Balada Hujung Tahun

Hujung tahun datang lagi. Hujung tahun sibuk ngan macam-macam hal. Ada nak abiskan cuti, ada kena berabis duit sebab anak2 nak sekolah, dan yg keje kena mengadap wat appraisal. Alhamdulillah, bagi aku, appraisal dah lepas, dan takde sesapa yang cedera..hihihi...

Hujung tahun ni, setat minggu depan aku cuti seminggu sampai hari budak masuk sekolah. Tu pun ada sikit balance lagi cuti, tak pe, carry forward le. Nak gi mana, apa lagi aku nak balik lepak kampung dok ngan mak sampai new year eve. Encik Azhar dpt cuti setat tahun baru sampai budak masuk sekolah, 4 ari je. So aku balik dulu dgn anak buah aku yakni Kak Long Kecik merangkap anak Kak Long merangkap cucu sulung mak aku. Dlm famili aku ada Kak Long Kecik ngan Kak Long Beso. Kak Long kecik la ni dok kt umah aku dari Isnin - Khamis sbb dia dpt keje kt Jabatan Kimia, yakni tak jauh dari umah aku. Hari jemaat baru balik umah mak dia kt Sungai Buloh. Ada dia sekurang2nya senang sket meneman aku kalu En. Azhar keje malam. Beliau pun boleh ngam ngan kepala aku terutamanya hobi merewang atau aktiviti window shopping and setakat ni beliau rajin bawak aku ke mana2 warehouse sale sbb beliau brutal bab bawak kete@ merewang ni. Kalau aku setakat Lembah Kelana Jaya dan Lembah Taman Medan je aku terer. Eh, ke mana2 mak yong ni merepek....

Berbalik plan nak cuti, Encik Azhar ajak ekspedisi menyusuri Pekan, Rompin, Mersing terus ke Johor pastu balik KL semula. Hem, ok jugak cadangan tu, tgk le, kalau tak pun aku balik KL dulu pas tu baru le jejalan ke Selatan. Asik2 pantai timur, pantai barat ngan utara, dis time gi Selatan laks. Secara terus terangnya ingin kukatakan aku tak pernah jejak JB lagi. Kalu Johor tu setakat Batu Pahat je. Tapi dekat 18 kali gek aku pikir sbb baju sekolah ngan kasut sekolah anak belum beli lagi, pas tu road tax kete dah nak mati. Bila aku pikir sume2 tu terus mood nak cuti jadik la'eh jek.... Tu le ujung tahun ni memang waktu mengabiskan duit laaa....jinggel bel, jinggel bel...

Comments

Popular Posts