Chicken Soup for the Soul

"Jue, nanti kalau aku masuk tingkatan satu nanti aku nak keluar dari kampung ni, aku nak sekolah kt bandar, masuk asrama, belajar tinggi2 sampai masuk universiti, pastu kerja best2, kawin dengan org kaya, bagi mak aku duit banyak2..." Kata aku kepada sahabat karib aku di kampung pada satu lewat petang. Jue terusan jua tersenyum kepadaku, begitulah dia, tidak banyak cakap, lebih banyak mendengar, sebab itulah dia boleh jadi sahabat setiaku. Aku pula lebih banyak bercakap, memang beza benar sikap aku dengan dia. Di hadapan kami bebunga lalang putih berbuai2 lembut disapa angin petang. Di atas sana awan kumulus berserakan putih bersih menghias biru firus langit petang. Di situlah menjadi tempat kami menghabiskan waktu senggang di kampung. Bukannya jauh mana pun, di belakang rumah kami yg letaknya di atas bukit. "Kau tak pelah Yong, kau pandai. Aku ni hermmm kt sini jelah", kata Jue merendah diri. Aku menguis lembut dedaun semalu yg tumbuh meliar di sekeliling kami dgn hujung selipar getahku. Aku dah jangka perkataan itu akan keluar dari mulut Jue. Aku malas lagi hendak berfikir tentang masa depan. Lantas aku mengajak Jue pulang, cari kawan lain untuk main ting ting sebelum senja menjelang. Malam selepas maghrib kami beriringan ke rumah Tok guru mengaji Quran. Balik mengaji adalah 'hantu' yang menyorok balik pokok sergah kami budak2 perempuan. Hermmm aku tak takut langsung, kadang-kadang rasa kesian sebab budak2 nakal tu macam dah tak ada kerja. Sebab itu aku tak sabar nak besar dan tinggalkan kampung...Aku nak jadi lain dari yang lain...

Kenangan puluhan tahun lalu tiba2 menerpa ingatan. Memang betul, dari tingkatan satu lagi aku dah tinggalkan kampung belajar di sekolah berasrama, lepas tu masuk kolej. Vision aku puluhan tahun lalu dah tercapai. Puluhan tahun hidup berjauhan dari ibubapa dan kampung, dah terbiasa berdikari. Tapi manakan terjangkau di fikiran anak dara sunti ketika itu cabaran dan tanggungjawap yang lebih besar menanti seiring cita-cita yg hendak dicapai. Kadang-kadang rasa macam nak balik semula ke zaman kanak2 dahulu, riang bersatu dengan alam tanpa perlu memikirkan survival hidup. Jadi orang dewasa tak best, macam-macam benda nak fikir. Hutang kereta, hutang rumah, nak sekolahkan anak, nak cari pengasuh, bayar bil bulan2 and the list goes on...



Chicken soup for the soul...
"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle."
— Albert Einstein
Kata aku, yes, there is a miracle in life, with His consent, of course. It is indeed a miracle to be able to feel again something moving, kicking inside my belly after 10 years. It is something beyond words could describe how I feel at this moment. And this is Rezeki dariNya.



Fikir aku...kadangkala bila tuhan dah timpa kesusahan kepada kita, dia tak lupa untuk lorongkan jalan kesenangan dan kebahagiaan buat kita. Biar macam-macam kepayahan aku hadapi sepanjang pregnancy ni, kena selalu monitor sugar levellah, jap insulin hari2, jumpa doktor sana-sini, tapi alhamdulillah, so far aku ok physically, walau I am not that strong dealing with my head (owh that negative thinking..). Masa pregnant with Ammar, first trimester langsung tak bole bangun, mabuk teruk sampai masuk wad, berbotol2 air masuk dlm badan. MC toksah citerlah...dis taim around, alhamdulillah, takdek lagik amik MC, almost tak dek alahan kecuali a mild angin loya masa memula dulu. Walau ada craving nak makan macam2 tapi so far dpt tahan diri, yelah, people with diabetic pregnancy, harusss menahan. Doa aku, biarlah semuanya selamat till sampai masanya nanti. And I also have a special kid, dalam kepayahan dan airmata membesarkan dia, masih Dia buka pintu rezeki tak henti untuk kami. Supaya kami sabar dengan dugaan hidup kerana :

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..."

Aku pegang kata2 hikmah ini, aku pegang. As for my condition, makin dekat the due date is approaching, the bigger the risk would be. Am talking about the risk of the silent death of the baby, risiko lebih tinggi dgn diabetic pregnancy tahap aku. Weeks 32 onwards kata doc sometimes the insulin will not work that efficiently. Kena betul2 jaga. Scary eh? Tapi aku pasrah, dan aku redha dah. Aku pegang kata-kata hikmah ini. Hoh, banyak betul taman dalam hati aku hari nih. Sekian dulu chicken soup for my soul for today.

Comments

Normi Ali said…
yong ni serba boleh ekkk....buat drama buleh, buat novel pun buleh, masak memasak buleh, jeles maaaa!!!!!
Kongkang Malaya said…
Yong,
Saya sokong kata-kata Normi Ali tu! Serious macam baca novel tau! Hehe!

I'm not a mother so I honestly can't say I knowknow or can even imagine what you're going thru. But as a friend, I can say.. just be strong and hang in there, Yong. It's not gonna rain the whole time, that's for sure. Take care ye :)
kata-kata dan semangat ko memang hebatlah Yong!
Aku teramatlah impressnya.

Ammar mesti dah tak sabar tunggu adik dia..




p/s kalau boleh ko buatlah perenggan Yong. Naik putih mata aku ni ha.. jangan marah haa..
Yong Kamariah said…
Normi - dalam hati teman banyak taman la Normi! pulak tu guna otak kanan memanjang tu jadik kretip tak tentu hala ngehngeh...

Cik Patin - tu setakat cerpen je kot heeee...tq Da for the encouraging words, appreciate it!

Rina - uih ye ker...nak menaikkan semangat sendirik tu Rin, i have to be strong dear! Ammar hari2 pekap kt perut aku pastu jerit adik! adik! buat apa? hehehe...ok, lenkali aku buat perenggan yek!
~jeet~ said…
salam kak yong, its a blessing to be given the chance again and again, be what it may, so alhamdulillah ;)

take care and may Allah bless you and the lil ones!!
Yong Kamariah said…
Jeet - yup, well said Jeet, you are right, a chance of a lifetime tu, thanks dear!
syieranuar said…
My dear kak Yong,
be strong yah :) i will always pray everything will be fine for u.muah! take caree! :)
Yong Kamariah said…
Thank you dear syiera, esok2 klu adik kawin beranak cecepat, sorang selang 2 tahun, nti klu dah tua cam akak ni baru nak beranak ginilah gayanya, dah macam2 penyakit! hee gurau jek!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah