Ramadhan AlMubarak!


Assalamualaikum wth. and salam sejahtera. Sejahteralah hari ke 3 Ramadhan ini. Alhamdulillah dipertemukan Ramadhan kali ke 39 dlm hidup. How was your Ramadhan so far? Ai all is still under the red flag. Agak kuchiwa di sitew, tak sompek den nak menyambut, dia mai lewat pulak dis time.

Ari ni nak citer pun bajet kutip gambo kt IG sajerk. Bajet tak baper ada modal huhu..

Ni citer hari first day pose, Ammar berkobar2 nak pose tapi pepagi dah terkeper di situ. Kejap2 nak masuk bilik ayo. Aihhhh pose bende tu yeop? punyalah lamaaa klu dapat bertapa dlm bilik ayo. Tapi tak tunggu pose mmg dia cenggitu klu masuk bilik ayo. Setakat 3 Ramadhan ni dia okeh. Bagus nak. Tapi mood adalah bercelaru, cepat moody dan asek nak nangis. Tak boley suruh apa dah dia punyer pose siap menangis klu soh tolong buat apa2. Kata nak kurussss... balik2 umah terus nak mengadap ekon. Terpaksa ler bagi ceramah sikit kt budak ni. Klu sampai sekolah aku mesti cakap Ammar hebat! Ammar anak soleh! Ammar good boy! Pahtu dia tanya, 'kenapa Ammar hebat? dahhh...dah... pi masuk sekolah, kang lambat! Baru je mak ko nak bg motivasi ko demotivate mak ko balik yekkk...


 
 Hari pertama HR distribute kurma, siap ngan buah tin sekali (yang dah ditobek gue kuikuikeh). Hermmm dapat masa tengahari rembang perut tgh menggelegak. ok lettew. Bio pose dr tak pose, klu tak pose perut cam kuangajo je yek...asik lapooo manjang, aku tak sesabo dah nak pose ni oiii. Kt bawah opis aku ni ada kedai uncle/auntie, juai macam2 termasuk le roti2 from bakery, pepagi buta menuju ke situ dulu sambil tengok line kiri-kanan. Aiyooo auntie paham! ni auntie kasi plastik hitam! ahahha... siap auntie tu cover line. haippp jgn le sbb sesaja nak ponteng pose pi beli. biasa dia tuuu..


 1st day pose...only Dak Ammar in d house. Apaknda keje. maknde tukang masak. Adiknda tukang penyibuk, tengah sibuk bukak bekas kuih tu. Baju ntah ke mana. Kejap2 tanggal baju. Anak2 aku ni berdarah panas extra kot2. Dua2 tokleh panas sikit pun. Aleesya ni klu pasang ekon pun boley tanggal baju. Peel apa tak tau ar. Masa 1st day ni sepanjang jalan nak balik umah bersepah2 org bukak payung. Ammar siap menangis soh berenti beli makanan ngan air. 30 hari pitaaaammm aku nak menadah telinga ni, Aleesya plak klu aku perlahankan kete sikit siap amik kasut standby takut aku berenti. Nak ituttt nak ituuuttt...alahai anak-anak.


ahah.. asal gambo makanan je mesti kena enlarge hahaha...berkobar2 aku balik 1st day nak masak ni. First time experiment nak wat ayam percik ikut resepi bonda akhirnya menjadi juge walau tak sesedap bonda punyer. Petang tu siap whatsap Ajie nun di Sawak mintak resepi. malas nak kacau emak. Ajie mmg siap berguru le ngan emak wat ikan percik. Padan muka dok jauh angat agi ngehngeh. Now dia dah terrel buat ni. Aku ni tak pernah pedulik sampai le rasa teringin ishhhh. Aku post gambo ni kt group FB family siap dak Ajie kata tak aci. Sbb tak pakai dapur arang nak panggang ayam/ikan. oihhh tak kuasa aku nak korek mana dapur arang bagai. Sib baik juge ada pemanggang ajaib haha...adik aku tu siap beli dapur arang lagi time dia nak masak percik. ishh beria betullah. idokkk le teman... berasap2 dapur tengah pekan. Dia takper arrr umah dia suburban pahtu sebijik2 tak attach ngan jiran. aku...tak pasai kang kena ketuk pintu dek jiran benggali sebelah huhuhu..

eh aku nak tulis gek resepi. nak ikut sila tapi klu tak sedap jangan marakan ai...

Bahan A :
Ayam/Ikan - suka lah nak byk mana pun. Lumur dengan kunyit dan sedikit garam.

Bahan B :
-Cili kering
-Bawang merah
-Kunyit hidup
-Serai

Aku tak reti nak sukat, pakai agak2 je.  Lehhh... senang tak? aku ingat susah naw. Halia pun takyah, bawang putih pun tak yah.

Bahan C :
-Santan cair
-Santan pekat
-Air asam jawa
-Sedikit belacam

Cara2 :
Sediakan bahan utk kuah (B). Blend semua bahan. Masukkan ke dalam kuali/periuk. Nak tumis pun boley tp aku tak, aku masakkan dia bersama santan cair. Bila dah agak pekat, masukkan air asam jawa dan sedikit belacan. Uols boley juga spare kan sebatang dua serai, ketuk dan masuk dlm kuah, lebih xtra lebey sedap. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau dgn api perlahan, jgn sampai pecah minyak. Perasakan gula dan garamnya. Garam hati2 sket, klu lumur byk kt ikan/ayam, so pepandai le balancekan.
Dah ok dan pekat tutup api.

Meanwhile, boleh dah panggang ayam/ikan, aku gune pemanggang ajaib. Klu guna pan ni, tutup kejap ayam dgn api slow, kemudian bukak pan, lumur kuah kt bahagian atas ayam/ikan. Panggang kejap dan balik bahagian yg berlumur tu. Now lumurkan pulak yg bahagian bawah. kira klu kt dapur arang cam ala2 jirus kuah kt ayam/ikan dan panggang. Paham? Tak paham tak per lah. Panggang sampai ayam masak. Jangan la pulak rentung sekali ngan kuah tu, pepandai la ye.

dah rasa ikan/ayam masak, celumkan ianya ke dalam the rest of kuah tadi. Yeayyy dah siap.

Sekian saje resepi 3 Romadhon dari akak.

2 Romadhon.

wahwahwah...gambo makanan sesaja. Dah petang2 cenggini memang teruja skodeng blog org sume tayang gambo iftar nohhhh. mana aci.



tu dia aihhh buruk bebeno bersesak dlm kuali ketam2 ku ini. asal aku tgk ketam org comey je? So ni ari masak ketam lemak cili api ngan nanas. Last week balik kuantan pi cari stok ikan sego kt Beserah. Beli le termasuk 5 ekor ketam ini. Saje masak lebey nak bagi jiran.


Hello jirann.. ni sajaaa lah yg saya mampu masak ni ari.


Helloooo kata jiran balik. Ni sajaaa lah yg saya mampu balas ahahha... makmurrr umah aku tu ari. Dia balas 2 benda, daging dendeng/masak hitam ngan kerabu selom ohsome! Tak sia2 keputusanku masak satu lauk (plus ikan goreng) semalam. Syukurlahhh dapat menyuburkan semangat kejiranan bertukar juadah kt tengah pekan ni. Tp klu masak lauk bodo2 mmg aku wat diam je hihihi...


Last but not the least.. huihhhh ni Merida kuasa dua. Rumah boley nampak kemas dalam masa 5 minit je, asal sampai umah dah macam aku lepaskan 10 org kekanak dlm umah. kecah habissss. letihhhh den... dah le tua baru beranak kecik dpt pulak superactive cenggini. Makin cepat le osteoporosis mak kau nak. Sekarang ni asal ada isu petik nama Ammar. Dia langgar benda pahtu sakit pun petik nama Ammar. Ammar jugak yg salah adooooiii. Semalam dia tumpahkan air manis kt lantai, pahtu Ammar kebetulan le lalu, belum sempat nak marah dia dtg kt aku tepuk2, "akak, akak, Ammar! Ammar! air upppahhhh (tumpah). Ammar pun dah pandai defend diri, "eh, jangan nak tuduh saya ehhh" . Tak jadi marah terus gelak sensorang. huii Aleesya sari dua ni siap panggil aku akak. pang kang. mesti dpt kt umah nanny ni. adoih la, icha, icha...


Tapi klu tido sunyi la pulakkk... nak bejalan siap nak pakai tudung sekrang ni.

Oklah, salam Ramadhan AlMubarak semua! Ari ni nak masak apa ekk??


Comments

Unknown said…
Ala Yong...cute nye kerenah anak2 you. Biasa la tu budak2...they're unpredictable!
Tapi bila diaorg dh besar nanti n dh keluar rmh baru lah kita mula missing them!
Unknown said…
Blk bkt goh ke?bolehla mskkn utk ai dat percik one...ketam pn ai sudi terima...n yg wt ai teruja ur triffle!oh tolonglah watkn 1 utk ai...huhu..
Assalamualaikum dek yong,
walah meriah nyer membaca blog yong. kak suka angat2 tau tau tau, hehe.teruskan menuleh.den terhibor dek!
Anonymous said…
karenah anak-nak sabar jer lah.

Gambar last tu cam betul-betul anak yang suci. Suka nho nengoknya.

Ahkak

Yong Kamariah said…
Salam Kak Leeza,
Betui tu kak, deme2 ni klu takde depan mata mmg sunyiiii je, klu depan mata pandai je cari akai buat kita ilang sobar! tp kenkadang wishing jgn le cepat beso, kang dah takleh gomol-gomol dah..

Hello mommy to be Azni,
Taktau le nak balik bila...maybe time Nuzul Quran kot, ai pown tak saba nak rasa air tangan Awe huhu..oh you punya wish dun worry, ai ol takkan menghampakan, takut bb kang ayaqlioq melelehhh ahaha...
Yong Kamariah said…
Wassalam KakNi jelita,
okeh, tq, mai2lah singgah sokmo nohhhh!!


Ahkak dear,
haha.. tak dpt bayangkan org anak ramai cemana, den baru duo dah rasa nak angkat white flag! aleesya mmg cenggitu, tgh mimpikan projek ape dia nak wat bangun nti heheh
Mulan said…
hamboooiiii manyak nya lauk... bak sikit... sedap2 semuanya...
Anonymous said…
Salam Yong
As usual thumbs up for your entry :-)

I masih geram dgn my blog sbb ada cacat cela. I masih kenot post a new entry...kenot tampal gambar etc. Pendek kata tak tenteram untuk berkarya, ehemm.

Selamat berpuasa dgn jayanya... CS
Yong Kamariah said…
Dear Pn Mulan,
lauk dua je, hari tu yg banyak akakaka...ehhh mana leh chelen blogger masakan terhebak tu ahahaha..


Dear CS,
awat jadi lagu tewww??? ishhh dah byk hari ni miss hidangan iftar CS nih!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA