Seindah Ramadhan....Anugerah Syawal

Assalamualaikum wth.,
Pinjam tag tb 3 jap.
Allahuakbar. Subhanallah. Cepatnya masa berlalu. Dah tak lama Ramadhan akan berakhir...Ramadhan tolong jangan pergi....
Tak ada apa dalam hati ini yang terpanggil untuk celebrate kerna robek dan pilunya lihat penderitaan saudara di sana. Dah tak tertanggung sedih tiapkali buka FB gambar2 yang sadis lagi merobek hati yg terpaparkan. Manakan ibu yang kehilangan anak, anak yang kehilangan ibubapa, isteri yg kehilangan suami....nak2 pulak Eid dah tak lama nak menjelang. They are truly a champion and a symbol of courage. Ya Rab! Bantulah saudara kami di sana. Berilah kemenangan dan syurga firdaus ke atas para syuhada yang berjuang di jalanMu. Amin.
Masa yg sama juga tragedi MH17 terjadi. Semua berita yang pilu saja. Manakan hati ini tiada perasaan nak bergembira.... Moga kita semua terpelihara dr musibah yg melanda..but even it is, siapalah kita nak menolak takdirnya Tuhan. It is a test buat kita yg hidup. Syukur saja negara kita masih amannya (walau ada yg sinis dgn ini) pun jua tak seteruk konflik Yg berlarutan di serata dunia. Bak kata Mufti Menk...syukurlah, it's a gift that our country is Like What we have now. Takyahhhlan nak poranda lagi ngan kes2 berbaur racism, political issues yg kadangkala menunjukkan kedangkalan sendiri bila tgk komen2 kt FB. Rupanya masih di takuk itu juga pemikiran kita hai lahhh.


Jadi setelah sekian lamanya barulah terpanggil nak tulis blog. Tu pun dah hampir lupa password. Dah ramai blogger2 yg dah tandus entry baru. Teknologi, app. come and go. Bila dah ada IG ni dah makin terabai plak nak berblog bagai ye dak...
Banyak benda nak citer tp setiap kali tu lah otak jem kala tangan sudah di atas keyboard. Jadi kakyong just randomly select gambo and put it in here. Mana dan citer, citer jelah dulu ye...

 
  Just a week before Ramadhan bapaknya kena denggi. Mmg knock down habih. Kesian... berulang aku ke hospital. Aku dah pesan klu nak masuk hospital silalah daftar ke KJMC. Dkt ngan tpt keje, dkt ngan anak sekolah. Apa2 aku boley lari jab hoi. Ni masa berkelah bawak budak2 lunch ngan bapak depa. Lepas mkn anak2 aku cam biasa mengganas panjat2 katil nak tido sblh ayahnya siap gaduh2 sampai org sakit tu lagi sakit. 
 
  Org kena denggi ni dia punya platlet akan keep counting Down. Makin turun makin risau. Apa ubat? Google it. So katanya ubat mujarab daun betik. Ada yg kata rebus lah, tumbuk lah. So kak yong amik pendekatan yg agak seksa sket. Tumbuk. Huarghhhh pahit piang. Tp alang2 nak soh baikkan...sume tu aku paksa telan. uhhhh payah lahhhh nak jaga pesakit tua ni. Puas memaksa! tp apa nak buat.... Sian dia kepala rasa nak pecah sakitnya, Pastu demam 40c. Klu budak boley gek sumbat ubat montot. Ni pakai bedal paracetamol jelah. Mana nak selera menelan. Dah aku bebel paksa minum 100plus lah minum air byklah stress giler kawan tu. Elok aku takde dr ada agak kata dia. Sbb tu aku jrg tunggu dia, kasi dia peaceful sket ngehngehngeh. Persoalan memula mana leeeeer nak cari daun betik kt pekan ni....tgk dlm pagar umah org ada ler...isk segan plak nak mintak. Sekali masa balik keje lalu le dpn balai polis KJ. Wahhhh ada je beberapa Btg pokok betik. Polis pun polis lah .... Masuk dlm mintak. Ok pas. Rutin aku tiap pepagi tumbuk daun betik dulu, siap sup ketam n pack pi bwk hospital lepas anto budak sekolah. Pastu gi ofis. Tghari gi jenguk jap. Mithali juga ni. Sbb nak berjimat cuti le katakan....

 
Hari2 masak sup ketam...oh yg petai tu...package utk org sihat bwk bekal ke sepital ngeee...until One day dah paras 16 klu x silap. Pucat gek aku. Rupanya sayang gek kt laki...Hoi sape x sayang. Dah pikir mcm2 dlm pala otak. Iskkkk tak sanggup wehhhh...akak aku dr Setiu siap amik flight pegi balik semata2 bawakkan ketam nipah fresh. Siap masak tu. Tq darl! Katanya ketam nipah ni lagi mujarab ye. Rupanya rebus gitu je ketam ni yek... Aku siap masak style wat sup ayam agi


 
Aku ni byk bunyi. Allah dengar kerna Dia Maha Mendengar. Nah amik komplen sgt tak terkejo ngan masa ngan urusan ofis ngan umah tangga semua so Dia kirimkan seorang pembantu. Aku x cari, ada le pulak offer. Ok ler. Selalu blur. Takper. Ibu pun selalu gek blur. Maklum ler ckp mcm itik ngan ayam. Aku soh lain dia wat lain. Hah bisa berantakan ini huahua...Aku perasaan sejak ada helper ni kadar jadi tarzan betina tu agak rendah berbanding biasa. Balik2 umah tak stress lagi ngan baju berbakul x berlipat, dapur dah kemas sume. Next year tak tahulah cemana nasib. Mmg nak amik temporary je pun cadangnya...


persiapan raya? Wallahi dah dkt raya cam ni baru semangat dtg. Masa mula puasa tu carikan baju Apak eh ngan anak eh je dulu. Kt kedai biasa. Pekan Ayo Tawo. Depa ni selesa ngan kedai ni. Baju sendiri takde agi, tak ghairah pun nak beli sehinggalah tadi baru le mengagau pi cari baju kt Shah Alam. Macam biasa, aku kan lead vokal, so baju mmg x baper senada. Takper janji aku plg bersinar dlm potret raya keluarga ngeee...


Juadah iftar? Tahun ni boley eksyen sket. Sbb ada helper ni siap soh dia keluo kan makhluk2 frozen, blk opis soh dia preparekan bahan tinggal aku masak je. 6.30 dah boley bersenang lenang. Klu dulu kadang dah azan tgh goreng ikan lagi kehkeh
Gambar : Ikan bilis petai tak beritahu pun takper

Daging salai den botingkektingkek. Cam biasa order daging salai kt staff yg ada mak mentuo kek Kolo Pilah. Sodappp!


Nak senang lagi masak lah nasi ayam nyumnyum

Dah takdak idea? Masak le nasi lomak, lauk sambal sotong dan sbb boley berlagak sempat masak sume siap wat rendang ayam. Hoooo sik holiau!

Lauk di hari lain pula. MBak En the helper aku mmg tak paham. She is Made of What? I donno. Dr ari x pose sampai bulan pose kejenya mkn sekali je. Tu pun sikit bebeno. Puas aku paksa. Ko klu tumbang siang2 sape nak jawap? Ibukkk jugak kan? Hiiii puas memaksa. Sahur harghaaammmm x makan, minum air manis je. Ni yg tak best ni. Mana aci aku yg gemuk sorang ni woiiii!!,

Cik Abe saya mmg kental ngan jiwa kampungnya. Satu hari beliau gi pasar dan beli pisang muda soh gulai. Sebaik saja beliau baik dr denggi . Ok ler bos. Jgn kata dia aku pun mkn sungguh2. Bln pose mmg tekak cam tu nak mkn benda2 authentik cam ni je. Time sahur tekak automatik tuko nak mkn western2 plak..
Arghhhh parah ni klu dpt upload gambo ni....alhamdulillah....x bersisa. Dak Ammar masa minggu first pose dia tuang seminggu, demam plak dia seminggu. Trauma x habih anak plak demam. Syukurlah negatif denggi.

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Mohon maaf segala kesalahan terkasar bahasa tersilap kata di pentas blogger ini. Hati2 di jalanraya. I'm Heading to Perak tomorrow. How bout cha? Drive safely everyone!




Comments

Aida Ariati said…
sedapnyer lauk2 tu kak...
Yong Kamariah said…
alooo Aida!

Lauk biasa jek Da..
Awak masih dlm pantang ke? Sian juge berpantang time Syawal eh...byk miss ngehngehngeh

Popular Posts