Cuti-cuti
Dalam sibuk2 sempat gek aku cuti 3 hari bekerja. Encik Azhar dpt kelulusan cuti 2 minggu, tapi aku tak dpt la nak cuti straight camtu. Congak2 manalah nak pegi. Balik2 tempat yg sama gek, kalau ke Perak time cuti panjang cam ni mesti panjat Kemen Helan (Cameron Highland, tu dialek mak mentua aku tu), dak pun lajak ke Langkawi, kalau ke Pahang aku larat ke Teganu atau Kelantan. Bilalah aku nak ke obersi ni, ngan budget cam aku ni lepas kt cuti2 mesia je ler jawapnya, tak pe ler, ok la tu... bulan 4 ari tu dah ekspedisi ke Sawak sampai sempadan Indon, akhirnya cuti ni gi ekspedisi ke Kuantan - Teganu-Kelantan - had Sg Golok yakni kt Rantau Panjang. Kira sempadan Siam la, takat tu jer le buleh langkahnya pun. Ada partner suka travel cam En. Azhar untung juga, dia tak byk komplen, ke ceruk manapun dia sudi bawak, tersesat sana sini pun lagik dia suker, aku je tak sabo kalu dah tersesat tu...
Bawak mak ngan Kak Long jalan2 menyusur jalan pantai kt Ganu and cam biasa, singgah Setiu, umah Kak Yah kt Permaisuri, Setiu. Kak Long single kejap pasal boiprennya gi kursus kt Langkawi, anak2 ikut bapak tapi maknya sanggup tak ikut demi Rantau Panjang, haw haw haw.... Dari umah Kak Yah tinggal sejam lebih lagi nak sampai KB. Sampai Ganu/Kelantan, ujan dah turun manja2 tapi tak berenti2 sepanjang hari dan malam. Menanggak umah kak Yah 2 malam gek ler. Kak Long dah spoilkan ekspedisi aku ke Rantau Panjang sbb kerana dia kami bertolak pukul 3 ke Rantau Panjang. Buat facial la, cuci gigi la. Ye2 je dia kata lewat petang pun bukak lagi, kena2 sampai2 org dah nak berkemas tutup kedai. Ada le sebiji 2 kedai tutup lambat. Dpt le shopping serba sedikit barang. Aku lemah betul bawak si Ammar ni, pantang ada mainan Ben 10, tu le nak disambonya, dah banyak dah beli jam ben 10 tu, lepas beli ntah ke mana dia lempo tak tau ler, kalau nak shopping senang ati, kenalah beli dulu benda dia nak, kalau tak masak aku nak layan pe'el dia...
malam tu round2 bandar KB carik nasi kukus pas tu ke Wakaf Cek Yeh, tgk2 barang2 yg merambangkan mata tu, bila tgk2 harga dia sah tokleh celen kt Rantau Panjang, bengkak le sket ati ingatkan Rantau Panjang trip kali ni, esoknya pulak dah nak balik dah. Kt situ beli baju karekter kartun kt bebudak pas tu balik Setiu balik. Mlm tu Ammar tersenyum panjang dlm tido ngan baju Naruto-nya itu. Pagi tu ingat nak ke KB balik tapi Abang Romzi dah kidnap En. Azhar ke Penarik, Setiu, tempat ikan sego2 'ditarik' fresh dr laut, En. azhar dah terliur tgk ikan keli yg byk dijual kt tepi2 jalan, al maklum, keli 'liar' yg naik sbb air naik musim tengkujuh ni lain rasanya ngan yg diternak. Nak tghari tu masak2 macam2 benda, dari udang galah, ikan keli, haruan, ikan laut, ect sampai sekak perut, En. azhar sungguh berselera dpt makan ikan keli masak gulai tempoyak (bini dia le masak, bini dia sudi masak ikan keli tu sbb ikan tu siap dipotong). Tak jadi le niat murni ke Rantau Panjang semula, petang tu kami turun ke KT, singgah destinasi wajib Pasar Payang, beli macam2 kuih tradisional termasuk le serunding n termasukle baju batik (baju tido kelawor je, heh). Balik2 Kuantan meronda2 kt bandar lak, dpt pekena mee kari kt batu itam, beli kuih bom ngan kuih bakar kt Tanjung Lumpur, gi kejap bawak budak main2 kt taman gelora, maka habih le cuti tu... sampai kt KL tengok berita Teganu ngan Kelantan dah banjir, Rantau Panjang plak ditutup... nasib aku le sesempat je merayau ke sana sblm banjir....
Bebudak mandi kolam tepi umah kak Yah di tgh kesejukan hujan musim tengkujuh...dah namanya budak tak kira le ribut topan pun sanggup berendam lelama....
model of the year.... ammar n sepupusnya yang posing maut utk kalendar kuda (lepas peristiwa ni kamera cap ayam aku wat hal la pulak)
Majlis kawin sambut menantu anak buah En. Azhar merangkap sepupu Ammar yg lebih mesra dipanggil Kak Puteh (Puteh ada kembor yg dipanggil Kak itam, sbb sorang puteh, sorang gelap sket...) dan Ammar obviously hanya berminat pada air yg kaler ijau itu saje..
Majlis kawin sambut menantu anak buah En. Azhar merangkap sepupu Ammar yg lebih mesra dipanggil Kak Puteh (Puteh ada kembor yg dipanggil Kak itam, sbb sorang puteh, sorang gelap sket...) dan Ammar obviously hanya berminat pada air yg kaler ijau itu saje..
kan dah kata, tak semenggah no budak ni sorang....
Ammar n Tok n mak sedara n sepupusnya naik keta kuda kt Teluk Batik, Perak.
Comments