Di jalanan ini....

Jalanan hidup aku tidak mudah. Noktah. Sesungguhnya jalanan setiap insan dgn insan yg lain amat berbeza likunya. Ada yang dimudahkan jalanannya, dan ada beronak duri. Apa agaknya yang saya merepek ni ye? Biarlah saya berterus terang sahaja. Saya seorang yg diabetik. Tidak mudah untuk mengandung dlm keadaan sekarang, byk bahayanya. Namun saya akur, Dia memberi, saya menerima dengan kesyukuran dan harapan yang menggunung. Memang saya amat takut utk pregnant lagi sejak tahu saya diabetik, tp saya akur, saya harus telan semua ini. I'm in a high risk pregnancy. Segalanya mungkin. Plus ada seorang anak istimewa (mild autisme). Mungkin belum cukup hebat jika nak dibandingkan dgn dugaan insan2 terpilih yg ada diluar sana. Saya akui, kadangkala saya agak kecil hati dgn takdir jalanan hidup saya, sering tertanya mengapa saya? Dlm adik-beradik saya seorang saja yg melalui kepayahan ini, jadi saya tertanya mengapa saya? Namun perlu saya akur, inilah dia dugaan dariNya untuk menguji keimanan saya. Jadi, saya reda. Barangkali inilah sebabnya kenapa doktor pertama yg saya temui suruh saya gugurkan saja kandungan saya. Masih terngiang kata-kata dia, "you dah ada anak istimewa, can you coupe with another anak yg cacat?". Aduhhhh...tajamnya kata2 dia menghiris tangkai jantung saya. Barangkali hujah saintifik doktor itu membuatkan dia terlupa kuasa tuhan seketika.

Saya tidak diberi keistimewaan utk subur sepanjang tahun, statistik saya nampaknya 9 tahun sekali. Manakan tidak menggunung harapan saya pd pregnancy kali ini. Hari2 saya berdoa agar ianya dipelihara dan sempurna ciptaaannya. Tidak, bukanlah bererti saya takut untuk mengharungi kepayahan lagi sekiranya ia tidak sempurna, jauh sekali. Saya seakan terbiasa dgn ujian itu. Namun doa dan harapan saya begitu adalah kerana mengharapkan supaya anak yg satu ini dapat menjaga Abangnya jika kami sudah tiada nanti. Dan setidak2nya sampailah doa untuk kami disana nanti jika kelak kami sudah tiada. Namun saya tahu masih terlalu awal utk saya berharapkan apa-apa. Unlike many of you out there, yang dapat menceritakan momen-momen indah perkembangan anak anda yg sempurna akal dan sihat tubuh badannya, betapa manjanya keletah mereka, bermain, berlarian ke sana sini, atau betapa nakal dalam cerdiknya mereka, saya tidak. Tidak dpt utk semua itu, jadi praise to Allah for that. Saya doakan kebahagiaan itu berpanjangan, ikhlas dari saya. Suka saya baca blog yang mencoretkan keletah anak-anak yang normal dan cerita2 yg indah ttg mereka. Jauh sekali saya cemburu, tidak pernah. Namun saya harap, sesekali anda yang ada hidup hampir sempurna itu utk meluangkan masa seketika utk membaca coretan dan luahan dari insan-insann yg tidak bernasib baik seperti di sini. Byk link di dlm blog ini dilinkkan kpd blog2 insan yang terpilih. Insaf seketika saya bila membandingkan kesusahan mereka jika hendak dibandingkan dgn saya ini. Mana yang kehilangan anak dan masih merindui kehadiran mereka....kadangkala berlinang juga airmata ini bila membaca coretan mereka.

Anyway...rutin hidup saya kini byk berubah. Saya terpaksa mengawal sugar level dgn sgt ketatnya. Kadangkala terfikir mampukah saya melalui semua ini? Saya terpaksa berpantang mengalahkan org dlm pantang. When you are a food lover dan terpaksa menelan benda2 yg tidak sedap ditekak anda...you'll be frustrated teramat2. Saya terpaksa menyuntik insulin hari2 dan check darah beberapa kali sehari. Saya tidak merasakan apa2 kesakitan lagi, sudah mangli. Kalau dulu nak prick jari dgn jarum utk ambil darah saya rasa teramat ngilu, sekarang tidak lagi. 3-4 kali sehari kena cucuk jari ambil darah, how cool is that? Macam vampire. Bon appetite.


My new BFF9M - Best Friend For 9 Mth. Nasib baik tak sakit bila nak cucuk ni. Senang pun senang, cam pen je.


Ini one of the lauk dlm pantang sekarang ni, steamed fish with air asam, how's that sounds to you? yummilicious enough dah for me


Di accompany dgn bitter gourd fried with a sprinkle of olive oil


Ikan singganglah pulak...


Makan dgn nasi beras herba ponni...oh...kt umah bolehlah...kt opis, mana nak dpt sumer benda2 ni????encik suami dan anak nampaknya tidak happy dgn range makanan ini, tapi apa nak buat??? tak de masa de nak buat 2-3 hidangan berlainan, klu diorang tak nak mkn saya soh pi tapau makanan pujaan hati kt kedai - abih citer!


Dpt bacaan macam ni kira bersyukur sangat2...tp takut juga tak dpt bertahan sampai bila2 macam nih....kadang2 terlebih border jugak!

Sungguh pun pahit jalanan ini, akan ku tempuh dah redah jua. Moga tuhan memberi kekuatan luarbiasa utk aku kali ini, terutamanya kekuatan spiritual. Maafkan aku tuhan sekiranya aku 'komplen' terlalu banyak atas dugaan hidup ini.

Anyway, ada ke mereka2 diluar sana yg sama nasib yg nak share this wonderful experience? Nasihat2/tips berguna utk saya ke? You are so welcome to share...

Comments

Normi Ali said…
kesian yong......kakak saya yg ada anak cam ammar ni pun dulu takut utk mengandung lg, tp dia tekad gak...alhamdulillah pas tu dpt anak yg sihat dan sempurna. x pe la yong...sabar la ekkk..mana tau nti dpt kuar 2 skali ker.....rezeki tu.....he..he..he
~jeet~ said…
Salam kak yong, sy memang xde pengalaman baik mengandung or jaga makan, tapi sy percaya setiap benda baik dan buruk itu semua ujian Allah dan bila Allah uji kita, itu tandanya Allah masih sayangkan kita.

Pasal anak-anak merupakan ujian ada disebut dalam 2 ayat dalam Al-Quran, Surah At-Taghaabun ayat 15 dan Surah Al-Anfaal, ayat 28.
Saya rasa mungkin byk lagi ayat tp setakat tu yang saya tahu.

InsyaAllah, kak yong dapat harungi semua ni ;)

p/s: sempat lagi tayang menu, bagus ;)
PatinPasta said…
Yong,
Syahdu la baca entry Yong nih. Time2 gini Yong cuba la hepi2kan diri ye. *hugs*

Sepupu saya ada anak istimewa (2nd child), umor 7 tahun tapi tak buleh nak bercakap and berjalan. Dia memang takut bila pregnant kat 3rd baby tapi akhirnya suma sihat dan selamat. So jangan give up tau Yong.

* takat ada anak sedara jek, so takat buleh kasik beribu *hugs* :)
Yong Kamariah said…
timakasih normi - tulahnya, selalunya bila kita dah ada anak istimewa mmg phobia sket nak ada anak lagik - tp bak kata normi - kita tak tau nasib kita kemudian hari, tuhan tu maha penyanyang kan....amboi nak mintak dpt twin lagik...sapolah nak jago tu, buat part taim buleh ka? hihi....

tima kasih Jeet - betullah apa yg Jeet kata tu, ni semua ujian Allah sbg tanda dia sayangkan kita...bagus juga Jeet ni siap ada nas2 al-Quran lagik...tq dear, insyaAllah, saya akan harungi ini semua dgn cekalnya....p/s : menu tetap kena tayang dek non tehehehe....


Timakasih Da...
Ambillah citer akak ni buat iktibar di masa hadapan, yelah, dah belum ada pengalaman tu kan...mana la tau, tahun depan tup2 kawin terus lekat...hihi...sebegitulah, miracles always happen kan Da...cuma kita kena bulat percaya keyakinan kita pada Dia yang Esa...*hugs to you too my dear, teruskan usaha masak-memasak yg kelihatan yummy itew....
Maya Marisa said…
Yong, my situation is a bit different. Im not diabetic, instead i hv a chronic back pain. Chiropractor, Opthamalogist, yoga, pilates, semua dah try, tak jugak hilang. It started with an accident when i was in my teen. And pregnancy make it worst as it pushes the bone to create more space for the baby to grow. Sampai kena ceasar cos doc takut it will futher impede the bone. Just be strong ok
Yong Kamariah said…
thanks Maya, must be painful when the baby started to grow kan? aduhhh, tiap kita ni diduga ngan macam2 sbg pencuci dosa... abis tu Maya fobia tak nak pregnant lagi? takper, tuhan maha kaya, insyaAllah dia berikan you kemudahan dlm bentuk lain plak.
Maya Marisa said…
Yong,
It was not an easy pregnancy. Br 2.5 mths preggie i dah kena pakai flat shoes. Tipu la i kalau cakap tak serik. But mostly my hb yg lagi serik, cos each nite he had to rub gently at my lower back using his palm sampai i lelap. Insyallah we are going to try again next yr. Wish us luck year n hopefully my hb dah hilang serik
Anonymous said…
Your own аrticle featuгes verified helpful to mе.
It’s quite іnformative and уou're certainly really educated in this field. You possess exposed my own eye for you to varying thoughts about this specific matter along with interesting and solid content material.

My page: viagra online
Also visit my blog ... viagra online
Anonymous said…
Τypically, might know about understand whеneveг we first heaг Ϲialis іs the fact that here is thе

Feel fгee to suгf to my webѕіte: viagra
Look into my homepage : viagra

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet