Award from Cik Puan Fasha and Cik Aida

Musim penganugerahan award agaknya sekarang nih.
Baik kutip dan jawap cecepat sebelum terlupa. Sebenonya selain dari suka-suki penganugerahan award2 ni tak lain tak bukan bg makcik adalah tanda ingatan dan perkenalan sesama blogger di alam cyborg ini. Walau pun tak pernah berjumpa bertentang mata tapi rasa dekat di hati chewah cam tagline tv9. So, with honored maka, dengar jawapan dari makcik ni yek :



Award yg pertama datangnya dari si petite (tapi still rasa dirinya byk spare tyre tehee) cik puan Fasha yg residing in Deutschland, dengan selamatnya. Amboiii...tetiba mak rasa cam artis je dpt Versatile Blogger award ni, rasa cam Kak Pah je plak dah, eh, Kak Pah bukan ke malar segar. Ok. "Together with this award I have to write 7 facts about myself." Aduh, apa benda la aku nak kelentong pasai diri aku ni yek. Oklah, macam nilah lebih kurang :

1. Aku ni cam brutal and stubborn (Taurian dowh!) tapi dalam hati ada taman, penuh dgn taman. Keras kt luar tp fragile kt dalam gitu.

2. Masa aku kecik dulu nak sgt jadik Wan Zaleha Radzi, bak kata nak jadik pembaca berita harhar. Hari2 praktis baca suratkabar tp konon2 tgh ngadap kamera. Tapi kadang-kadang aku pun ada teringin nak jadik stewardess, model atau penyanyi eeeeukkhhh uols. Aku, memang kuat berangan dowh!

3. Aku adalah late developer, baik dari segi mental dan fizikal. Masa kecik2 aku sgt tomboyish, geng2 aku ramai budak laki dr pompuan. Dari darjah 1-3, keje aku main, main, main, tak ingat nak belajo langsung! Apa barang lah nak balik buat homework, buku latihan dan teks dah jadik belachan dlm beg. Sampai sekolah masa loceng nak bunyi baru aku kesah nak buat homework, sampai kena pulas telinga dan berdiri atas meja homework tak siap. Lagik le buleh kawan ngan budak laki, sama spesis pemalas! Tapi darjah 4, baru enjin nak setat, dpt cikgu garang nama Cikgu Rahman Kechut, masak... dari no 30 something aku teruih dpt top 5 dlm kelas! Pelan2 le aku jadik gegurl taim ni. Baiklah, sudah-sudahlah memalukan diri sendiri mak yong.

4. Aku ni tak tahan klu tgk MPI marah/scold anak. Geram sungguhhh... MPI ni klu volume dia mmg tak leh kontrol klu marahkan anak, tak kira tempat lak tu. Tapi aku heran juga, aku ni tangan lebih cepat la pulak dr MPI. Ada jek aku nak cubit ke, babap ke klu dah hilang sabo. MPI plak marah kt aku taim nih. Herm, fakta ke 4 ni tatau apa motifnya tulis kt sini teheee.

5. From a Creative Thinking test that I've done, I am more on creative thinking person compared to analytical thinking type. Thus, I am not born to be a leader/planner, hancusss. And I use Right Brain more than the Left one. Thus, it explains that I am a dreamer, imaginative, spontaneous dan colorful person.

6. I'm terrible at orgasining/arranging things, buleh tgk evidence at my workplace, aku tak boleh bekerja at a very tersusun place, nti aku tak jumpa fail2/barang aku dowh! I don't like benda2 yg skima!

7. Aku rasa aku mewarisi sifat simpan duit bawah lipat kain dari emak aku, sampai sekarang aku masih buat, kengkadang sampai terlupa ada duit balik lipatan baju lama2. Giler beng aku ni!

Ok, pantun sudah terjawap. Timakasih ye Fasha, ada sesetengah fakta di atas baru aku terdiscover pasal diri aku, punyalah tak kenal diri sendiri rupanya selama nih!



Jadik, award seterusnya datang dari Senorita Cik Aida@Cik Patin, org Pahang kita wehhhh, tp currently tgh merantau diri di Spain. Kali ini Awesome Chef Award, yoooo, hok ni sunggoh awesome sbb awesome ke koi nih memasak? Berat sungguh nih boh. Setakat tekak MPI and Ammar buleh le kata awesome sbb kalu tok sedap buleh paksa derang kata sedak, sedak! Buatlah lagik! (dalam juraian ayomata). Tapi, I'm honored to receive this award, ucapan saya, eh, mcm amik academy award plak dah. Jadi ini jawapnya ye :

1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Hermmm...selain dari daun-daun kayu dan bunga-bungaan, rasanya masakan pertama yg aku masak yg buleh telan dan bernama makanan adalah meggie. Masa zaman anak dara sunti dulu, megi kan macam tgh femes, jadik sanggup himpun duit belanja sekolah buat beli megi. Makan pulak taim musim tengkujuh, beh boh! dulu2 kami kt pantai timur tu, klu musim tengkujuh mmg dekat 2 bulan le hujan turun tak renti2, jadik perut pun selalu le nyanyi2 mintak makan, hok plg masyuk sekali dah tentulah megi kari berasap dgn potongan cili2 dan ntah hapa2 sayur aku pakat main campak je dlm tu. Sbb adik-beradik ramai buleh jadik gaduh berebut makan megi ni uols!

2. Sapa yang menggalakkan anda masak…
Erkkk...sampai nak berlaki berumahtangga baru le ada dtg seru nak belajo masak2 nih, jadik sbb gatai nak kawin tu le gamaknya penggalak nak masak, tp tak pernah belajo pun, observe dan ingat2 lupa je taim emak masak tu, simpan kt otak pahtu hantam sajalahhhh....emak tak pernah bagi 'kelas memasak' formal kt aku, dia klu masak mmg one man show, takdek de nak suruh anak2 buat tu, buat nih, tgk tu, tgk nih, jadik pepandai je lerrr, habih2 suruh tulun balikkan ikan goreng atas dapuq, jadik, mmg cheq ni idok le suka memasak masa zmn sunti dulu.

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda….
Yooo...sudah tentulah yang pedas lagik berapi! Tapi klu anak2 buah klu nak dtg umah mesti siap pesan, makdak, masak gulai tempoyak tau! Klu dak Ammar, nak pizza, nak pizza, pizza tu dgn erti kata lain bg dia lasagne lah...suka bebeno, maknya je yg rajin amat! Tp klu MPI apa2 je I masak dia suka...tehehe...

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..
Ayo...ada ke yg rajin masuk sini? Arghh..hantamlah, jadik saya dgn honorednya menyerahkan award ini kepada these lovely ladies, kali ni derhaka sket sbb instead of 5, aku tag 6 sekali, yg mmg kena masak klu kt kt umah (yo..masak ker?? hihihi...gurau jek)
1. Kak Wawa
2. Akak Zuren from JB
3. Mak Yana
4. Dilla
5. Doc Anis
6. Zura

Utk org no. 3 - 5, aku tau korang sebuk ngan kelas n study tp jawap le utk suka-suka dehhhhh...

Sekian, terimakasih sekali lagi kpd Fasha dan Aida. Jumpa lagi!

Comments

Maya Marisa said…
Yong,
amboi, sampai 2 awards sekaligus! loteh den nak scroll down...hahhaa
late developer? calit ler kiter...malas sebenarnyer nak tunjuk skill cecepat...
more male friends, calit lagi. dah i sorang gegirl, nak buek camano laie...
Kongkang Malaya said…
Puan Yong,
Bab tomboyish tu, sama la kita. *calit!*. Masa saya form 2, kawan mak saya tanya "Eh, anak laki nko?" Haha! (note: time tu saya kurus sekeping tau)

Awat time Ammar mintak pizza, Yong bagi lasagna? Hehe!

Thanks for playing along ye :)
CS said…
Salam

Kita tumpang baca tag. DARA2 kat atas tu berkawan dgn you, maka haruslah kita berkawan juga, tak gitu?
Yong Kamariah said…
Dear Maya,
Tu la pasal, tapi tak per, member siber punya pasal ku perahkan jua otak ini heee...
ya betul, heroin selalu cam tu, enjin dia lambat panas sket,malas nak tunjuk skil cecepat eh huahua...more male friends means more interesting thing to explore (taim kecik i mean)

Cik Aida dearie,
Tomboy masa kecik tak per, chumel jek kan, lagik pun ok apa dpt lasak2 macam budak lelaki, byk skil kita dpt belajo, gegurl sgt cengeng la plak dahhhh..
p/s : Ammar mmg panggil lasagne tu pizza, agak2 nya dia rasa kt pizzat hut je selalu jumpa bendalah tu!
Yong Kamariah said…
Dear Somufins,

Takdek hal punya, you are welkam!
p/s : aikkk.. Madam Maya masuk kategori "aku masih dara ker?" kehkeh...
syieranuar said…
hahaha k.yong! syiera pn ade cita2 nk jadi stewardess tau.sbb slalu ble naik flight rs cantik habes la dpt pakai kebaya MAS tu.hahaha
Yong Kamariah said…
Ha'ah lah Syiera, antara faktor pencetus nak jadik peramugari dulu pasai teringin nak pakai baju kebaya MAS tu lah, dgn lenggang-lengguk jalannya, senyum menggodanya, tp klu syiera jadik stewardess confirm tiket flight sold out dowh! heee

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet