Desperate housewives
Semalam aku cam biasa menonton rancangan fav. aku Desperate Housewives (not because I'm the desperate one.. heh..). Aku mula menonton siri ni dari episod 1 season 1 so aku dah tokleh miss dah lebih2 lagik utk season 4 ni. Tapi yang aku tak berapa berkenan sgt karakter utk citer ni sumenya mempunyai badan ideal, cam tak real je, sedangkan aku rasa dlm situasi sebenonya ramai org kt dlm dunia ni mengalami obesiti (cam aku...) tak caya cuba tgk dlm satu kejiranan katakan 5 deretan rumah atleast seorang housewifenya mesti obes.
Aku rasalah, kalau watak2 cam Susan, Bree, Lynette, Gabby n Eddie tu ada kt satu kejiranan (sekaligus) kt Mesia ni mesti rosak habih masyarakat. Tapi dema ni cukup menghiburkan dan karakter yg dema bawa ni very typical dlm sesuatu masyarakat tu (tapi susah kot nak jumpa sekaligus dlm satu neighbourhood tu). Dlm baik2 tu dema ni boleh jadik plastik, selfish, deceitful, hipokrit n secretive dan boleh mengena member jugak. Typical manusia biasa kan ? Aku suka cara ending setiap episod bila Mary Alice jadik narrator, selalunya dia akan cerita kaitan utk satu topik tu dgn apa yg berlaku dlm sesebuah rumahtangga bila dema dah tutup pintu masing2. I guess that is so true...
Aku rasa dlm sesebuah marriage tu kalau tak ada pasang surutnya, kalau tak de argument langsung maka tak bolehlah di namakan sebuah marriage. Kadang2 kita dapat pasangan yg sgt ideal utk kita, kadang2 opposite attract, kadang2 panas sbb sama2 panas baran n ego, n seringkali juga aku terbaca kisah rumahtangga yang macam satu trap, dah masuk tapi tak de jln keluar. Terutamanya macam aku org Melayu ni, I guess ramai wanita Melayu yg dlm golongan ni once dia dah kawin, bila dpt pasangan yg tak leh pakai cam kaki pukul, dera, main kayu tiga, dia just telan sume tu demi keluarga dia, terutama demi anak2. Dan seringkali juga ada yg kawin bukan sbb cinta atau sbb cinta kilat sblm kawin tapi bila dah kawin dah tak dek ati. Aku rasa kalau macam Gabby dlm Des. h/wfie tu dah lama main kayu tiga, sebagai jalan keluar utk menghibur jiwa dia yg kekosongan. Kadang2 pergaulan bebas dan mind yang terlalu bebas pun tak bagus juga, sbb tu aku banyak dengar affair antara rakan sepejabat, affair antara laki org ngan bini org, apatah lagik antara bujangan ngan spous org. Byk org boleh bagi input citer2 affair cam ni... tak caya kalau bukak je topik ni adalah member yg akan citer...kawan akak aku... kawan aku... jiran aku... abang ipar aku.,.. sepupu aku, etc. ect. Parah jugak masalah sosial ni ek...
Tapi aku rasa ramai org yang tak kawin ngan pasangan ideal @ idaman mereka. Selalu apa yang kita berangan tu takkan jadik kenyataan. Maybe macam seorang pompuan tu mengidamkan lelaki yang hensem cam Brad Pitt, Keanu Reeves, atau "tall, dark and handsome", tapi reality jauh menyimpang dari khayalan. (alah, senang citer cam aku le..). Akan tetapi, along the way perjalanan sesebuah marriage tu, bukan kita nak makan muka hensem tu, ntah2 yang hensem tu kaki pukul ke, curangs ke, psycho ke, panas baran ke, jeles melampau ke, kaki dera ke, macam aku kata, realiti tu tak seindah mimpi... after all, mana ada manusia yg perfect kan..
aku punya story pun lebih kurang la.. bila aku jumpa suami aku aku rasa aku dah jumpa soulmate aku... cepat rasi, kira cam ngam la, walhal time tu aku dah ada boipren, but dah jodoh aku ngan suami aku kuat, so dlm 6-7 bulan kenal we got married. Sampai sekarang aku bersyukur jodoh aku ngan laki aku tu, walau pun tak hensem n fizikalnya tu bak kata org tak le sesedap mata memandang, tapi sedap hati mendampinginya. Umur kami beza 6 tahun, dah tentu dia lebih matured dari aku, i guess dia jodoh aku yang paling compatible, pasal aku ni kira jenis degil, keras kepala gek, boleh tahan gek tahap kemarahannya, banyak songeh dan laki aku cukup penyabar dengan aku. Walau pun begitu citarasa kami cukup berbeda.. ibarat laki aku tu suka RTM1, aku suka Astro. Aku lebih childish, jiwa aku ni cam muda le sedangkan laki aku tu cam arkib dan perpustakaan bergerak. Aku suka layan rancangan cam hiburan, movies sedangkan laki aku asyik layan berita, berita, berita dan rancangan bualbicara, hal semasa.. alahai... boringnya aku rasa... tapi bab lain kami ok, cam kami suka travel dan jalan2...
Dah masuk 8 tahun kawin ni aku rasa lebih settle dan memahami. Bergaduh? Biasalah beb.. sedangkan lidah lagik tergigit kan..
Comments