February muncul kembali...ehhh..dah Mac dah!

Hallo geng and peeps semua.

Aduiii dah berabuk umah makcik ni. Nope, I have not been that bz lately, just emotionally and mentally down and drown. Nak masuk 8 bulan ni rasa badan lemau, tak larat perabih. Kadang2 rasa I just can't cope and go on anymore, hari2 aku menghitung hari, cepat2 le keluo, dah tak larat sangat2 dah rasanya. Gula selalu terbabas pastu aku mula risau macam2 dan mulalah brain damage. Aku cepat rasa cranky dan mood tak stabil cam boleh meletop bebila. Sian pulak kt Ammar bila dia dtg nak hemoi2 tu aku wat dek je kt dia. Siap dia mintak mahap lagik tu sbb rasa dia buat salah. Dialog dia mesti, 'jangan buat Ummi marah tau!'. Adeehhh. Nak harap pakcik kau bagi sokongan moral kim salam lerrr. Bz manjang, seminggu dua ni balik keje pun pukul baper pagi, dah dapat stok2 lelaki melayu terakhir aka typical Malay, kau moody ke, apa ke pepandai le baik sendirik. Tensi mak tau! Dulu mak kata klu bz sgt tp wat balik duit seguni mak buleh le mahapkan, tp la ni klu bawak statement akaun bank jutaan rupiah pun ADA AKU KESAHHH??????

So what's with February? Lucky month utk pakcik sebenonya. Pertamanya, bulan birthday man. Keduanya, penutup February ari tu, pakcik kayo sekejap. Alhamdulillah, can't thank Allah enough atas rezekiNya, rezeki anak dan baby sesungguhnya. Mana2 staff yg bernaung dlm company Media Prima tahun ni bergenjoice sakan nampaknya, bonus giler babun Media Prima bagi. Atleast utk kompeni pakcik yang makcik tahulah. Makcik tumpang happy jek. Bersyukur tak terhingga. Nak-nak tak lama je lagik baby pun nak keluo kan, brg baby byk lagi tak beli ni.

Jadi, berbalik pd besday MPI, tahun ni mak yong tak buat apa2 pun sambutan. Selalunya ada buat makan-makan sikit, tpnya dek keadaan mak yg macam ni tak dapeklah nak buat. Selalu MPI request masak nasi beriani ke cenggitu, tp tahun ni apa kek pun mak tak beli. Senang citer, klu aku pantang habih sume org dlm umah tu kena pantang, kejam dak mak? Takpelah abe, kita postpone tahun depan lah. Kira hadiah besonya esok keluo bulan 4 gitew. Auw!

Berbalik kpd MPI ku, jarang aku ngumpat@tribute utk dia dlm blog ni, sekali sbb tensi mak rasa nak ngumpat dia plak. Besday man lah katakan. Jadi mari kita mengenali boipren Ai ini, dlm topik, happy birthday Cik Abe ku.


Aku kenal ngan MPI ni bukanlah masa dia kurus ala2 cekeding macam dalam gambo ni. Kenai dia tu kiranya ketika fizikal dia dah prosperity gitu. Dulu2, aku pernah cakap kt dia, klu aku ada terjumpa pelita Aladin, antara 3 wish list aku nak dia kurus balik cenggini, tapi aku pasrah sampai sekarang...bak kata Amy Mastura, janji kita..HAPPY!


Ha...cengginilah rupanya masa Ai memula kenai dia dulu. Ni gambo lebih kurang 11 tahun dahulu nih, waktu memula ber courting gitew. Klasik makcik dan pakcik, dating ala piknik kt jeram. Tp aku rasa lebih baik dr berdating kt taman bunga, euwkkhhh...eh, no offense. Tu lagik klasik tu. Apa? korang ingat ni stok2 Lubuk Tupah ker? Idok le berani pakcik ngan makcik nak gi berdua2an kt tempat cenggini, ni pi kira reramai ngan kawan dialah ni, buktinya org yg tukang amik gambo ni lah, tak kuasalah pulok nak guna tripod2 nih! isk, sedis plak makcik tgk pd keseliman makcik masa nih...bila lagi le nak dpt bodi cenggini.. harapan yo!


Close up sket, isk, nanges!


Iye abe, ramalanmu benar-benar belaka beberapa tahun selepas kejadian ini. Masa ni bermadu2an di bulan.


MPI saya ni bukanlah org yg hebat2. Orang kebanyakan saja. Dah 20 yrs over bergelumang dlm bidang photography ini. Ianya sgt tak relevan dgn gambo2 dari kamera cap kambing saya yg ada dlm blog ini, sesungguhnya I blog on my own risk! Jgn lah harap umah saya pun macam galeri sbb klu tgk kt dinding umah saya, selain dr cicak yg melintas sekor dua, adalah kosong semata2. Sume gambo masterpiece (cheh ayat tak nak kalah) MPI saya ini ada tertanam elok dlm2 di dalam stor umah saya. Beliau sebelum masuk umah akan menggantung karier dia jauh2 diluo pago rumah kekdahnya. Tak sesapa berani usik kamera berpuluh kg dia tu! Anyway, masa beliau zmn bebudak dulu katanya impiannya nak jumpa idolanya Seripah Aini (apa barang le Tok Pah idola ati), sekali masa memula keje cenggini ha kau... muntah ijo buat photo shooting dgn artis2 stok mekar sejambak lagik. eh, muda sket dr artis zaman mekar sejambak. Amboi mak...halusnya Ema Fatimah masa nih...


As a photo journalist, he travels a lot. Dah tua2 cenggini byk dok opis je lah buat keje2 ala2 editor cenggitu. Lebih senang mengikuti program discovery cenggini kekdahnya. Masa ni ikut program National Geographic ke China. Ish, makcik sebenonya teringin juge le nak mendiscover ancient civilization cam lawat terra cota gitew.

Arghhh dah lah citer pasai MPI. Kang ada yg termuntah plak kang. Anyway, makcik saja nak tribute utk pakcik sempena hari jadinya yg ke tua ini.

----------------------------------------------------------------------------------

Meanwhile...

Makanya hanya dpt belanja MPI makan jelah tahun ni. Ntah hapa ke kekdahnya balik2 ke restoran Arab jugak, kunun nak carik healthy food. Jalan2 kt Empire Shopping Gallery dok nampak resto Tarbush la plak.


So to the Lebanese resto we went.


Antara the dishes yg we all santap ari tu. Menunya hampir sama ngan resto Saba tp makcik rasa takleh celen resto Saba lagik. Takpelah, janji besday man happy. Nanti kita qada' lepas Ai habih2 pantang esok ye abe.

To my cik Abe, Selamat Ulang Tahun (teringat citer 80-an Yusuf Haslam yg jadik jahat dlm citer tu nyanyi dan menari disko retro berpintal2 pakai bell bottom nyanyi lagu ni teheeee). HAPPY BIRTHDAY, LOVE, semoga dibarokahiNya sentiasa. You tetap maintain macho di mata Ai even after 10 years of marriage! <------(ayat bodek utk OKB).
(And even bila buat Ai tensi-ayat tak nak kalah!)

Comments

syieranuar said…
awwww nostalgia gitu post ahkak ni tau! hahaha.. kak yong, bile due date? :)
panjang macam mana entri ko. Gerenti aku baca sampai habis.


giler selim MPI ! aku lak skang ni asek tepok jer tummy abg aku tu. hint tu wei ! haha.


confinement nanti katne Yong ? balik kontan ke ?
Kongkang Malaya said…
Yong,
Happy belated birthday to Pak Inchik ye. Ahaks!

Time dating kat tepi sungai tu, sungguh sweet gitu! Mesti sambil tenung air sungai, antara ayat yang keluar "Sebut je ikan apa you nak makan, I sanggup terjun skang and tangkap.. dgn tangan I sendiri." Awwwww! Hehe!
Yong Kamariah said…
Dear syiera,
Mmg sungguh nostalgia, kenangan jaman memuda dulu (tp la ni pun muda lagik tehee), akak punya due date maybe 20/4 depan, lamanya lagi rasa...

Rina,
Thanks dear...hehehe...mase memuda mmg le slim, termasuk aku sekali, tak per Rina, sekrang kita dah dapat teddy bear besaaaaarrrrr punyer!
confinement tatau lagik, maybe tak balik kampung sbb dua2 mak dah tua, sian plak nak nyusahkan derang, maybe kt umah akak atau umah sendiri jek..

Dear Cik Aida,
Oh, tq bagi pihak pak inchik ahakss...
Kelako plak rasanya gi dating tepi2 sungai nih, klasik giler yekkk. Eh, tp dialog tu silap la Da, dialog dia berbunyi begini..."Ai rasa lapar laaaa... bila nak buka bekal tu?". hehe, ingat nak makan ajekkk...
Maya Marisa said…
Yong,
Ya ampuuuunnn, lambat singgah rumah..
Ala yong, cemana nie, i cannot stop laughing!!!
Sungguh romantik & lawak love story nyer... Birthday tribute punya pasal, kisah dating pun siap kluar skali. You give me brilliant idea la yong. Pasnie, maya pulak nak bercerita time cintan cintun.
Anyway yong, hepi besday to ur 'bedmate' yea...
P/s: be strong wokeh. Kita pun sesama doa kan yong selamat sejahtera :-p
Yong Kamariah said…
dear madam maya,

hahhaha, tu la pasal, dari kesah besday terlajak ke nostalgia zaman memuda bercinta-cintun, klasik sungguh! eh, mmg bagus idea tu, kita tunggu kesah cinta madam n mr rightmu itew yek,klu buleh nak request ada gambo tuannya jugak tau!
* ok, i know that I have to be strong for the baby, tq dear!
Lee said…
Hi Yong Kamariah, I like your profile...
"I am nobody. I live in no luxury home, wear no Prada, yet I'm happy with my destiny".
Ha ha, love your humour.

And I love that pic of 'Makcik gemok beach'.
Nothing like humour to bring in the people not to mention smiles.

Regret bahasa saya sebelum Merdeka, so unable to faham your eloquent posting....if I comment in my jurassic bahasa kalau silap get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, kan? Ha ha. Just kidding.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.
ps, May the winds of destiny carry you aloft to dance with the stars.
Yong Kamariah said…
Hi Uncle Lee,

Thanks for dropping by.
Begitulah I, can't be serious lama2, sense of humor are always there.
Hey, reading your lines, I like you already! what's with the 'my jurassic bahasa'? bahasa org lama2 kah? you can't be that old! But kalau evergreen like Steve Tyler Aerosmith tu I loikeeee!!! hee...
ps : I like your last quote, thanks uncle!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA