Monday, September 2, 2013

12 & 13

13...

Udoh 13 tahun, cepatnyer rase.....Menyambut anniversary dlm kemerdekaan. Esok nak merdeka baru teringat ehhh anibersari ai lewww.. baru 13 tahun.... melayu mmg mudah lupa.


iskkk ada water mark pula kt frame ni. dark water from air ekon, dripping masuk kedlm frame gambo ni. maleh nak nyelongkar folder so snap le direct from the frame. iskkk teruknya. adalah frame artikel yg kuar dlm buletin opis pak encik 13 thn dulu, haha...cepat beno masa berlalu. dah 13 tahun dah jadik bini org. kalau dah jodohhh... bak kata ustaz Kazim. khennn...


mlm anibersari tu ingat nak belanja pak encik. sekali...ateee... teman org Perghak le katakan. ada pulak dah open house persatuan anak Perak di WP dan Selangor, dekat ngan rumah. hai laki teman udoh liban libu hangat pijo ngelenjan nak pegi, heret le anak bini sekali. memula sampai org tak berapa ramei lagik, sekali cam hantu, ntah dari mana umat manusia sume bangsa pun join. habih menyerobu kegerai2 spt di atas. ko gilerrr.. dgn tak reti beraturnya, berebut2 cam ayam dah aku nengoknya, sekali org refil makanan sekali tu tercatuk2 berebut2 iskkk.... ropa macam tak pernoh jumpe makanan deme ni! ada yg konkur kt dia je senduk tu, lepas senduk pinggan dia, dia panggil geng dia anjak kt depan dan senduk2 sampai makanan tu habih. ishhhh rentikanlah aku nak tunggu lagik! tak semenggah punyer perangai. mahap cakap ler, dah macam pesta makan utk gelandangan dah ropanyer! ke aku yg tak pernah pergi open house cenggini. sorry ler, tanjat gegurl okeh. tapi kamben bako tu mmg terbaek! lembut n juicy n tak berbau kamben. mengingatkan aku peristiwa masa apak budak beratur amik kamben. huiii dia punya berasak tatau le, aku dah naik rimas ajak balik. sekali bapak budak cerita ada satu pompuan ni asek dia menunggu line depan, sekali kamben habih, sekali dia boh penuh2, pahtu dia tunggu lagi. ada yg tukang ngambik gamoknya stok dia tu. refil lagi dia boh penuh2 lagik. sekali apak ko jgn tak diduga action dia, sengaja dia buat tumpah sos kt lengan pompuan tu kahkahkah.....baru reti nak blah. klu tak dia tak berganjak kt line tu pahtu siap ada tukang amik stok yg dia tadah tu. buruk beno perangeinyer! eh...teruknya ai kalau dah bergosip yek.

12

My Ammar just turned 12 on 23rd August! punggg hanpir terlupa besday anak sendirik. aku nak offer ice cream cake taknak, nak kek spiderman yg kiut ini jugak. apa2 lah nak, it's yr besday~ beli kt kedai kek tak jauh dr rumah. memula nyombong beno nak yg berjenama aje, sekali bapak budak kata jgn nak berlagak sgt. belum cuba belum tau. panggg kena sedas. terimakasih. Rasa not bad at all, sgt tak menghampakan dgn reasonable pricenya. sedak lah. Aleesya cukup suka, sepotong beso tu dia boley habihkan sekali hadap. so lepas ni boley order kek dia lagi.


hermmm alang2 sambut besday Ammar wat lah mini open house utk sanak saudara. Ai kenot handle bigger crowd sorang diri. masing2 tgh mengaminkan doa ye, bukan main auwwwmmm chak!


eh Ammar termalu2, last2 adik yg beria tiup lilin.



apa yg dimenungkan tu Yeop... ini je termampu buat...tempah sate ngan masak sikit rendang tok. beli lemang dah le.


Sekali anak buah bapak budak ni dtg bawak tapauan laksa penang, terus letak atas meja ngan bekas2 tu sekali. anyway timakasih bebanyak deh.
 
kelassss.. tak dan nak boh alas pinggan pun.
dan.. buat julung2 kalinya ai memasak laksa johor, kuah lupa nak snap. Not bad lah. Aku dah teringin bebeno nak makannya, jadik buat le sekali. mmg the very cerewet one nak prepare nya. aku guna 4 keping beso ikan tenggiri ngan 1/2 kilo udang. sorang2 mengerjakan ikan udang, perisi2 kan perghhhhh... cerewet bebeno! amik resepi kt budak opis org JB. setahun sekali boley le buat, nak buat selalu2... pitaaammm! tp ramai pulak tak reti makan laksa ni. dlm tak reti2 tu, byk jugak habih! iskkk teringin nak makan lagik....parah. bab potong timun mmg fail! asek putus2 je timun tu, mmg tangan tak berseni!

 Citer lain

 Stok geledah gambo dlm folder. citer takdek turutan punyer.


alhamdulillah...tahun ni ada rezeki balik mangga epal depan umah ni. dah lama tak berbuah lebat2. Dekat setahun dah.  ada sekali dia keluo le buah 3-4 biji, sampai buah yg last apak budak kata takperlah, ni utk rezeki makhluk lain. dia pun ada bahagian dia. sekali esoknya mmg elok le ada kesan patuk2 kt buah tu. so tulah bahagian burung. Seminggu lepas tu dia pun mulalah keluorkan bunga yg banyak. Nah....Nikmat tuhan yang manakah yg kamu dustakan?? Kita kena ingat juga bahagian kt makhluk yg lain pada rezeki yg diperolehi. termasuk le rezeki org yg dtg kutip sampah tu erkkkk...eh, jgn tuduh sebarangan ekkk...


Aksi mokna hakak kawasan, jgn bagi terlepas depan umah ni sume benda dia nak check sampai tergaru2 kepala berpikirnya.

 aksi dlm umah klu dibiokan masuk dapur, main air saje2 pahtu selongkar periuk belanga dlm sinki, angin je aku selalu aku sorok kerusi tu boh kt tempat tinggi.


 Aksi dalam kete... dah ropa beruang koala dah aku nengoknyer. Klu kena 'ikat' mengamuk sakan. bersabooooo jelah.

 
 Aksi post party di ambang merdeka. bersaboooooo jelah. 2x.

 
 Selagi tak habih Syawal tak kancup2 open hausnyer. Malu pulop doh rasa, is it worth to celebrate in such a way sedangkan taktau le ibadat masa Ramadhan tu sehebak itu. Tp amiklah keberkatan ibadah mengeratkan silaturrahim. Last week, 4 malam marathon beraya umah jiran, memasing amik turn. Kira ni ler jiran yg ada connection pun, yg lain wat hal sendiri. Bila jumpa dinner2 setahun sekali kekdahnya tak ingat nak balik umah, sembang sampai nak tengah malam. mcm2 citer keluar termasuk le citer paranormal activity kt kejiranan...rupa-rupanyerrr...

 ni gambo balik kenduri, budak ni makan eskrim org jual atas moto tu, atas gambo nasi kenduri, apa kaitan dgn artikel tataulah.

 sekali....jgn sangka panas hingga ke petang walau tghari panas terik... aku siap jemur beb helai jeans atas pago ni sekali....berdentum dentam kilat sabung menyabung, ngan hujan lebatnya masa outing, habislahhhh.. sekali sib baik jiran tolong angkatkan ke tempat selamat, timakasih ye.


rasa juga ntahapa2 entry ni. okbai. Assalamualaikum.

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife