Kejam!

Baiklah, mari kita bercerita mengenai sambutan CNY ari itu, sebagaimana yg dijadualkan kami balik ke Kuantan, lama nau rasanya tak jenguk umah mak dan kambin2 mak su. Aku ni sejak berkeadaan begini klu dpt cuti panjang sket macam ni mmg le rasa lemau nak ke mana-mana. Sebabnya definisi cuti bagi aku ni adalah jalan-jalan cari makan, la ni buleh le tuko jadi jalan-jalan cari pasal. Sgt tak best dow! Tapi dis taim kena balik jenguk my kindy, le maklum le, walau pun jadik rakan terlelap, jenguk ttp kena jenguk. Alhamdulillah, berkat usaha Mak Su Sarah sbg pengerusi/pengusaha, kami dah ada 30 org students starting Jan 2011, teacher ada 3 org dan sorang pembantu merangkap tukang masak. Kelas depa pun not bad la bila dah di decorate ngan mcm2 art n crafts. Alhamdulillah setakat ni berjalan lancar. Aku je yg nak kena pi training sekali ngan teacher nih, tgk le lepas2 pantang ker, mana le tau, tetiba jadik kerjaya sampingan adohhhhh....mak ni garang dow, kang ada je kena penampo Arab sebiji klu degil2 heeeee... So balik ari tu pi jumpa teachers sambil tgk lesson plan derang.

Jadik, berbalik kpd sambutan raya ari tu, hermmmm pesta makanan lerrrr kt umah mak tu...


Pada hari raya kedua, emak telah memasak nasi dagang. Ohhhh sungguh kejam emak mendera gelora nafsu makanku. Ini adalah sekuali gulai ikan tongkol yg sedang menggelegak atas dapur, ditaburi cili dan belimbing buluh. Brutal juga emak aku nih, masak gulai dlm kuali, takperlah bunda, ala2 gulai kawah gitu!


Emak sedang menggaul hirisan halia, bawang, halba dan santan dlm nasi dagang...hermmm...


tadaaaaa...sepinggan nasi dagang yg telah ku sangap = kejam, kejam grrrrrr.... sebab hatiku meronta2 utk menambah tp kutahan jua...


Lepas melawat kindy, mereka2 telah bercadang-cadangan melepak di Pantai Batu Hitam. Hatiku telah menangis ketika ini, lebih2 lagik pabila melihat dgn tanpa rasa berdosanya mereka tlh mengorder ais kacang, ABC, lai chi kang, nasi goreng ayam merah segala bagainya dannn...yang tak ku dapat menahan sekali adalah...sereplika kuali mee kari yg gorgeous ini, hermmmm... takper, takper, Ammar, kita order sekuali utk Ammar yek, nti Ummi rasa sesuap dua jek, sikit jerkkkk...(banyak le sesuap dua!). Yang ini = juga kejam serta mendera emosi gue.


Keesokan harinya, bonda telah memasak ikan bawal percik pula. Owh, apa ni bondaku??? Kejam extravaganza!


Dan...disertai pula oleh gulai pisang, di accompany dgn telur masin dan ikan goreng (tu belum masuk cicah ngan budu dan sambal belancan lagik tu) = 2 kali kejam sbb menambah nasi iskk...


Keesokan harinya pula lagi, jiran sebelah umah emak telah mengadakan kenduri sambut menantu. Tepat jam 12 tghari, sebaik sahaja makanan dihidangkan...guess who yg telah merasmikan makanan itu dgn tanpa rasa segan silunya? Siapa lagik...anak teruna eden ler...choyyy buat malu kompeni. Eden dah hobar soba dulu jang! tunggu omak mandi dulu pastu kita poi sesamo, hermmmm tak makan saman, keluo rumah terus memecut laju, Ammar nak makan kt org kawin! Tak lama kemudian ada a bunch of veteran kampung join Ammar makan. aduihhh...sib baik dokek jo.
Menu ari tu are gulai kawah daging, ayam masak merah, acar mentah, ikan masin (ya ampunnnn!!!), sambal belanchan = kejam, kejam, kejam, eden dah jadik tak malu cam Ammar, 2 kali ulang alik ke tempat serving, tak menahan bohhhhh!!!!

Jadik, kesimpulannya kekejaman terhadap diri sendiri telah berlaku sepanjang cuti raya tu ari. Tu sebahagian je dr makanan yg aku makan tu, belum masuk lagik malam sebelum balik emak open table ikan bakar kt Tanjung Lumpur, lupa nak amik gambo sbb dah rasa kebulur beno, dat night kami makan ikan siakap 3 rasalah, ikan bakar pun ada, udang celup tepung bagai..iskkk...sepanjang2 cuti tu mmg takut nak check gula, takut kena tahan kt hospital jek...


On Sunday, masa nak balik KL, beginilah jem macam siput sepanjang Karak Highway...perjalanan yg supposely 3 jam dah jadik dekat 6 jam! Balik umah terus pingsannnn!

Comments

~jeet~ said…
ooo...kijam....sepanjang CNY sy terperuk kat PD, on stenbai..paling abih tgk nasi dagang kat pasar malam, tu pon x selera...
Yong Kamariah said…
jeet dear - best gek le tu kira dpt jenjalan...mmg payah nak cari nasi dagang yg kena selera kt luo sana tu, esp. yg kt paso malam, selalunya hampehhh!!!
Kongkang Malaya said…
Yong,
Amboi.. saya dok tengok segala gambo meruduk kalbu itu pon nak tumpang sebut sama... KEJAM! Hehehehe! Nasib baik la saya tak lama, kan Yong? Kalo tak.. story no use la. Huhu!

Nasi dagang tu gaul dengan halia, bawang dulu sebelum kukus ke selepas kukus ek?

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA