Posts

Showing posts from December, 2008

Balada Hujung Tahun

Hujung tahun datang lagi. Hujung tahun sibuk ngan macam-macam hal. Ada nak abiskan cuti, ada kena berabis duit sebab anak2 nak sekolah, dan yg keje kena mengadap wat appraisal. Alhamdulillah, bagi aku, appraisal dah lepas, dan takde sesapa yang cedera..hihihi... Hujung tahun ni, setat minggu depan aku cuti seminggu sampai hari budak masuk sekolah. Tu pun ada sikit balance lagi cuti, tak pe, carry forward le. Nak gi mana, apa lagi aku nak balik lepak kampung dok ngan mak sampai new year eve. Encik Azhar dpt cuti setat tahun baru sampai budak masuk sekolah, 4 ari je. So aku balik dulu dgn anak buah aku yakni Kak Long Kecik merangkap anak Kak Long merangkap cucu sulung mak aku. Dlm famili aku ada Kak Long Kecik ngan Kak Long Beso. Kak Long kecik la ni dok kt umah aku dari Isnin - Khamis sbb dia dpt keje kt Jabatan Kimia, yakni tak jauh dari umah aku. Hari jemaat baru balik umah mak dia kt Sungai Buloh. Ada dia sekurang2nya senang sket meneman aku kalu En. Azhar keje malam. Beliau pun bole...

It was a wet, wet Aidil Adha...

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2008 posing pagi raya aji Hari Raya Haji tahun ni kami tak ke mana. Maklum la baru balik cuti2 pun. Tahun lepas pun sama. Cam biasa, masak dlm scale yg kecik je. Dalam kecik2 scale tu pun 2 ekor ayam gek aku masak. Ingat ada org nak dtg tapi disbbkan kehujanan satu hari tu org pun maleh nak kuar rumah. It was a wet Monday. Hujan tak henti2 turun satu hari. Agaknya masih menangisi tragedi banglo ranap kt Bukit Mewah ari Sabtu tu. Aku masih ingat hari Sabtu tu, tgh bersiap2 nak meronggeng ke Ikea, kt tv tu keluo news flash tragedi tanah runtuh kt Bkt Antarabangsa. En. Azhar terus teringat peristiwa Higland Towers, masa tu dia gi cover assignment kt sana, siap naik Heli lagik. Kt sana memang selalu jadi gelungsuran tanah, nak2 time ujan cam ni. Dalam sebulan ni macam-macam tragedi yg jadi kt M'sia ni. Maybe god is giving a sign, dosa2 manusia yg makin lupa akan Dia. Insap aku rasa bila jadi tragedi cam ni. Ingatkan tempat2 tinggi ni, aku memang ngilu n s...

Cuti-cuti

Image
Dalam sibuk2 sempat gek aku cuti 3 hari bekerja. Encik Azhar dpt kelulusan cuti 2 minggu, tapi aku tak dpt la nak cuti straight camtu. Congak2 manalah nak pegi. Balik2 tempat yg sama gek, kalau ke Perak time cuti panjang cam ni mesti panjat Kemen Helan (Cameron Highland, tu dialek mak mentua aku tu), dak pun lajak ke Langkawi, kalau ke Pahang aku larat ke Teganu atau Kelantan. Bilalah aku nak ke obersi ni, ngan budget cam aku ni lepas kt cuti2 mesia je ler jawapnya, tak pe ler, ok la tu... bulan 4 ari tu dah ekspedisi ke Sawak sampai sempadan Indon, akhirnya cuti ni gi ekspedisi ke Kuantan - Teganu-Kelantan - had Sg Golok yakni kt Rantau Panjang. Kira sempadan Siam la, takat tu jer le buleh langkahnya pun. Ada partner suka travel cam En. Azhar untung juga, dia tak byk komplen, ke ceruk manapun dia sudi bawak, tersesat sana sini pun lagik dia suker, aku je tak sabo kalu dah tersesat tu... Bawak mak ngan Kak Long jalan2 menyusur jalan pantai kt Ganu and cam biasa, singgah Setiu, umah Kak...