And the cuti is over....

Arghhhh..tensionnya kena balik opis balik. Seminggu cuti rasa kejap jek.

Kali ni tak sangka aku jejak jugak ke JB. Masuk JB terus teringat Singapore. Sebelum tu lepak 5 hari kt kampung. Dlm lepak2 tu aku sempat gek meronggeng ke Kelantan, dah Kak Long ngan A.Zan ajak maka aku pun macam org mengantuk di sorongkan bantal. Qado balik last trip kt Rantau Panjang. Sebelum balik KL anak aku buat hal, ntah apa excited sgt dia melayang terbang kenalah terhempap mak aku kt tulang rusuk, kesian org tua tu dah la tak sehat anak aku lak wat hal. Sian dia berhari2 sakit kt bahagian tulang tu. Tak tau nak kata apa lagik aku ni... rasa bersalah giler lak kt mak aku...

Anyway, hari Jumaat lepas jadik jugak masuk highway ke Selatan. Hajat aku sampai ke Melaka je, tapi En. Azhar tetiba kata jomlah gi Johor, dah lama dah tak gi sana. Aku pun okay je ler. Sampai JB dah petang, carik2 jalan dan tempat penginapan pun dah berjam2. Aku dah memang sematkan kt dada no shopping sbb dah tercedera parah masa kt Kelantan. Gi makan angin sampai kembong jek. Lepas ronda2 bandar JB pi dinner kt Stulang Laut. Teringatlah pulak kt makcik Zureen tapi phone bateri dah kong keng. Esoknya baru dtg akai nak switch sim card kt phone En. Azhar. Lepas ronda2 kt the Zon, lawat muzium/istana, round2 lagik, akhirnya.... ada rezeki jugak aku nak singgah umah sahabat lamaku itu. Di sbbkan merewang aku kali ni tak terancang pun, maka tokleh la berlama2 kt umah Z. Tapi tak pelah, survey2 jln dulu, nti kalau ada rezeki buleh le lepak lama2 sket umah ko yek Z (tu pun kalau sudi lagi la...). Walau sekejap tapi cukup lah dapat lepas rindu di dada..chewah... kalau lah dpt jumpa jugak sume member2 lama cam ni kan best...

Lepas JB next destination ke Ayer Hitam -Parit Raja-Batu Pahat. Tido le semalam kt Parit Raja umah Yong Ina, anak buah Encik Azhar. Tapi dah sampai kt tempat pasu2 bunga kt Ayer Hitam ni takkan le setakat nak tengok je kannn... Esoknya lepas pekena nasik Bariyani Power kt Batu Pahat terus mara ke Melaka. Di sbb dah petang dan esok budak dah nak sekolah maka sempat round2 kt Banda Hilir ngan lawat 'pet member' Ammar kt Taman Buaya je ler. Sampai umah dah pancit keletihan...... Esoknya nasib baik cuti sbb budak nak sekolah.

Anyway, best jugak gi jln2 tak terancang cam ni, aku just love the unexpected thing camni, u don't know what you gonna meet, get or face...





Jalan2 di Danga Bay


Kat Muzium/Istana Besar Sultan Abu Bakar, JB




I always love muzium, since I was a kid. Pi mana2 mesti aku carik muzium, ntahlah, 'roh'nya tu meresap je ke jiwa bila aku tengok/baca something historical ni.... ish, sentimentalnya jiwa aku ni...but funnily, i dislike History lesson...

Isn't it wonderful to be at a greenish, beautiful place like this? Terus aku terpikir historical place dedulu yg mana kt palace2nya ada taman2 yg cantik camni...hai...



Taraa... sempat posing ngan sahabat lama, Zurina Rosmani kt rumah beliau kt area Skudai. Makcik Zureen tetap maintain- tinggi...
Alahai semangat sungguh si kecik Hazeem ni. The coolest baby I've ever met. Mee kari ko ari tu memang best, wah, dah terer masak ko sekrang ni ek. Nampaknya makcik Zureen dah happily settle down kt sini dgn hero2nya yang cool tu, ada rezeki kita jumpa lagik ek, (ntah2, sedo2, time tu masa dpt undangan nak terima menantu ko je..heheh...gurau jer)






Melawat buaya kt Taman Buaya, Ayer Keroh. Kt Melaka ni terus teringat Siti Saluwa. Tapi mana nak cekau carik umah beliau, no. phonenya pun aku tak dek, yg aku ingat no umah beliau no. 8, Kechamatan apa, Kabupaten apa, aku tak tau...

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA