Citer dari dapur

Assalam. Eh Salam. Assalamualaikum. Dah pulak... Mari kita tanya Dr Maza :

..."Banyak perkara tak berasas disebarkan di internet. Ini salah satu contohnya. Mereka yang tidak tahu mungkin terpengaruh dan menganggapnya agama. Dari segi grammar, beza antara salam dan as-salam adalah seperti beza antara a book dengan the book.." - Dr Maza

haaaa amik nakkkk.... suka angat tew nak percaya merepek2.  Aku rasa bab ejaan "insyaAllah" ngan in sha Allah pun sama, it's just the matter how you spell it but when you read it tetap membawa maksud yg sama. Lagi pun bila mana plak kita nak amik kira ejaan rumi bilamana bahasa agama kita tu dlm Arab. Evaluate first the info before you believe or share it. It can be assessed by the following criteria : Authority, Timeliness, Reliabiltiy, Relevance ... errk dah bunyi nota mengajar dah.

Ok lah, lama dah tak gebang pasal dapur dan resepi dan gambo makanan. Aku ni jgn kata blog sendiri, blog walking pun dah takde masa. Harap semuanya kekawan ok dan sihat2 dan ceria belaka yah. mentara ada waktu jom gebang,

owh, nti dulu. Sementara boley camhorror, kita camhorror dulu, sudah nampak garis kedutan di mata dan pipi. In 2 mths time, takyah lah nak tepek gambo poyo cenggini lagi. eh tak janji. pulops.


ha amik nak segedebuk. upload dr henpon terus sebegini saiznya. gambo makanan haruslah kennn.
Dah lama tak jumpa prawn xtra large, satu hari jumaat meronggeng kt Giant, terjumpalah "norwegian prawn" katanyerrrrrrr. Padahal kt sangkar udang selat Melaka agak tu hahaha. ok, jgn kita bersangka jahat. Bersangka baik lah selalu ya aiyyuhannas. Sekg RM40 ++. marilah kita amik 10 ekor. Bila timbang jatuh lah singgit sekor. *sekaairmatadipipi*. Sebab apanya mmg berkobar2 nak masak Spag. Aglio Olio. teryoutube pulak dah si Brian masterchef masak spag ni. Dlm2 searching teaching materials tu boley lagi terlink ngan 
resepi, ajaib betul info on your fingertips ni hehehe... jadinya aku rasa ok ni kot sbb ada selera Mesia. Rata2 resepi matsaleh boh garlic, parsley ngan olive oil je. ini boley mendatangkan kufur pada nikmat tekak melayu. oii kenot tahan tak rasa podeh. So ini dia cara masak dia, bio poyo jgn tak poyo : 

Spaghetti Aglio Olio (Seafood) - Brian's-inspired-recipe

- Beberapa ekor udang besar
-5-6 cloves of garlic (terpulang)
-Daun parsley (dihiris halus)
-sedikit perahan lemon
-shitake/button mushroom (optional)
-chili flakes/cili kering
-some serbuk cheese ( i use serbuk parmesan)
-olive oil

Cara2 :
- Finely chopped some 1-2 cloves of garlic and some parsley
-letak udang dlm satu mangkuk
-marinate the udang with some garlic n parsley yg di chop tadi and chili flakes (ok, aku selalu kompul chili flakes yg dpt masa order pizza tu. Jgn buang tau..cili flakes dia klu tumis mmg aroma dia bangkit)
- then crush some lemon juice in
-then put some olive oil. Tunggu kejap bio dia rasi

Dah lama skit, masukkan sedikit olive oil dlm pan dan goreng udang tu sekejap. don't over cooked. angkat. asing
In the same pan, add the olive oil, byk sikit, sikit mana ntah aku pun tak bersukat.
Sebelum minyak panas, boh siap the rest of  garlic yg tlh dihiris2 halus. sbb takut hangit kang dia rasa bitter. Mesti byk garlic, nak buat garlic sos la katakang.... 
Then masukkan mushroom. Then the rest of cili flakes. atau cili kering. atau cili api baru terangkat oi. aku ni kenangkan Aleesya nak makan je tak boh cili api. Dah masak rupanya member jeling je, siap menjuih bibir. Biasa angat dia nih....
Then the rest of parsley. Atau tabur parsley masa gaul dlm pasta.
Dah, jgn bg garlic rentung. Tutup api.
Curah dlm pasta yg tlh di masak ikut arahan kt package dia tu.
Masukkan udang tadi. Gaul. Tabur some serbuk cheese. Sedia utk di makan heeee...

ahah... siap di makan bersama sambal bilis. Udang tu sgt manis dan juicy okey. Tak sia2 Norway ternak udang ni. So jgn overcooked. menangis omputih dlm youtube tgk ni. Menambah2 dak Ammar makan ni. amboiii mcm sedap beno. Yg buat sedap tu sebenonya sambal bilis. Tp kalo ada tekak western sejati mesti bg thumbs up. klu tak bagi aku debik. Sekian.


Aku ...rasa...sekarang ni...aku kena masak nasi atau benda berat memalam. Both kids tgh membeso. Cam Ammar balik ngaji mesti gelepor cari makan. Setakat ko bg dia roti sapu planta je mmg ngamuk. So kadang aku gagahkan jua diri ini masak simple2. Sampai bila nak order kedai Awe Kelate. Anak2 tak membeso ngan air tangan kita. Dah le siang makan kt kantin sekolah ngan umah pengasuh... lagi malam nak bg makanan dr air tangan org ka? kurang2 ada gek kita berselawat masa basuh beras atau basuh ayam, sayur. huihhh tetiba kesedaran... kang klu anak tak dengo kata dok piat budak tu, padahal dia makan pun bukan air tangan kita, apalah sgt nak dengo kata kita. amboih over ni. 
Ini cth masak legend. Sambal ayam ngan sayur lemak kobis. Legend betui. Sparekan seketul dua yg tak bersambal kt Aleesya. Dia tu bukan tentu, kang kul 10 tetiba mintak makan. Dah lah sgt sgt sgt PICKY EATER owhhhh mai god ya Allah... payah naw nak bg mkn mokna ni. Nasi lauk yg dia boley terima telor, ayam atau ikan gerong je. Lain dr tu atau ada bendasing cam sayur masuk mulut dia sudah pasti hakkkktuiiiiii. Biasa ngt ni! Tak paham aku sensor dlm mulut tu. power naw.


Kadang2 tekak tokleh terima nasi ngat ari2, so kita goreng le jemput2 bawang + ikan bilis + cili api + kentang. Tp selalu jadik cekodok leperrrr. ai is tensi. pahtu cicah ngan leftover kari. Mak aiiii mana le tak tembun sana-sini...


Tapi kenkadang omong nya yg lebey....klu dah malas merangkak ke kedai mamak gek! hohoho...

Ok lah, jumpa lagi babai!

Comments

Haliza Ghazalli said…
Assalam Yong...
Terliur kak Liza tengok mee goreng Yong!
CS said…
YONG *hugs*
Selfie jgn tak selfie ya? meletop!

Lauk kobis lemak tu mmg awesome. Sedap dan senang dimasak. My kinda dish, haha.. (dasar rajin ek?)

Seperti biasa, I gelak sensorang bila kat sini.
aida said…
ok... mak buyung nak mkn lauk kak yong... sila aturkan temu janji sbb sy x pnh rs...hehe
Yong Kamariah said…
Yuhuuuu kak leeza,
uwaaaaa tu mee goreng mamak yg goreng tau! sentap hati ai! hahahaha..

CS dear *hugs* u back ketat2!
Long time no see ar! how was yr istana hinggap? i tgk sampai siap tangkap2 ulor noh..hebak!

Aida...
aiyoooo... malu la aiii husband you chef star starrrrr, ai just masak lomak kobis uol!
Art Lover said…
Yong..
Amboi..kita ni..tak puas menunjuk makanan di IG,di blog pulakkk ya.
Yong Kamariah said…
Dear Kak Iha,
hahahaha... tak de modal namanya tu!
m.u.l.a.n said…
terkedu tengok udang nan besar itu... lap2 mulut je lah ni..

Popular Posts