Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 and Happy 10th Anniversary To Us!
Rasanya belum terlambat lagi utk ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 utk semua, semoga Malaysia terus harmoni selamanya walau sentiasa diganggu-gugat ngan isu2 tak relevan. Dan sepuloh tahun yang lalu pd tarikh yg sama adalah hari pernikahan kami, sama ngan hari Marlia Musa-M.Nasir nikah tu! Hai kata orang sudah tertulis jodohnya ngan lelaki nama Azhar, maka tulah yg jadi suami dah 10 tahun. Bercinta bertahun2 bagai nak rak ngan org lain pun tp tuhan kata bukan jodoh tak jadik juga. Alhamdulillah rasanya dialah yg terbaik buat aku hingga saat ini (cehhhh kembanglah tu klu baca nih!). Aku redho lah apa yg terkurang dan terlebih tu, macam aku juga yg aku rasa bukanlah isteri mithali cam Raudah citer Ular Emas tu ngeh ngeh...
Hai... tak nama suami isterinya kalu tak de pasang surutnya dlm perhubungan tu kan...kita ketawa, kita menangis, kita bergaduh, kita berbaik dan kita rungkaikan segala kekusutan bersama-sama. Bukan mudah nak pertahankan satu perhubungan tu dizaman yg menuntut cabaran yang tinggi mcm sekarang nih. Senang2 juga satu ikatan itu boleh runtuh begitu sahaja, hanya yg kuat sahaja yg boleh mengharungi kepayahan itu. Di kala ikatan yg telah menginjak angka 10 tahun ini aku doakan rumahtangga kami berkekalan hingga hujung nyawa, amin.
Sekali lagi anniversary ni jatuh dlm bulan pose, maka tak deklah maknanya nak sambut meriah2. Cuma masak2 utk buka puasa panggil adik-beradik dan pak inchik beli satu kek kongsi ngan besday Ammar hari tu. Alhamdullillah, rasa juga meriahnya tu.
10 tahun yang lalu...control ayu la sgt tu kan...
WKA 318 - 10th & Ammar 9th birthday...
Tetamu standard tgh layan teatime n cake
Diakhiri dgn Ammar yg main bunga api dgn girangnya...nak beraya sangatlah tu..
Sekian saja buat kali ini.
Comments
Kontrol ayu jer ko ekk... hehe..
p/s: betul apa yg ko kata tu.. bercinta bagai nak rak dgn yg lain tp jodoh Allah dah tetapkan dgn yg lain... Alhamdulillah... *sama lak kes kita..
Walaweh! Happy Anniversary to Puan Yong and Pak Inchik! 10 tahun, lama tuh kan? Semoga sentiasa berbahagai dan berkekalan sampai bila2. :)
ha'ah - betui lah tuh, bercinta 4-5 tahun ngan org lain, tup2 kawin ngan org lain (hubby sekrang laaa), dah jodoh katakannnnnn
Kalo turn Yong dah 10 tahun lepas.. maknanye turn saya 10 tahun akan datang. Aci gitu? Haha!
Yer.. Mentakab itu lah kampung ku! Hehe!