Ayoh! kembali ke sekolah...


Ha, tajuk tu lagu jingle iklan kasut ke, beg sekolah kt tv tu... dah seminggu dah bebudak kembali ke sekolah. Sedar tak sedar dah Tahun 2 dah anak aku sekolah. Aku punya preparation ala2 aje, baju, kasut, beg tahun lepas elok lagik. Kata E. azhar utk meraikan anak sekolah kena jugak beli baju baru sempena tahun baru. Okaylah, buleh la beli selai dua. Yang aku tak sado dan perasan adalah betapa pesatnya anak aku membeso... Dgn kompidennya aku membeli 2 helai seluo sekolah yang aku kira dan congak setakat 'up'kan 1 size bigger dr tahun lepas. Malam nak sekolah baru try test kt anak. Larrr... rerupanya nak kancing kt perut tu tak celusss... kesian Ammar kena tahan nafas sbb mak dia nak terak jugak kancing seluo tu. Ish, tak leh jadik, kang biru birat anak aku tercekak pernafasannya. Panjangnya elok je, pinggang seluo tu pulak macam kerengga sizenya. Hem dah sah anak aku dah jadik makin gemuk cam mak ngan ayah dia. Mana taknya cuti sekolah ni dia kerja makan, makan dan makan lagi sambil main game.

Aktiviti tercinta dia yakni melompat2 dan terkinja2 ke hulu hilir dulu dah makin kurengs sbb dok mengadap pc sepanjang masa. Kalau dulu aku selalu joking kata anak aku ni kolestrol pun takut nak lekat kt dia, asek terbakar je dek aktiviti hiper dia. La ni bila aku picit2 perut dia.. tu dia, berlapis2 aku tgk lemaknya. Dlm pada tu mulalah aku cemas nak carik resit balik, dah2 sah2 ke mana loktangnya aku campak benda alah tu. Hemmm.. there goes my RM, kenalah wat kerja amal jariah, sedekah kt sesapa yg patut.....

Ammar 1st day at school tahun 2009, cikgu kelas pun tuko, kelas pun tuko, dis year all-boys band...


Akibat tidak mengukur baju di badan sendiri... ish ish ish.. size 23 tu aku rasa dah beso dah tu...


Kalau anak dara Anis minat Barbie (termasuk maknya sekali), anak teruna aku segala2nya nak Ben 10, tak paham aku mana lah bestnya citer Ben 10 tu....

Seorang budak lelaki yang tgh concentrate gilerr...
ye ler, giler main game... disaster..disaster...

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah