Bukan Rezeki? Masih ada Rezeki?....

9 tahun lamanya berlalu sehingga sudah lupa bagaimana rasanya. Bertahun2 ternanti-nanti tak kunjung tiba. Ketika usia mencecah 36 tahun April yang lalu aku sudah putus harap. Tidak mengharapkan apa2 lagi. Namun kuasa tuhan siapalah yang menduga. Ketika kita berharap2 Dia belum mahu memberi, namun ketika kita sudah putus harap Dia memberi kita sinar harapan. Minggu terakhir Ramadhan yang lalu badan menjadi letih dan lesu, 2 hari lagi Syawal bakal menjelma aku nekad utk berjumpa doktor. Namun jawapan masih samar2 ketika itu.4 hari selepas raya aku buat ujian sendiri, Positif. Tak mahu terlalu excited, aku tunggu selepas beberapa hari raya lagi utk ketemu pakar sakit puan berdekatan dgn rumah.

Doktor kata sudah 7 minggu kandungan aku. Namun hasil ujian scan yang aku lalui ibarat kaca jatuh terhempas, begitulah bagaimana retaknya hati ini. Kata doktor kandungan ini tidak normal, defect, kalau masih ada nyawanya kami bakal menghadapi hari2 yang cukup sukar dan penuh masalah. Lalu doktor cadangkan supaya ianya dicuci seminggu kemudian. Luluh, hiba, kecewa, sedih bercampur baur tika itu namun aku tahan segalanya dari terlahirkan di depan doktor. Sampai di rumah airmata ini tak tertahan2 lagi tertumpah. Aku menangis semahu2nya sehingga basah bantal. 7-8 tahun lamanya menunggu saat ini namun segalanya punah dalam beberapa detik sahaja. Anehnya, ketika awal tahu kehamilan ini aku langsung tidak begitu excited sebab bimbang...Namun bila tahu akan bakal kehilangannya aku jadi begitu sedih.....bagai memasuki terowong gelap yg tak ketemu cahaya dihujungnya. Ammar datang memeluk aku dari belakang lalu berkata, "kenapa Ummi menangis?'. Wahai anak.. soalan itu makin buat esak aku menjadi2.Tidak berakhir disitu, Ammar bagai mengerti apa yg kami bincangkan dibilik doktor dan berkata, "baby dah takde ker?". Ya Allah, aku bagai mahu meraung tika itu. Lalu aku raih Ammar dalam pelukan sambil mencium dia berkali2.Sekurang-kurangnya aku masih punyai seorang anak untuk aku sayangi. Tak sesekali aku menyalahkan takdir. Aku yakin, Dia tidak mentakdirkan setiap sesuatu itu tanpa ada hikmahNya. Mungkin bukan saja rezeki kami kali ini. Aku pasrah dan redha....

----------------------------------------------------------------------------------

Tidak mahu mengalah dengan keadaan, kami sepakat ke KJMC utk second opinion. Bertemu dengan doktor Fatima ibarat berjumpa cahaya dihujung terowong. Menurut pemeriksaan scan, doc. memberitahu aku segalanya seems ok, heart beat kandungan pun ok sambil bertanya aku doc mana yang aku jumpa sampai suruh aku buang kandungan itu. Aneh sekali jika doc pertama yg aku jumpa (pakar tuh) seolah2 menghukum aku tanpa bicara sambil berkata, "if i were you i buang je" ; doc Fatima pula kata "if I were you I takkan buat DnC tu, berdosa". Kata doc F masih terlalu awal utk detect keabnormalan pd kandungan ini. alhamdulillah.... masih ada sinar harapan rupanya buat kami. Namun kata doc pd tahap ini dia pun tidak dpt memberi kata putus samada normal atau tidak kandungan ini, cuma kata dia jgn risau2.Everything should be okay. Utk memberi a peace of mind utk otak aku yg negatif ini, doc suruh aku refer kpd satu specialist yg boleh scan dgn hampir tepat ketidaknormalan kandungan dlm masa 3 minggu lagi. Berapa kali doc pesan spy jgn risau. Aku pun berharap dan berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah sbt. Aku juga berharap spy rakan2 semua mendoakan yang terbaik buat kandungan ini, moga dipelihara olehNya walau kebimbangan akibat assumption 1st doc masih bersarang. Sebegitulah.....Kalau sudah namanya Rezeki, haruslah kita bertawakkal, samada ada atau tidak hanya Dia yang maha mengetahui......

Comments

Normi Ali said…
Tahniah yong......moga semuanya akan selamat, jaga diri dan kandungan, insyaAllah, selamat :)
Yong Kamariah said…
timakasih Normi...doakan yek...(normi pun tak mau tambah lagi ke?hee)
PatinPasta said…
Yong,
Alahai.. syahdu saya baca entry Yong nih aa. Tahniah dan mudah2an sumanye selamat ye, Yong. Macam doc cakap la, jangan risau2.. ok? InsyaAllah.

* Ammar terbukti buleh jadi abang penyayang, kan? :)
intan said…
Moga semuanya selamat kak yong, dan dipermudahkan Nya, InsyaAllah baby ok. Setahu sy mkn buah delima bgs masa pregnant utk brain selain antioksidan.
Yong Kamariah said…
timakasih Aida, mudah2an sumernya ok...ammar tak taulah...asyik nak baby nak baby je kata dia, esok klu dpt betui2 takut jeles jek kang hihi...
Yong Kamariah said…
insyaAllah Intan - moga2... akak pun dengo camtu, buah delima baik utk baby, nti buleh carik byk2..
nani said…
Dear My frenn..camy, all my prayers will be with you...do take care...love u so much..nani.

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA