Wednesday, July 31, 2013

Diari Ramadhanku 2013

Holahholaholah...letih rasanya diri ini nak mengejo masa.


my new shawl... yg murah je. Dah tua tokleh posing angle dr sudut atas. gedik bebeno

Aku rasa sari dua ni pahala pose aku tak tau lahh... nipis je betul, kalau stok kulit bawang mmg dah terkoyak lama dah. Anak2 aku sari dua ni meragam betul, baik kecik, baik beso. Dugaan betullah. Kecik tu masa mlm nuzul quran tu muntah2 non stop, kul 2 pagi lebih tu mmg tak tunggu agi lahhh...terus bawak ke kjmc. Tapi sempat siap2 bersahur kul 2.30 pagi takut dia kena tahan kt wad kan. Doc bg ubat bontot dan soh bawak balik dulu. Sebelum balik dia sempat muntah selanyar lagik ke sepital huhu, seme kuar air je. Sib baik juga sblm tengahari dia stop. Tapi lepas tu meragam sampai 2-3 hari, klu dpt melalak sampai bengkak2 mata, mmg kenyang betullah dia ngan melalak sari dua ni. Ammar plak dok gaduh bibir buruk bibir buruk. Bibir dia alergik apatah mcm merah2 bengkak2 kering keliling mulut. Aku takut le plak HFMD kot ke. Bawak klinik kata doc kekurangan vitamin C ye... ini namanyerrr *nama sakit terlampau saintifik sampai aku rasa doktor tu saje kelontong kuikui* pahtu dia bg vit C and ubat sapu. Sari dua ni nampak kurang, klu takkk tuhan jelah tau betapa tersiksanya batin aku dengo dia merintih depan cermin mulut buruk..bibir burukkk, pahtu 10 kali ulang masuk toilet basuh mulut, gosok gigi. Tisu toksah cakaplahhh lunyai habih sepah2 ..aku mulalah hanginnnn dah dua2 buat perangai iohhhhh sabooooo je lah.

 Baiklah, mari masuk ke topik makanan pula.

Sebelum itu saya dengan ini ingin mengucapkan syabas bete kepada diri ini sendiri kerana dah tinggal 9/10 Ramadhan ini tiada leftover pun yg tertinggal dlm esbok saya, kecuali ada ayam kari dua ketul yg tak ingat bila masak. tetiba rasa bedosa pula. tp satu pencapaian kpd diri sendiri disamping hanya sekali dua menyinggah PARAM. tp bebila kena satu hari gi makan luar jugak sbb anak autism saya yg hampir tak tinggal pose lagi dah ajak makan kt luar semalam. nak bagi reward kt dia lah. 

khennn pasal makanan musti suker. sukalah, sukalah, sukalah... masak apa? masak dari hati, masak with imannnnn bak kata chef Ammar al Ali suka-suka hati ahahah, suka le dengo dia ckp melayu pelat2 tu, kiut je. klu ingredients mesti dia ckp suka-suka hati nak bobuh byk mana



ye suka-suka hati ai... kt opis ada pengedar daging siap marinate black pepper, sonang keje den, dia dah siap potong sekeping-sekeping tu, tinggal lagi potong kecik2 masak le benda pun, aku mmg bajet masak blackpepper je lah. Daging pun lembut. takde masa aku ni nak beli daging sekilo dua pastu nak tobek2 daging ikut urat etc leceyyy. bila stok ni habis den order pula daging salai kolo pilah kek staff den yg balik pilah weekend tu ari. saya mmg nak yg cepat je.


taktau le bila punya masak ni, udang petai tempoyak lemak cili api nyums. pahtu jumpa 2 biji bendi dlm esbok uh leseng je le dlm gulai. semua ada di dalam.

ukuhuk...bilis garing and petai and tumbuk bawang cili api. cakap tak gunalah.



aku kan sume spesis sayur campak dlm main menu, sekali satu ari teringin plak dah nak makan sayurkangkung belacan. benda yg kita suka haruslah buat juge ye.


pastu tetiba le dlm FB, insta pakat org masak nasi lemak sampai ai tergoda. tunggu cik abe keje malam baru aku buat, klu tak nangis tgk menu bebuka nasi lemak hahaha, dia kan tekak melayu sejati, nasi2 mesti lengkap ngan lauk-pauk. sememeh pula sotong katak bapak besar yg aku beli kt Beserah ni. Memula aku cam skeptikal je ngan sotong katak beso tu, benda nak masak?. sotong tu kan ada cam skate board as tulang belakang dia, nak kena ketuk2 dulu isi dia baru le lembut. makan dua beranak je mmg koboi je ler presentation dia. ayam pun goreng bodo jek. tumbuk garlic and halia, lumur kt ayam plus garam and white pepper. bodo ke namanya tu taktau ah. nasib kau la ayam.

 yang ni pun tak ingat bila. ikan tongkol masak singgang kepala kerat dua wachaaaaa tambah seketul daging ikan je. klu cam ni apak eh kata aku kedekut.  ehhhh klu tak habis ke longkang juge peginya. the rest aku goreng je. sbb nak bebuka ngan Ammar je kan. takyah bazir2, apak eh suka sgt singgang kan, masa sahur dia hirup2 je. Yg seketul beso tu is ikan salmon goreng garing, masa wat grocery ngan Ammar ngan adik dia je (cam katon aku pilih brg takut Aly meragam maklum le tak sehat. Bagi dia sedut vitagen sebotol tanpa bayo dulu ok settle). Ammar nampak ikan salmon lalu sebut ummi, I want salmon! ha kau, dia nak speakang je sekarang, minat bebeno baca alihbahasa kt tv tu. so i said ok, pegi amik, dah boleh jadi runner dah dak ni. aku soh dia amik lemon 2 biji dan pegi que dan timbang, alhamdulillah successful task itu dia buat. lepas tu tlg ambik 4 helai plastik. sungguh 4 helai dia amik. lepas tu dia nyanyi lagu Laskar Pelangi bapakkkk kuat. lepas tu tanya aku ummi lagu apa tu? ntah le nak, ummi kau ni lagu i i love you like a long song babeh bipbipbip tau ar. sekali ada makcik kt sebelah sengih2 ckp tu lagu Laskar Pelangi. mak aihhh terer makcik tu. aku ckp pardonkan anak aku ni, dia special, makcik tu angguk2 ngerti dan senyum2.

bebalik pd ikan salmon ni aku jaraaaaaaaaaaaaaaaaang no masak salmon, ntah kenapa bila makan mesti tersekat di skala 3 kt tekak, the color reminds me of patin erghhhhhh...terasa makan ikan sungai terus. jab nak google.

"Typically, salmon are anadromous: they are born in fresh water, migrate to the ocean, then return to fresh water to reproduce. However, populations of several species are restricted to fresh water through their lives."

ooooo padan le tersekat pd skala 3 tekak. dok kt fresh water rupanya huhuhu...tekaan ku benar2 belaka. so babai salmon.

kherlassss aku pinggan kawin2 padahal baru mengumpul 2 spesis pinggan mangkuk correl ke apatah tu pahtu simpan dlm kabinet. wat hiasan pun tak. lagi 3 tahun terjumpa baru le teringat ohhhh aku ada beli ropanya pinggan ni. teruk betul dia ni.

 Ya Allah kau terimalah ibadah dia yg tak sempurna ini...
Bilik bebudak ni sepah2 harus color pencilkan dia

Dlm pada ciri2 autistiknya yg tak hilang2 tu tp bab solat dia rajin, alhamdulillah, selalu takyah bersuruh, kadang2 belum masuk waktu lagi dah siap nak solat. tahun ni aku soh apak eh bawak bersama bertarawikh sbb dah boley bawak dia solat jumaat. cuak nau laki den nak bawakkan. mlm pertama tu apak eh almost tobat lahommm dah nak bawak haahha...sbb masa tarawikh tu dia siap unleashed kan ciri2 autistic dia. teleng kiri teleng kanan badan goyang2 mak aihhhh menyabo lah bapak dia masa dlm kiam tu, pakcik sebelah dia pun agaknya tak kusyuk solat kehkeh...tp dak Ammar ni mlm seterusnya tetap nak ikut, hermmm bawak jugaklah, kadang ok, kadang tak baper ok but lama2 makin byk ok. ayat apatah aku pun tak paham. time tazkirah dia melepek tido atas peha bapak dia. tak perlah, bio kita ajar dia kenal rumah Allah dok gitu?


  ehhh tetiba gambo ni khennn.. the 60s tv, depa pakat nak lesing ke tebing sungai perak tv lama ni. ishhh sayangkan boley jadik bhn arkib.

 innaanzalnahufilailatilqdr...wamaadrokamalailatulqadr....tahukah kamu apa malam lailatulqadr tu? iya itulah malam yg lebih baik dari 1000 bulan, masyaAllah...malam yg turunnya Ruh (malaikat Jibrail) dan sekaliannya malaikat bagi memberi rahmah bg hati2 yg berserah dan beribadah kpd Allah..masyaAllah rebutlah peluang 10 terakhir ni sedara-sedari
huiiii...aku ni laaaghaa sokmo2 Ramadhan dah nak habih baru le nak habih surah Albaqarah, tersengguk2, terhegeh2, yg sebab pun aku suka baca sekali ngan tafsirannya, sbb tu lambat huhu. biar lambat asal dapatttt... dapat paham makna maka lebih feel. pastu selang-seli ngan ayat2 lazim (quran kecik).  klu di benchmark dr tahun lepas aku rasa ok lah pencapaian diri sendiri dr segi terawikhnyer (idok, tak byk mana pun). Sbb tu baguslah bg diri ini sendiri sbb baru ler terhegeh2 mengapal surah2 nak bawak dlm semayang terawik, sbb byk rakaat kan. ate sblm ni asek2 surah 3 qul dan yg senang2 je. laaaghaaaa sokmo2 ishhhh...

aku rasa surah Albaqarah ini hampir sempurna sbb sungguh dpt di relatekan dgn kehidupan seharian. pasal haj/umrah, nikah, cerai, riba, talak, cemana cara2 nya pun ada sekali. best je. takut le lepas Ramadhan jadik laghaaaa balik. nauzubillah. ya Allah, semoga bertemu lagi aku Ramadhan pada tahun depan..

Tapi yg sebenonya, bila ckp pasal makanan2 ni, yg sebenonya malu nak sebut bulan puasa, sbb bulan makan berlambak2 kot kita ni...foods are everywhere...bila tgk video2 kt Syria tu terasa lekat kt tekak nak menjamu makanan sedap2 sedangkan saudara2 kita sedang berjuang fisabilllah dgn kekurangan dan kedhaifan...maka menyelinaplah tentera2 dajjal di kalangan kita menghuru-harakan keadaan terutamanya terhadap ahli sunni, lihat di Mesir, lihat di Syria... bilamana Islam nak ditegakkan maka menyelinaplah tentera2 halus ini. Allahuakbar!


Sahabat2, teruskan berdoa utk mujahiddin di Syria di setiap sujud dan solatmu, kirimkan doa kepadaNya, Dia Maha Mendengar, Maha Membalas lagi Maha Memberi Pengampunan. atleast itu lah yg dpt kita lakukakan. Sekurang2 bila ditanya dihari hisab apa yg kamu buat pada saudaramu ketika mereka memerangi musuh Allah, atleast kita berdoa dari hati yg ikhlas dan penuh tauhid, yg paling boley kita buat sbb tak dpt berjuang sama.
Kasihani lah pada cucu-cicit Khalid Al Walid, Ubadah dan pejuang2 Islam yg berhijrah ke Syam dulunya, anak2 disembelih, wanita dihina dan dicabul kehormatannya, para lelaki juga disembelih dan ditobek2 di depan keluarga hanya kerana tauhid dan syahadah 'LAILAHAILLALLAHHHHH...!'. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu kaum itu untuk dihina sebegitu rupa. Beruntungnya seorang pemuda yg ditanam hidup2 lalu disuruh mengucap LailahaillahBasyar...tp sehingga tanah menutup seluruh kepalanya dia tetap dlm tauhidnya mengucap 'LAILAHAILLALLAHHHHH...!'. Heaven is waiting for you brother! Subhanallah!


Syam negeri penuh barokah, tempat berkumpulnya ummat di hari kiamah, yang mana malaikat membentangkan sayap-sayapnya di awan negeri itu.


Kata sahabat yang bernama Abdullah bin Hawalah al-Azdi RA " Pilihkanlah tempat untukku wahai Rasullulah, sekiranya engkau kehendaki."
Lalu, Rasulullah bersabda, "Hendaklah engkau berada di Syam, sesungguhnya ia adalah bumi pilihan Allah di mana di situlah terdapat hamba-hamba pilihan-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat menempatkan diri disana, hendaklah engkau berada di Yaman. Sesungguhnya Allah mencukupkan bagiku penduduk Syam.' [riwayat Abu Daud, Ahmad dan Al-Hakim]
Syam ini negeri sejarah terpenting umat Islam di akhir zaman, semoga kemenangan milik kita! Allahu Akbar!

sorry mak emo bulan2 pose ni. Mak sayangkan Syria, mak sayangkan Mesir, mak sayangkan Palestine...mak sayangkan ummah ini...

4 comments:

aida said...

sayu rasa baca hujung2 penulisan... dulu Hitler bunuh Yahudi org kecam... Saddam bunuh rakyat sendiri yg berfahaman syiah pun org kecam... sy x berani nk ckp byk tp itu yg org kata... boleh nilai sendiri dengan pergolakan dunia skrg... cuma setiap perkara tak harus sipolitikkan...

~jeet~ said...

fuh..mantap sekali ka yong menulis, habis semua cite padat dalam satu entry, saya ni bila la nak start menulis balik..rindu bukan tak rindu..tapi..hadeh..malas sgt2 dah ni..

apa2 pon, sama2la kita doakan saudara kita di sana...semua keganasan kekejaman ni nak memuncak time Ramadhan, tu lagi satu cara dorang nak hina Islam...apa la nak jadi...

m.u.l.a.n said...

moga aman lah bumi Palestin, Syria & Mesir selamanya serta teguh iman umat Islam di sana...

amboooiii lauk pauk penuh blog.. jeles ya amat...

Yong Kamariah said...

Aida my dear,
tulah donia akhir zaman Aida, takut negara kita sendiri pun jadi lagu tu, dah ada 250,000 syiah dlm negara takut dia perangi kita pulak cam Syria tataulahhhh nauzubillah
Selamat Hari Raya Da...


Jeet adinda,
tu ler ko tu mcm choc chipsmore, samalah ngan hakak, takde masa sokmo2 je nak menulih hihi...
Selamat Hari raya Jeet...


Mulan dear,
Aminn... in sha Allah kemenangan milik kita.
hahaha..lauk tahap sijil pun apa ada halnya nak jeles, lain le dia tewww...
Selamat Hari Raya Mulan...

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife