Anugerah Syawal

Assalamualaikum wth...

Syawal sudah hampir berlalu, takpe, takpe, sempat lagi nak tepek gambo raya kt sini. How was your raya? Kita sambut sederhana sudeyyy. Raya pertama di Perak kita tahun ini.

 Ini our Raya Photo for this year. Sanggup menahan belengas melekit petang raya pi kedai Apek nak amik family photo. Pandai nau Apek ni beli jiwa. Yg berlemuih melekit di touch up sampai nampak terlajak muda ngehngeh. Hakak mcm tak caya je tu muka hakak. Wow... patut le produk2 kecantikan terlajak larisnya, kasi touch up gambo sana-sini nampak le muda remaja mcm hakak huahuahua...Aku kan dah kata...aku mesti lari tema punyer. Hari Jemaat tu pi lari jab (naik kete le) ke Shah Alam seksyen 7 cari baju. Yg aku kenan ada kaler tu je. Belasah je lah, aku tgk kain dia cam biru nila, so aku pikir ok lah kot. Rupanya the boys kaler biru lain. Aku benda2 cam ni mmg payah nak ingat dow. Tak pe ar.. janji aku plg menyerlah dlm gambo kuangkuangkuang. Aleesya mmg spoil sket pakai selipo, tak sape dah nak berlari ke parking amik kasut raya dia dlm kete ngee...


So kami pulang ke kg halaman pakcik tercinta pd hari Sabtu dah petang. Amik nak buka dlm kete. Singgah kt Kuala Selangor solat Asar dah lewat ptg nau...so beli KFC je lah. Bukalah ngan tu dlm kete. Hari Ahad mengagau cari barang, time tulah nak masak rendang tok nya, bako lemangnya, cari ayam bendalah segala nak wat nasi tomato pagi raya. Berkat kerjasama alhamdulillah.. siap terhidang lemang, rendang tok dan nasi tomato. Raya kt Perak sekali org dtg mcm kenduri sbb deme suka dtg dgn clan berkonvoi. Mmg bukak meja kt luo. Alhamdulliah diberi kesempatan merayakan Aidilfitri dgn suasana yg cukup indah. Sebuah desa bagaikan bersaudara...oh seronoknya...bak kata Azlina Aziz.

  
Di tangga inilah mmg spot gambo raya terunggul. Bergaya jgn tak bergaya Kak Yong.

Dgn sebahagian keluarga di Perak. Belakang umah belakang tu betul2 tebing Sg Perak.
 
 Dan kami.

Dan Raya kedua tgh malam blk ke Kay EL. Tuko muatan bagasi. Rabu balik ke Kuantan pula. Adik-beradik sume dah balik ke rumah mentua masing2, takde rejeki kita nak beraya bersama tahun ini. Tahun depan turn aku plak agaknya depa raya turn belah mertua pulak. Itu le lumrah berumahtangga. Redho kan je lah.
Dapat le aku beraya ngan jiran sebelah Mak Yam. Eh tu je pun sempat beraya. Teruk beno ni. Hari Khamis we've decided ke KT, nak beraya umah Ayah Su, pak sedara belah ayah. Oleh sbb dah petang no merayap ke KT, terpaksalah cari rumah tumpangan, wat bermalam semalam di KT.

Cik Aly bergambo kenangan di tepi Kuala Terengganu.
 
 Nice view from rumah tumpangan.

Pepagi kelaparan pi makan kt cafe tingkat 13 tak silap. Mak ai tinggi no. Ke tingkat 7. Aku pun dah lupa dah. With Sultan Mahmud bridge view. Nyaman je rasanya.
 
Allah mak aiiii.... terjumpa pulok ngan nasi dagang kt sini. Masih dlm mood raya umah tumpangan ini. Bless betul. Pulun cukup2.
 
Jumpa pulops dengan asam gupal iskkk. Tak reti ngan describe, gi lah cari wiki kalu jumpe kihkih. Lepas ronda Pasar Payang baru pi beraya. Masa amat singkat people, gi beraya ngan Pak Sedara sedo2 dah lewat petang. Lantas bergegas pulang ke Kuantan. Esoknya dah nak pulang ke Kay EL.

Selang 2 minggu balik semula dohhh ke Perak plak. Sedara Apak eh kawinkan anak. Lepas tu kita pilah meraya ke Kuala juge, Kuala Kangsor. Melawat teman lama Kak Pah chomeyyy. Perghhhh kelas betul umah kome Pah. Dah le duduk dikelilingi banjaran bukit bukau panorama mata memandang, ai is jelessssss.
Bergambo kenangan dengan Kak Pah sayang hoi...klasik nau umah peninggalan parents dia. Dah mcm gambo jaman 70/80 an. Ai like beribu lemon. Klu frame kt dinding lawo nih. Ko dah kenapa Aleesya? Sempat lagi bebudak ni tumpang mandi umah dia, sbb kesian nti nak mandi umah Tok dah malam. Sejukkk je airnya.

Sampai2 di sambut dengan rambutan hampir takde bijik eh sedap ah sedap sambil di sape angin sepoi2 bahasa di kaki bukit-bukau itu... maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan? Amboiii over nau. Teruslah rasa nak settle down kt kampung dan-dan tu jugak. Sempatlah pi ronda2 keliling dusun org tu.

Allah mak aiiii... tuan rumah ape awesome sangat ni??? Teruihlah lewat ptg dihidang ngan gulai tempoyak ikan keli sungai ngan ikan talapia. Maka terjadilah Hari Ini Dalam Sejarah. Aku kan klu makan ikan sg akan tersekat di skala 3 ntahapa2. Sekali aku cubit lah sikit ikan talapia tu. Bio betui... dah rasa cam ikan siakap, juicy and fresh. Selalu yg aku tak tahan is bau sungai/lumpur mesti lekat kt ikan. Agaknya fresh beno ikannya tu. Terus balun separuh aku sorang. Thank you Pah for everything, awesome sangat host Kuala Kangsor ni! Next time musim buah boley kita aim lagi! (oktakmukatakmaluhahaha)

Ahah...lepas pulang dr kampung beraya, akak2 ku pula dtg beraya ke rumahku, so ini adalah first time aku wat laksa lemak. Asalnya laksam tp sbb aku belum berguru lagi wat laksam gulung2 makan aku rebus pasta spegetilah. Yang benonya aku lebey prefer hok ni. Jadik, sonang beno nak wat klu compare ngan laksa Johor. Dan sodap. Puji jangan tak puji diri sendiri tu bak ang sangat ni.

Oklah, tu je lah dulu rapu2 nak lepas tensi keje berlambak tak kancup2. Okbai.

Comments

Assalamualaikum yong,
Selamat hari raya sayang. semakin lawa yong kamariah,gambar kat tangga tu dengan lipstik merah nyala terserlah keayuan.anak2 da besar dan semakin cerdik, dan cik abang yong,terserlah keimanan nya. Mudah-mudahan adik Yong sekeluarga sentiasa di berkati Allah yang Maha Esa.
Salam ingatan kasih sayang,
Kak Azni
Kuala Kangsar
Yong Kamariah said…
My dear kak Ni with love...

Lamanya tak dengar kabar berita darimu kak...terimakasih, diri ini masih seperti dahulu...klu x make up mmg tak lawa, klu dah mekap kalah retis gitu...Saya turut doakan yang baik2 buat akak jua ye...
Mulan said…
Sama kita ekkk beraya ke Perak & Kuantan..
Yong Kamariah said…
Eh akak mulan...ye kerrr.. ate nape tak habo? Klu x boley raya sesama heeee...

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet