Kehidupan hari ini
Assalamualaikum wth.
Subhanallah...cepatnya masa berlalu. Klu kt opis ni buat 1-2 task ehhh tetiba dah petang nak balik dah. Balik umah dgn kompidennya kata ni aku masak ni 1/2 jam siap.. ehhhh... tengok2 dah warta berita jam 8. Tu sib baik tak terjebak ngan Arianna Rose. Sejak Teduhan Kasih dah tobat kejap haha.. Kelam kabut mandi solat Maghrib, hantu betul solat diambang2 waktu syak dahhhh. dah tu kelamkabut balik nak anto Ammar gi kelas ngaji n fardhu ain. Tgh siap2 kan dinner ehhhh kelam kabut plak nak amik Ammar. Dah tu bg bebudak makan. ehhhhh... ustaz Don dah terlepas. Dah tu siap beg bebudak utk esok plak, nak solatnya lagi. ehhhhh dah kul 10 lebey dahhh. ehhhh baper byk eh daaa....
Tu lah masa. wal asr innalinsanalafi khurs...demi waktu...sesungguhnya manusia itu dlm kerugian...
Allahuakbar. Cepat sgt kan masa berlalu? Cepat sangat tetiba dlm 2 bulan lebey lagi hakak akan menginjak ke usia big 4 itewww arrrrrr atuttttt....
Jadi bagi memenuhi permintaan kira-kira... serrriii....oh bukan serratttt..oh bukan... seorrrrrang atau dua. atau tiga orang. Hakak akan menghapdet blog ini. Terimakasih dehhh sudi jenguk hakak kt sini huhuhu.Demi kalian. ewahhh sangat ni. tak sangka ai ada reader setia mihmih.
Tulah dianya, dek hambatan masa mmg susahlah nak ngapdet blog. sampai dah lupa ada blog. sampai terkial2 jari dah hampir lupa password. teruknya. Dah ada anak2 yg membeso ni mmg pack le masa kt umah. kt opis apa lagi keje bertali arus menyambutnya.
Ok tuan2 dan puan2, topik saya pada kali ini adalah mengenai kehidupan hari ini. Yeahhh... bilamana kita tahu pada hari, cost of living amatlah tinggi. Sana-sini barang naik. Tapi gaji haram nak naik. Ye, begitulah hidup ini. < ---- teruk betul intro
Ni aktiviti gerakan. ke senaman, tengok le Ammar dah dok depan sekali tp nyembang. isk
wat selenge je Mar, sib baik ummi takdek kt situ klu tak mmg kena piat telinga. ape malas ngat nihhhhh.....
Memey arrr tak dinafikan adakala keadaan ini buat kita nak berjimat cermat. Kdg2 statement politician amat pathetic kala menangani masalah ini. Ini sometimes memaksa ramai diantara kita mencari duit lebih. Kecuali akak. Akak hanya statik di situ. Tak menyumbang langsung ni. Ada di antara kita kt opis ni buat jualan langsung atau tak langsung secara kecil-kecilan. Kdg2 besar2an sampai keje opis jadi no 2. Amat menyeksakan batin bos. Kenot meet the datelines! Kammon!
Jadi kita boley lihat ada org masuk line telco top up and you get life insurans, percutian secara free dgn membeli top itu! fiuhhh so good to be true right? Ada yg jual produk kesihatan. Ini I rajin beli tp makan harreemmmm. kuangajo. biasa ni. Jual selendang. Jual seluo pareo. Jual kek meleleh. salute pd mereka2 yg rajin ini. Rezeki milik Alllah taala dan Dia akan bg pd yg berusaha. InsyaAllah. Bg kategori penyumbang kebocoran tabung ekonomi rumahtangga cam akak mmg menyambut dgn tangan terbuka. Takyah gi kedai, main order je ngan peniaga sambilan ini. Moga bertambah rezeki kalian insyaAllah. Klu boley ada org meniaga sambilan pucuk paku, kubis, serai, cili api kt opis pun lagi hakak sambut dgn tangan terbukaaa....
Macam2 org cari sumber pendapatan tambahan pada hari ini bg menampung kos hidup, ko gilerrrr... tarif letrik dah naik, bil umah hakak klu tak melepasi Rm200 tak sahhhh kongajo. Macam wat part time iron baju org kt rumah dah haku nengok bilnyer. Bil air klu sebelum ni negative tapi laaa...boley cecah 20 ke atas setelah tolak subsidi kerajaan S'gor. Cam ada wat part time jual eskrim atau mendobi kecil2an kt umah dah. hoiiii apa mahal ngat bil2 ni. Belum lagi estro. Sume le naikkan charge. Belum lagi beli ayam, itik ngan ikan. tercekik tgk harga ye dak.
So di satu pagi weekend yg dingin, aku telah terlihat ada org jemur baju kt luar umah, luarbiasa sgt fenomena ini kata hati kecilku. tak pernah agi org jemur baju kt depan bahu jln umah. Bila diperhatikan lehhhhh... ada org gantung jubah utk berjualan ropanya. Di seberang jalan pula, ada org jual printed tiko kartun2 plak. iskkk...kt mana2 le org berjualan sekarang ni. Lagi dia tak wat sampah ok kan jelah. Belum lagi ada 'jiran2' deme ni yg meniaga nasi lemak ngan jus durian belanda. meriaaahhhh. hermmmm meriah la sangat kheeennnnn.... maybe aku boley pikir pasang payung depan umah ni jual karipap panas plak...
So jiran Benggali aku plak dah 3 bulan rasanya meniaga chapatti ngan bariyani ayam depan umah dia. Time malam. Nak chapati panas2 boley 'drive thru' kt sini mahahaha. Dia masak dan-dan tu. Ni satu malam punye citer sementara aku nak tunggu Ammar habis kelas aku lepak ngan dia. Boley gek catch up gosip2 terkini.
Citer Paso Malam ; Random topik tp masih berkaitan.
tu dia aihhhh... sbb tu aku tak suka gi paso malam. Aku ni jarghang...jarghanggg pi paso malam sbb mudah rambang mata, nak2 agi bab makanan. sekali-sekala singgah sini, hambek nak. kata nak berjimat... sekali berkhidmat utk peniaga paso malam. harre tui.
Budak ni tak byk modal klu gi paso malam. Janji dia dpt benda. Belon with ball tu cost = RM1. Barakallah pakcik yg juai tu, masih ada agi belon singgit ye. And comes with a small ball. Cost popcorn = RM2. Total cost = RM3. baguihhh.... anak sapeee chomey angat niiii. Tu ari dia nampak belon udara kartun2 tu melambai2 dr jauh. huawaaaaa terus gelenjan nak ajak gi situ. huawaaaa terus mak kau tak jadik nak lalu kt situ padahal lorong tu org jual ayam mmg asal nak beli pun. mak sape lah yg kemut angat nihhhh....kansel beli ayam hahaha...dah, malas nak layan ko. Tu ari punya belon Dora d explorer pun dok tersadai kt umah. Sekali dia tunjuk nak belon singgit ni, syukur alhamdulillah. sep bajet. Tapi sume benda nak kaler pink. Air pun nak kaler pink yakni air bandung. layan.
Lepas tu ada satu lorong sempit kt paso malam tu, kira agak terlindung lah kan, punya nak lari dari lorong juai belon aku detour lorong ni. Sekali tgk kete terpasang, pastu nampak kelibat budak. so kepohci sgt ni aku pun jengah. kepohci yg prihatin namanya ni. Sekali tgk ada baby yg dlm 3-4 bulan gitu lah kt seat depan. Pastu ada abang ngan kakak dia dlm umur 3-4 tahun. Enjin pasang. Sekali bila aku jengah abang dia terus unclock kete tu. memang dan arrrr klu aku larikan kete ni ngan 3 budak sekali, dah la sorang dua je lalu situ. bingai sangat org ni. maybe dia rasa selamat so dia tinggal kejap budak2 tu. Never wanna learn from mistakes. Pastu kt mulut bb tu ada botol susu, agak abang/kak dia main sumbat je botol susu dia sbb adik nangis. haiyooooo kok klu tersedak susu satu hal. haku tak paham le manusia ni, amik mudahhhh je. aku tunggu sat. tak tergamak nak tinggal. kejap lagi mak dia, a young mom terkedik2 dtg and drove off. dekkk non, walau kita rasa tempat tu selamat, kita nak gi kedai jap pun and soh anak kita yg kita rasa boley harap lock kete pun, you don't know, criminals ni dia tunggu je waktunya. please la learn from the previous incidents. aku taktau lah ko niii ihhh mmg aku rasa nak marah betul ari tu.
Kehidupan saya...
tak sihat ni. nilah kehidupan sbgian dari hidup anak2 gen Y and gen Alpha hari ini. Sementara aku bz kt dapur, depa layan ni. Yg bagus bila tetiba satu ari Aleesya dah kenal kaler, tunjuk kaler ni itu dia tau. Cuma sebutan je tak betul. Yellow jadik kelow, green jadik gim. Aku mana ada masa ngajo, nak tunggu anak masuk sekola baru nak ngajo kooo? so dia belajo dr educational games tu je. sian anak aku. kata mak wat part time lecture, anak terbio belajo sendiri. bak anggg sangat mak hang ni. Tp kira-kira dia main tale je, lintang pukang sekali. Tangan tunjuk 2 tp mulut kata 4.
Tapi bila aku tgk gambo ni rasanya patut pun bil naik kuikui...
Allah mak aiiii kau ni Aleesya...dah nak masuk umur 3 tahun kayuh basikal pun setempat agi. Tu dah siap roda 4 dah tu, tak reti2 nak kayuh gek. Asek gear reverse je mana le beskal tu nak jalan. Umi is give up dah nak ngajonye,
Siap pakai helmet tew... Esha..Esha... dia bahasakan diri dia Esha. Sayang pulak dah nama ada 3. Sekali tinggal Esha je. Tamak. Tp cemana gek bapak dia mesti panggil Najla. Ok lah, tak de lah membazir sgt ada 3 nama.
Ini anak autistik saya. Hobi dia search karektur animasi pastu salin kt buku.
Ini gambar chilok kt Fb sekolah, mintak izin yek. Aktiviti berkebun. Bertuah ko Mar, jadik mandur je. Kan dah kata dia ni mmg tak boley kotor sket, dia ada masalah di situ, sat gi 18 kali dia ulang masuk bilik air basuh tangan.
wat selenge je Mar, sib baik ummi takdek kt situ klu tak mmg kena piat telinga. ape malas ngat nihhhhh.....
Ini karangan dia. wahhhhh bakal chef anak aku ni jgn main. Tahun ni extend lagi satu tahun kt sekolah rendah, next year kena cari sekolah khas menengah. Dalam dilemma. Would appreciate if reader (if any) ada cadangan dan pengalaman. Thanks. Tapi tau lah kena wat research sendiri ni.
So oklah, sampai sini dulu babai.
Comments
dah besar aleesya!! masa mula baca dulu akak pregnantkan dia, dengan semua dilema segala bagai..kejap je masa berlalu...
take care kak!!
Haha nasiblah dok kt perantauan. Takper arrrr...klu boring ko ckp je Melayu ngan org Nigeria tu, habih2 dia kata ko buang tebiat ahaha....
Ye lahhhh masa berlalu cepat ngat. Dah beso bebudak ni. Tak lama dpt menantu huhuhu.
Ok, u too take care!