Main masak-masak

Memang dari kecik lagi makcik tak suka dok dapur. Emak kita pun tak penah train masa anak dara main masak2 masuk dapur nih. Last2 dapur aku kt belakang umah emak, hari2 berasap dgn erti berasap sebenonya sbbnya carik kayu ranting2 buat bahan bako, geledah poyok buruk emak dan macam2 benda yg aku masak termasuk ler daun2 kayu, bunga2 sekali ngan bunga taik ayam jadik bahannya, sampai masak cookies dari tanah liat pun adoooo...yaiksss. Genjoice bukan main dpt main masak2 pastu kunun2 jadik mak org yg kepohci, anak2 aku apa barangnya kengkawan yg sama beso gajahnya ngan aku. Sokmolah jadik emak org, takpernah pun kita dpt jadik heroin@pengantin. Agaknya muka aku tak cukup kriteria cun kot. Asal ada peranan emak, mesti ada main kawin2, siap sanding2 guna pelepah kelapa jadik pelamin. Bunga-bungaan kt laman umah makcik Minah, Mak Yam (jiran tetangga mak kt kampung)musti jadik mangsa buat gubahan. Tu kalau tak dek aktiviti meredah paya dan menangguk ikan petang2 kita akan main masak2, dah boring kita main galah panjang atau baling tin. Aduhhh meriah sungguh zmn kanak2 dulu.

Haaa, sekrang dah kawin beranak-pinak ko jgn spedo nak culas masuk dapur dah mak yong oi. Ada aku kesah? Eh, buleh ke jawap macam tu. Yelah, aku rasa skil main masak2 tu memang akan terpaksa diasah jua bila dah ada rumah dan tangga. Walau tak disebut berumahdapur. Kalau bapak dan anaknya kata tak sedap pun atleast kita still ada kuasa nak paksa mereka kata sedap juga. Iya, lebih kurang begitulah kuasa seorang surirumahtangga, dpt memaksa mereka makan dan still kena kata sedap.


Seperti memaksa mereka makan nasi lauk kicap dlm juraian airmata sebelum ke sekolah.


Atau rebus mee segera sempoi bila kita dah malas bonar nak masak tp anak kita melalak kelaparan. Ha kau, berpeluh2 budak ni dpt pekena megi berapi!
Warning : merbahaya jika kita lakukan ini bila kita duduk sekali dgn mak mentua.

Manakala itu, di hari-hari rajin jadi-jadian kita, kita boleh sahaja jadik sehebat Chef at Home, exploring the cooking skill kita yg agak tersembunyi sekian lama. Macam crouching tiger, hidden dragon, bila dah auuummm habih poyok kuali berkerak2 kau.


Iklan kejap : Sejak sesaja beronggeng ke Empire Shopping Mall couple of months ago, aku dah jatuh chenta dgn Jaya Grocer kt sitew. Aku rasa macam aku masuk Alice in Wonderland. Byk barang2 yg aku susah nak jumpa di hyper2 market cam Berbelanjalah di mana rakyat Malaysia membeli-belah, atau Gedung Borong Harian anda, yg susah nak jumpa certain item, aku buleh jumpa senang jek kt sitew. Esp. bila tetiba tekak garuk2 rasa nak makan western food mengada2. Bekerja di tempat yg dah biasa dgn sistem pengkelasan bahan, aku rasa cam aku dok kt library jek kt situ, mantop juga sistem pengkelasan bahannya walau tak ikut Dewey Decimal System atau Library of Congress. Bahahahah. Baiklah, mari kita tinggalkan iklan tak berbayar ini dgn segera. Walau cenggitew, aku tetap pilih kedai pasar basah Pakcik Zul kt belakang umah aku bila nak carik bahan basah utk masak tempoyak pucuk ubi. Yeah, talking about variety uols.

Meanwhile....


Spageti goreng with button mushroom, diced chicken and slices of chicken sandwich loaf for garnish. Amboi, panjangnya nama.

Couple of weeks ago, anak terunaku asek2 mintak megi goreng. Sekali dua takper lah, ni tiap2 malam makcik hangin satu badan. Dgn sisa2 ibu mithali yg ada dlm diriku, yg agak skeptikal dgn nutrien2 penting yg perlu diambil, sgt merasakan it is not healthy for the body. Jadik dgn bahan2 dlm fridge yg ada, makcik masak spageti goreng. Dia berkenan bebeno lah pulak, dah hari2 request spegeti goreng. Lek eleh, hangin la jugak makcik benda yg sama jugak nak kena masak. Tapi aku suka juga. It is infact a very healthy meal sbb lepas makan ambil bacaan gula amazingly gula tak naik langsung. Aku masak dgn button mushroom, sautee sekejap, pastu bio dia blend rasa dgn isi ayam. Nyum! kan dah kata... kita buleh paksa dia jadik sodap...

On the other hand, bila kerajinan kita dah upgrade ke level seterusnya, teringinla jugak nak masak2 yg elegan sket tp still ringkas2 jek.


So I cooked buttered roast chicken with mix herbs.

Bahan2nya (harus juga kita letak resepinya)
- Chicken (I used whole leg)
- salt and pepper
- butter, softened
- mix herbs
- few cloves of garlic, lightly crushed

Season da chicken with salt and pepper.
Half of the garlic kita lumurkan pd ayam, masukkan sekali dlm skin2nya. Half lagik campurkan dlm campuran butter and mix herbs. (mak main lumur je sumer).
Kita lumur, kita lumurkan pada ayam itu with the rest of campuran butter, mix herbs and garlic.
Pastu kita bako! Kita bako! Ayam ler, bukan ghomah Kak Limah...
Aduhhh harus buat lagik sbb bapak dan anaknya makan tak cukup2, kesiannnn.. dis taim mak tak paksa kata sedap sbb this recipe is a keeper! Harum jek bau satu ghomah dgn bau mix herbs tu. Mix herbs tu pi cari kt market yg tulih Mix Herbs. Agak2 makcik dlm tu ada dried oregano, basil, rosemary dan yg sewaktu dengannya.


I served it with black pepper sauce. Those roasted potatoes tasted really good. I just season it with salt and pepper (lada sulah putih), drizzled it with some olive oil dan kita bako! kita bako! sekali dgn ayam2 tu, with the skinnya sekali. Nyum! Grrr...

Comments

Normi Ali said…
wah yong......panjangnya n3 kali ni.....terliur tgk ayam tu...harus ku mencuba ni nti, sbb mix herb tu masih ada lg stoknya kat kabinet ku....hu..hu..hu
wuiyai...

bopoloh-poloh si Ammar makan megi !


menarik jer aku tengok ayam ngan mix herbs tu. Nanti bila tahap kerajinan aku datang aku boleh cuba...
Kongkang Malaya said…
Puan Yong,
Hehe! Yong citer pasal main masak-masak.. teringat saya zaman dolu-dolu nun. Saya and the geng (time darjah 4 kot) pernah bawak kuali mak saya ke tepi sawah, kitorang masak sardin. Haha!

Yong, tak de tangga kat rumah pon no hal tau masak-masak tau.

Mix herbs tu memang best! Sini namanya Herbs of Province.

Ayam bako tu sesungguhnya menggugat iman ku yang sepatutnya makan sayur2an jek untuk tengari ni. Wawawawa!
Maya Marisa said…
Yong,

maya pun dah jatuh chenta dgn jaya grocer tu. semenjak terjumpa tmpt tu, cold storage sudah tak terpandang dahhhh....hehhee
apa la yg tak der kat sana tu kan???
BUT no matter wat, my greatest love of all is still village grocer kat bangsar village - cos petai & jering memanjang ada kat sana....
Yong Kamariah said…
Normi - cik puan dah ada mix herbs tu haruusss buatkan juga nti tau! Pastu tayang kt blog dehhh..

Rina - klu mkn meggie dak Ammar tu cenggitulah, makan apolah sungguh bersemangat! Che cuba, che cuba, nti klu buat resepi derhaka/alter2 share ngan kita yek! resepi2 ni tak leh stick betui2 ngan resepi asal, harus derhaka sket teheee...

Cik Patin dearie,
Wah kelasnya awok main masak2 tepi sawah...oh mesti sungguh indah pemandangannya yek, makan sardin plak tu... perghhhh!
Glamernya nama mix herbs kt sana, but I bet lagik ori kan! Klu nak balik Mesia post le sket kt kita kt sini!

Madam Maya M,
Betuilah, best je masuk kt dlm tuh, tp ye ler, nak masak tempoyak ke, sambal petai ker, tak jamin la plak jumpa bahannya!
I've been to village grocer kat bangsar village before, tp tak beli apa2 pun, spesis2 supermarket glamer tuh!
ieda said…
sedap nampaknya roasted chicken tu..nak kena cari mixed herbs nih..nak try jugak.
aku dah beli mix herbs kat tesco tadi !


kekeke...
syieranuar said…
kak yong, lapaaaa nye tgk ayam tuuu :( haha..time duduk muadzam ni la drooling btul tgk makanan kt blog2 org :( hahaha.kak yong sihat ke ? :)
Hi Yong!! Tu dia sekali mak buyung masak, terangkat! Hahah betul dulu kecik2 malas nak tolong mak kat dapur tapi kalau main masak2 kita lah yang paling nak tunjuk tererr hehe kalau dulu kecik2 Fasha main masak dengan jiran cina sebelah rumah. Kalau YOng guna ranting2, Fasha guna kotak kotak pelastik kecik2 bekas yang orang cina buat sembahyang tu, boleh? Sabar je lah! Kecik2 apa kesahkan! Empire Shopping Mall tu kat Subang eh YOng, yang kat tepi federal highway tu?
Yong Kamariah said…
Salam kenal cik Puan Ieda,

Klu tgk gambo makanan mmg selalu teruja nak try test kan? Apa lagik tukang jurinya tak lain tak bukan anak ngan bapak eh..hehehe,cuba, jgn tak cuba, selamat menerai test yek!

Rina,
Apa tunggu lagik, ngetest le cecepat! Dah masak wajib kena tayang kt blog naaa...

Adik syiera,
Hahaha.. nasib badan le awak dah dok jauh kt Muadzam tu, kt bilik tak leh masak eh? Masak megi buleh apa... makanan standard student tu! Alhamdulillah akak sihat seadanya...selamat belajo yek!

Fasha dearie,
Agaknya sume budak pompuan ni ada naluri main masak2 masa kecik kan. Amboi brutal juga awak yek guna kotak org Cina buat semayang tu, advance sungguh bahan bakonya tuh! Yelah, masa kecik balun aje, apa kesah. Ha'ah Empire shopping mall tu kt tepi highway tu, dah dekat ngan umah kita.

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet