Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...



Assalamualaikum wth., dan salam sejahtera kepada semua.

Diam tak diam, dlm senyap2 Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita, akan bertemukah lagi dengan Ramadhan akan datang? Ntah kenapa tahun ni sume preparation aku buat last minute, rasa cam tak berghairah pun nak sambut raya tahun ni, tak tahulah pasai apa. Badan pun sejak akhir2 ni macam tak sehat, lemau, letih lesu sume ada. Nak masak pun tak de semangat. Semalam dgn rasminya aku dah tutup dapur aku tu, takdek mood langsung nak masak. So pegi PARAM, beli nasi kerabu, ya ampun sedihnya aku bila taim buka sambalnya dah basi! So lapar punya pasal asingkan yg bersambal tu, makan nasi biru kosong dgn ikan gorengnya, tu pun dpt sesuap dua. Dasar penjual tau nak untung jek! Ntah dah baper hari le di recycle sambalnya tuh. Kurr semangat....patah hati!

Baju raya tahun ni dah tempah awal2 sampai aku lupa dah kaler apa! So masa nak beli baju melayu kt Ammar dan ayahnya tu dah jadik blur, last2 hamtam sajalah. Last weekend baru le amik baju tempahan, mmg sah lari tone warna, tak perlah, klu boria kira aku le jadik lead singernya tu. Kuih raya pulak cam biasa... order je lah. Pak inchik ckp apalah gunanya oven beso baru beli tu...apa nak buat, tak dek langsung semnangatnya, ntah mana hilangnya roh raya tahun ni tataulah....

Dikesempatan ini, aku nak menyusun sepuloh jari, mohon maaf atas segala kekhilafan, terkasar bahasa, tersasar jari dikeyboard lalu menyakitkan hati mana-mana pihak, lalu ampun maaf juga dipohon dari kawan2, bloggers, readers, peepers, tak kiralah di mana jua anda berada. Tahun ni insyaAllah akan beraya di Kuantan, disusuli Perak raya kebaper tak taulah... Balik pun taktau lagik, maybe malam ni, maybe esok, tgk mood lah. Jadi kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wafaizin!

Comments

PatinPasta said…
Yong,
Amboi ayu nye wanita Melayu terakhir tuh ye. Hehe!

Tutup dapor pon tak pe la Yong. Yang penting kesihatan diri. Kalo lauk pauk melimpah ruah sampai tak muat meja, tapi kita tak de kederat nak makan pon tak guna gak. Kan? So cuti nanti berehat la sepenuhnye ye.

Saya pon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kat Yong sekeluarga, Maaf Zahir Batin ye.. sepanjang berkawan di alam maya nih. Selamat bercuti dan bergumbira, travel safe! :)
Maya Marisa said…
Salam Yong,
Wah klassiknyer gambar. Pose pun menarik. Siap menjeling you.
Anyway, selamat hari raya & maaf zahir batin yea.
Yong Kamariah said…
tima kasih aida, ya betullll kata cik patin tu...buat apa nyeksa dirikan huhu...
cik aida byk ke masak juadah raya tahun ni? manalah tau kan tetiba terajin, masak lodeh buleh org spain belajaq mkn ketupat rendang plak selepas petai teheehe...
Selamat hari raya to you too, maaf zahir batin yek, saya tak rasa raya eda sunyi, sidia n famili buleh temankan tak?
Yong Kamariah said…
salam maya,
harussss...mode rayakan makanya mode klasik segera diaktifkan! Selamat Hari Raya untuk awak juga, semoga raya ni penuh keberkatan dan meriah giler!
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Yong sekeluarga. Bila dah sampai tanahair kedua ni baru dapat umenjenguk YOng kat sini. Betul cantekk ayu gambar tu, kemain lagi dia pose. Fasha kalau pose cenggitu terus jadik macam gedik getik tapi Yong nampak sungguhlah wanita ayu terakhir alaf kini! Take care Yong!!
Yong Kamariah said…
amboi mak ye ke cik puan fasha? ayu ke? hihi..gambo stok gedik pompuan melayu terakhir...dah selamat kembali ke tanahair kedua yek Fasha? hermmm kenalah buat open house nampak gaya nya tu hihi... selamat hari raya utk fasha sekeluarga juga!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA