Tuesday, August 6, 2013

Last kopek .. and Selamat Hari Raya!

Amboi amboi amboiiii.... berseri2 muka masing2teww dah balik raya tewww... sonot ye? Ada yg dah sampai kampung hey? kita masih kt Kay El lagi uols. Tengok le petang ke mlm ni ke balik lew Kuantan. Tu pun tumpang orang. Apakanda hari Raya baru dapat cuti, makanya babailah weol jln dulu, nak merasa berbuka umah mak jugak, aku tak kira nakkkkk jugak.

Entry ni sepatutnya jadi entry nak wat terliur kt org tp agak faillah sbb dah lambat nauuu... Ai is terhambat dek kebizian uols. Balik umah pun tak sempat berkemas. Nak muntah dah tgk umah sendiri. Balik umah dah tergesa2 masak, lepas bbuka maghrib pahtu ngaji sesikit pahtu sambung Isyak pahtu klu rajin tarawikh, klu tak rajin tu bermakna aku dah tersembam atas sofa ahahha...kul 1.30 terjaga baru le solat Isyak, nak sambung tarawikhhh adohhh mata dah macam digam2, rakaat last pun boley cam terawang2an, masyaAllah...laghaaaa sesokmo ni, padahal Dia dah 'kejutkan' tghmalam soh wat ibadat tu, tewasssss jugeeeelah ngan mata benci ai.

oklah, dah penat2 amik gambo tepek jelah noh. padahal dah tak seghairah biasa dah nak amik2 gambo iftar ni. klu masak rasa cam tahap bachelor baru le amik gambonye.
 
oklah puan2, ni ari apa tak ingat masak daging salai lemak cili api. Boh dlm 10 biji cili api esoknya rasa lebur bottom menchirbhir. hoihhh dah tua ni perut is kenot tahan the pedas leh. Asal aku makan pedas2 je time menyahur dah menyahut seruan toilet. tapi sedaaaaakkkk sgt ni tau. eh terpuji diri sendiri pulak. tak per, blog kita suka kitew lewww. masa order ni ngan budak Somban tu, mintak dia cari belimbing buluh sekali. yeahhh baru le fefeeling kolo pilah daging den bertingkek tingkek...owhh gitew. wat pekat2, apakanda makan bertambah2. laki aku mana makan tak pernah tambah dow.

lepas tu beli terung ada banyak le. Tak tau nak masak apa. ahhh boleylah goreng celup tempura. sedap gek.

pahtu beli siakap sekor. Masak le sweet and sour. tak jumpa nenas. tak jumpa sebab malas nak tobek2 nenas sebijik. so ai gantikan dengan epal hijau. So ikan siakap sweet and sour with apple sauce, klu nampak menu ni kt tepi tingkat resto nak masuk takkk? leh. sedap tau! walau rupamu tak menggoda tp ada umphhh. ikan kerat dua sbb malas nak keluo kan kuali beso. bolehlah. tema Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang malas. serba-serbi malas. taktaulah apa nak buat ngan pompuan ni. Tp Alhamdulillah Ramadhan ini Ramadhan yg tidak membazirin, almost zero defect pembaziran left over dlm esbok.

Last weekend kena pulak keje weh. what to do. so marilah mengambil kesempatan gantung poyok. kita makan luo je ler. Nak bg reward sikit kt Ammar. Tp mak kau ni Ammar asek keje last minute. Nak booking last minute tak arrr kan sume tempat ada lagi. Almost sume full house. So we ended up di Intekma Shah Alam. memang aku nak pilih yg tak lebih 100. itu azamnya. Masa muda dulu dah puas mkn buffett2 style ni. masa tu perut elastic lagik, gagah sume boley masuk, la ni kena nasi sepinggan dah se'eh. Klu harga 100 yg boley makan is dlm RM20 je klu ikut nilainya. Buffet is a pembaziran trap. Sedih juga. Dah tua dah insap sikit huhuhu. So satu lagi kriteria yg senang akses to surau. Apa benda makan sedap2 tapi tak ingat Allah? ehhh so ustazah tp yg benerrr dong.


ini adalah Ammar dah tak nenyaboooo dahhhhh.


Malu wehhh nak amik gambo makanan sesatu.

Aku sblm pegi google jugek review. mcm serem je ada org kata cam tak beh, hampeh lah. Tp dlm review lain kata beh, eh mana satuuu..soal selera sgt subjective. Barangkali kita memasing enzim ptailin dan jumlah deria rasa kt lidah tu differ from another kot eh. Atau chef ni punya air tangan tukar2, ari ni dia masak sukat elok, esok dia masak tak berasa benda pun. Tapi alhamdulillah, pd malam itu almost sume aku makan is sedap. Ni bubur lambuk ni the best aku makan dlm bulan pose ni, cukup sifatnyer. Bubur lambuk and murtabak dia tu mmg forte depa lah tu kira nya.

ni budak tido masa sampai, so masa nak bbuka dia terpisat2. Yang pinggan sebelah dia tu is kambing golek ke bako tah. Memula makan aku rasa... ehhhh sedap pulak, aku kan bukanlah pemakan kambing, selalu akan tersekat di skala 3 kt tekak, sama cam ikan sungai, sos black pepper dia best ler. [ehhh leleh nampak...] tp a bit dry lah daging dia masa 1st round ni. So lepas solat, sambung balik, amik lagik sepiring. ohhh dis taim kenot the tahan one, rasa terus kambing dia ukkhhsssss.... sbb masa memula kan amik kt bahagian atas, so bila dah tinggal bahagian tgh/bawah minyak2 kambing dah turun. terus potong.
lauk2 cam biasa je, tak amik byk pun.

sotong kangkung/rojak buah punya sos terbaekkk sedap. eh, jgn leleh.

huihhhh Ammar, dia kan dah menyasor tgk selection of food terutama nasi. Dah tak tentu arah ahaha... so dia punya pulun lahhh.. ummi dah pesan, amik yg light dulu, lepas solat baru makan nasi, eh tak, dah cam nak ngamuk frust. suka ati ko lah. second round dah nak terbelahak kahkah. segala kuetiow martabak dia amik. pastu tgk muka dia dah lain macam aku soh bapak dia bawak amik angin kt luo. haaaa tu lewww tak dengo ckp mak lagi.

yeahhh... kau di hati ku selalu, teh tarik terbaek at first round, second round dah rasa manis la pulok.


after we're done, lepak kt lounge sat. anak hakuuuu lenjan/panjat2 sofa ni cam umah sendiri huih. tak boley bawak gi umah org kekaya cenggini pitaaammmm....cam boiboy okeh.


serabut sekali aku tengok jurai2 tu.

So next day, berkuntau lagi cari tempat iftar. ingat nak try memana golf resort ke cam kota permai and kinrara or bukit kiara. called but fulled house and ada yg dah tak niagerrrrr. babai. google jumpalah satu tempat ni. dah apak eh pesan cari yg dekat2 dan aku nak cari yg dekat ngan mall sbb kasut bebudak belum beli lagi.


so, kt sini ler, nama dia Little Pantry. deco2 english style gitu leerrr, ni kt bah dessert/starter, tak makan mana pun.



kt main buffet area. Ada le nasi2 n spageti n mash pot. n gravy sume. masa tangkap gambo ni pun dah rasa segan ai.



ehhhhh??? cam tak caya je... amik spegeti je Mar? sos dia masam ok. tp mashed pot. n mushroom gravy tu boley tahan le. second serving baru le dia amik nasi. dia dah tobat lahom dah kemarin makan sampai nak muntah, so ni ari dia bajet amik nasi lepas solat. sorry le Ammar, surau jauh, so kita tak patah balik, nak makan time ni le. sib baik tak apa2 sbb dia amik sikit2. huh sikit2 haper nyer mee sup sumer dia amik mbekhekhek...


yg ni mkn dessert je. telan ailio ammar tgk nak2 lagi time nak bbuka doh.

harap ke deco je ni, maybe dia more specialised in western food so makan nasi2 tu rasa biasa2 je. Ammar siap baring2 lagik.

Bukannye nama anak aku le klu tak wat aksi cenggini.


pinggan Ammar, tak caya bukannn...



nasi2, biasa je. tak gi pun tak per *kejamnyerstatement*

amboihhhh kassim selamat tetiba...

tp crouton2, bruscheta ke apa tu sedap gek.

Apakanda warning sume org cepat sikit sbb nak kejo waktu. uhhh masa tu tunggu mokna cik Aly makan eksrim. lambatnyewww aku nak rasa sikit pun kena marah, siap nak tokek tgn aku ngan garpu. oihhh aper brutal ngat ni Aleesya oiii... so aku amik lagik byk boh topping sume jgn mareee siap tayang2 agi kt dia, biasa ngat ni kemuttt..


Jgn nak lelebih ehhhh... surau pun kt sebelah Aeon tu so afterwards kita pun beli kasut2. Dapat gek aku kasut raya sepasang hehehehe...

Oklah tu je,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Eid Mubarak ya Habibie! kepada semua muslimin dan muslimat, maafkan andai ada terkasar bahasa di blog ini. Hati2 di jalan raya, have a safe trip balik kampung, panjang umur jumpa lagi lepas Raya...daaaa...

4 comments:

Azni A.R. Azizan said...

Napa la x g buffet kat marché...mmg terbaik dr ladang!bebaloi2 ktorg makan ritu...

Haliza Ghazalli said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin kpd adinda Yong sekeluarga.....

Yong Kamariah said...

Long, awat tak habaq awai2 kt makdak, klu tak boley konvoi tu ari dokkk....

Yong Kamariah said...

Kak leeza the anggun lady,
Same to you kak, seronok dpt berkawan ramai2 ngan blogger, walau tak pernah bersua muka tp rasa dah kenal lama, selamat aidil fitri, maaf juga andai terkasar bahasa memana deh..

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife