Mak, Oh! Mak...

Hari Jumaat lepas mak masuk wad, lepas wat ultrasound mak balik umah Kak Long. Semalam mak masuk wad balik sbb esok mak nak op. Setelah ke hospital, klinik sana-sini, termasuklah perubatan tradisional akhirnya mak direfer ke HUKM, katanya kt situ ada specialistnya.

Sebenarnya aku pun tak tau op yg mak nak hadapi ni major ke minor op, aku cemas giler. Batu karang kt buah pinggang mak dah makin besar sampai kidney mak bengkak. Bila kidney bengkak, blood pressure pun naik. Dah tak leh guna laser dah. Yang menambahkan kerisauanku adalah keadaan mak yg aku rasa tak fit utk op. tu. Mak pesakit diabetes tegar, gula tinggi manjang. Kata doktor, it's a bit risky memandangkan faktor usia dan kesihatan mak. Aku takut proses healing tu tak berjalan lancar. Seram gek aku rasa dan mak pulak dah pasrah dah, kadangkala dia give up pun. Bulan lepas mak sakit sendi kaki yang teramat, sampai tak tertanggung sakitnya. Kesian sungguh tengok mak yang kesakitan camtu. Sebab tu mak selalu give up, dia selalu kata masa dia dah nak tiba. Kata2 tu menusuk dada aku sebenarnya, tapi i put a hard wall against my heart supaya aku tak tercarried away dgn keadaan mak aku, aku takmoh pikir benda/possibility yg negatif tu... aku selalu doa pada tuhan... berilah lagi sedikit nikmat hidup ini kepada ibuku, dia sudah puas susah masa mudanya dulu, ya Allah, berilah sedikit waktu lagi untuk dia merasai bahagia....

aku teringat kisah yg mak pernah citer kt aku, iaitu masa kak long, kak tie n pak ngah kecik2 dulu..aku pun tak dek lagik...masa tu mak tinggal kt Kuala Pahang, arwah Ayah jadik nelayan lagi masa tu. Arwah Ayah tak balik dah berhari2, mak tak dek duit, sume kekeringan je masa tu. Malam hari umah mak bergelap, sbb minyak tanah dah habih nak pasang pelita. Bila org tanya kenapa bergelap, mak kata anak2 meragam, nak tido dlm gelap. Malam tu anak2 mak menangis kelaparan. Utk hiburkan hati anak2, mak bercerita kisah2 dongeng sampai anak2 mak terlelap. Subuh2 tu ketika anak2 mak masih tido mak bangun dan meranduk sungai bakau, nak cari benda2 boleh wat makan cam buah kemunting ke.. ntah camana mak jumpa duit 5 inggit dihanyutkan air. Mak gembira sungguh masa tu, balik umah mak panaskan tungku dan pekap duit tu biar kering. Mak pegi kedai beli beras, gandum, gula. Mak nak buat roti canai kt anak2 mak, dpt byk keping dan anak pun cepat kenyang. tapi duit mak tak cukup nak beli susu tin. mak pegi kedai kopi, minta bekas tin susu yang dah habih dan org kedai dah nak buang, bila org tanya mak kata nak buat pelita tin, tapi sebenarnya balik umah mak korek sisa2 susu yg masih berbekas lagi, buat ramuan dlm roti canai versi mak. Sedang mak bersiap nak masak, ntah mana tetiba muncul sorang lelaki yg lusuh benar, baju pun koyak rabak, mintak duit dan makanan kt mak, kata dia anak2 dia dah berhari tak makan, mak apalagi, simpati sgt kt org tu tambahan pulak mengenangkan nasib mereka yg lebih kurang sama, last2 mak kata marilah kita bahagia dua gandum, beras dan gula tu, jadik mak bahagi dua dan bagi kt org tu, mak tahu 'rezeki terpijak' yg mak dpt tu pun mak tokleh tamak.. keesokannya, ditakdir tuhan, rezeki mak berganda (agaknya sbb tolong org, ke sbb tuhan nak menguji?). Esoknya, ayah mak, iaitu arwah Tok Ki aku dtg jenguk mak, arwah Tok Ki bagi 50 inggit kt mak, masa tu 50 inggit beso beno. Arwah Tok Ki ada bot sendiri, nelayan jugak, kalau tangkapan byk rezeki pun lumayan... barangkali tuhan nak uji mak, mak kongsi rezeki ngan org, tuhan balas lagi besar, Allahuakbar..... begitulah cebisan kisah mak yg selalu susah masa muda2 dulu... bila aku kenang2kan macam citer dongeng masyarakat, tapi itulah yg benar2 terjadi kt mak, mak pun masih hidup lagi tu...

aku tak pasti samada mak dah lupa kejadian tu, dan aku pun rasa meremang gek dengo citer mak aku tu... kini bila ada sedikit berkemampuan, kesihatan pulak tak izinkan mak.... mak, tabahlah selalu...hidup ini bukankah ketentuan Dia yang satu...



Melawat mak kt hospital last Friday... sian mak...






Mak tengah berbual dgn anak lelaki kesayangan mak yg berada nun di Sarawak....






Ammar got sentimental dengan Awenya...

Keesokkannya, kekasih hati aku pula demam, dia selalu demam sbb tonsil, maka inilah makanan dia, nasik lembik n sup sayur, yg tak pedas2....yg deep fry dlm mangkuk lagi satu tu girlfriend dia punya, utk mempercepatkan lagi proses pembinaan badan dia...

oh yea, ni rentetan peristiwa Ammar botakkan kepala sendiri. Sebelum....




Muka cam tak rela je...

Taraaaa..... there you go.... a master from Shoalin.....

Comments

Amri Mat Saaid said…
salam

berbakti le kepada emak mike tu selagi dia masih ada hayat esok dah tak de rinu-rinduan le pulak

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA