Jiran


Hemm, let me tell a story of my jirans.

aku baru pindah rumah sendirik kira2 setahun yang lalu. Umah aku kt PJS3/23, teres 2 tingkat. Kt situ ada beberapa blok saja deretan umah cam aku. Biasalah kawasan baru, jiran pun kita tak berapa rapat sangat. Masing2 wat hal sendiri (not a big thing kt bandarkan?).


1. Jiran sebelah kiri umah aku : Auntie Rani (aku panggil dia Rani Mukherjee), Bangsa : Sikh
Memula pindah, memang le Auntie Rani ni rajin bagi aku capati, manisan , cookies, etc. Kengkadang bila aku masuk keta kt porch dia dah menunggu dengan senyuman mesranya, kengkadang aku wat tak nampak pasal aku tau dia nak bagi lagik makanan kt aku, sebenonya aku segan pasal bekas dia ari tu pun aku tak pulang lagik. Malu beb bagi pinggan kosong, aku plak jenis yang liat nak masak weekdays ni. Satu ari, lepas aku balik keje, dia memanggil aku dgn mesra dan meminta bekas dia tempohari, aku pun kelam kabut bukak peti keluokan makanan yg aku tak makan dah seminggu tu, lepas basuh nasib baik le ada coklat masa aku gi Langkawi. Bayangkan le kalau umah kt kampung, dibuatnya dia terus masuk umah ikut aku ke dapur kang naya, mesti dia kecik ati tgk makanan seminggu sudah dia anto aku haram tak makan pun. Lepas kejadian itu beliau jarang membuat amal kebajikan kepada aku lagik, aku pun bersyukur jugak pasal tak berapa nak lepas kt rengkong aku. Tapi Auntie Rani n famili dia sempoi, kengkadang beliau sempat bergosip ngan aku pasal jiran sebelah dia. Kira dia ni buleh harap le tolong nengok2kan umah pasal dia kan surirumah sepenuh masa. Dia ni anak2 dia sume pompuan (4 org anak dara), beliau amat rajin melayan Zee-TV (biasaler..)

2. Jiran sebelah kanan : Akma AF3 n famili, baru gek le fully pindah dlm masa 6 bulan ni
Famili ini ok je, walau aku jarang berborak ngan mak akma ni, tapi sekali sekala keluo umah mak akma n bapak akma ni peramah mesra orangnya. Benda yg orang sebelah ni pernah bagi kt aku adalah mangga dan ikan terubuk (aku pulak : tak pernah bagi, pasal aku tak kompiden nak bagi benda aku masak, lagik pun segan siutt..). Kengkadang boleh dengar jugak akma ni melalak berlatih nyanyi agaknya. Tapi aku tak kesah pasal suara sedap, kalau tak sedap mau jugak aku sound.

3. Jiran sebelah umah akma : Linda dan suaminya En. Azlan
Ini jiran yg sesama pindah dulu, diorang nilah kot aku baik selain dr Auntie Rani. Masa memula pindah dulu aku rajin berbalas2 hantaran ngan diorang ni. Aku panggil diorang ni couple yang berjaya pasal muda lagik tapi dah ada keta Innova ngan Vios sebijik sorang. Tapi dema ni jenis dok diam betul la dlm umah, susah aku nak nengok keluo umah. Nasib baik jugak le Linda ni keje pegawai MBPJ, buleh le aku mintak tulung settle saman parking (berbayo ye..heheh..)

4. Jiran belakang umah aku (kira dapur bertemu bontot la..)
Dema ni famili Cina. Dema ni kalau bersembang ok (ada le 2 kali terbersembang). Tapi dulu dema ni ada maid. Mak Datuk, Amoi ni kalau dapat berleter kt maid dia satu taman tu buleh dengo apatah lagik le aku ni, siaran secara langsung. Kalau start maghrib tu pukul 10 pun tak habih lagik. Hari2 cam tu, kesian mek indon tu, kalau aku pun tak tahan siut, macam2 benda tak puas ati dia keluo. Ada sekali maid dia lari, tapi sejak 2-3 bulan ni aku macam missing sesuatu. Rerupanya aku missing dengo leteran Amoi ni pasal maid dia dah tak dek. Ya tuhan, nikmat damainya tuhan je yang tau..... Kalau tak buleh bernanah telinga ni dengo tengkingan dia...Tapi, maybe jejiran aku kini hanya dengo leteran aku kt anak aku pulak.. maklum le anak aku ni super hyper, dlm satu hari ada je benda dia buat yg buat aku hangin satu badan...



hmm cakap pasal jiran ni, ada macam2 perangai (termasuk le aku pada mereka). Tapi aku respek jejiran aku pasai kalau ada kenduri je, umah terbuka ke, memang buleh jumpa le mereka, kalau ada majlis cam tu le baru buleh kenal jiran, kalau ari biasa sume berkurung dlm umah, aku pelik gek pasai aku ni maybe jenis outdoor punya org, aku mesti nak berfoya2 kt laman/porch umah aku...


But I guess we all manusia biasa... we all got problem.. bak kata laki aku, kita tengok org tu cam ni, cam tu, tapi bila dema balik, kunci pintu, hanya dema le yang tau masalah dema dlm umah tu. Ada org masalah kewangan, rumahtangga, etc but manage to hide it from people. Don't we all have problems?, but sometimes we just 'swallow' it. That's what life tuntut dari kita kan...

Comments

Popular Posts