2 lagi...penyabar pulak tu. Keep it up my dear! Berbaloi tau...bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.
Yong Kamariah said…
w'salam ahkak...
tq, i wish the same to you too yah...
emailnya yong_ramli@yahoo.com
insyaAllah, thanks for the kind words, sesungguhnya aku kenkadang ilang sabo Ahkak! bersabo dan bertabahkan hati selama ini, saya dah tak kesah dah ngan ckp2 org keliling, saya redho!


W'salam Kak Iha...
thanks for your kind words kak iha, mmg benarlah, insyaAllah saya redho memikul amanah dan ujian ini..salam Al-adha kak..


W'salam Kak leeza,
Tq kak leeza...heeee working mom and housewife cengginilah kak...balik keje hadap anaklaki and rumahtangga pulak..tp tang penyabar tu payohhh sikit sbb selalu jugak le hilang sabo khennn hahaha...harap2lah kak, nti dapat bersenang2 kemudian hari, insyaAllah.

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah