From Gaza ...(and Egypt) with love

Tepat jam 8.20p.m. hari Selasa the door bell ringing. Syukur alhamdulillah apak ko dah selamat balik, in 1 piece from misi keamanan di Gaza. Berakhirlah hari2 penuh kerisauan seorang isteri dan ibu.

Kurrrrrr semangat... sentap jantung makcik dengo citer pakcik ko. Rupanya2, the first night mereka sampai, tepat jam 12.00 a.m. mereka di bawa ke satu lokasi rahsia di sebuah ladang zaitun. Kurr semangat rupa2 di bawa ke markas tentera Hamas tengah2 malam buta. dalam gelapgelita kecuali dalam kem. Dapatlah apak ko bersalam dan berpelukan dgn komando2 Hamas, sampai kata apak ko dia yg sebeso begitu tenggelam paras dada je ngan komando Hamas. Kemudian dia dan colleague di bawa keluar dlm gelap gelita utk bertemu dgn tentera  mujahid Hamas di luo kem. Saspen giler kata apak ko, dlm kem tak dibenarkan ambil gambo, tapi diluar kem mereka dibenarkan bergambar dgn tentera Hamas yg bertopeng dan bersenjata rifel, ada yg selamba tgh pikul peluru berpandu ke apa namanya kata apak ko. dah lah keadaan gelap gelita pastu depa bagi rifel kt apak ko soh bergambo ngan sebilangan tentera bertopeng Hamas. Pitaaaaam apak ko nak pegang rifle, so dia refused (apa daaaa...), takut terpetik dlm gelap katanya (ko ingat pistol 70an ke bang?). Kawan reporter dia je berani pegang rifle sambil bergambo penuh gaya ngan depa. Aku tengok gambo tentera Hamas tu pun naik gerun, nak2 apak ko dok tengah2 dgn misai ngan janggut mullah omar wannabe...kalau gambo tu terlepas nahaslahhhhh....right after that depa terdengo dan ternampak pesawat Drone zionis diudara, dgn segera depa diarahkan meninggalkan markas, nak jadi ahli Hamas ni depa kena 6 bulan berturut2 without fail semayang Subuh berjamaah dan hafal al-Quran. itulah kenangan berharga apak ko sepanjang di Gaza. I'm so proud of you dear for your courage. tulah bini sendiri jadik tukang citer... tu pun tatau private n confidential ker (? alamak....) erkkk depa boleh translate google dlm bahasa Hebrew ka? matikkkkk....

Syukran semuanya dah selamat. dengar cerita apak ko, tengok gambo2 and video yg dirakam terasakan Gaza menggamit2 kedatangan di hati ini (kecuali part gi kem Hamas sorry mintak mahap okbai).

 wahhh wahhh wahhhh kemain apak ko yek. Sebelum ke Gaza dan selepas pulang dari Gaza, mereka ada masa like couple of days di Cairo, jadi sakan depan jalan no....Ko tau bang, masa first time tengok citer Titanic dulu, aku pun memasang angan2 cam Kate Winslet tu nak tunggang Camel tanpa celana kt Egypt. rupanya abang yg sampai dulu, takperlah, marilah memasang angan2 bersama selepas ini.

ambil semangat intifada ni.. apak ko beli tarbus and jubah utk anak kt Cairo. Ammar really loves the jubah, now tiap kali nak solat dia mesti sarung jubah ni.
My little Nefertiti.... dia pun taknak kalah...apak ko pun tak hagak-agak beli jubah kt mak beso gedoboih aihhh... perli ka apa....



 The produce from Nil River, apak ko beli kt pasar di Cairo sblm bertolak pulang. malangnya stoberi kan tak tahan lama, tp balik ni nak wat smoothie stoberi, berilah aku kekuatan semangat itu.

 Before I sign off, I would like to share some pix taken by him at Gaza recently.

Anak-anak di Gaza... sudah lali bermain2 di sebalik runtuhan bangunan akibat roket Israel laknatullah. Even masa satu interview by reporter HM dengan anak2 ni, depa kata depa tak takut dgn zionis, kata sorang budak 6 tahun, kalau zionis datang, dia nak pukul dengan kayu (you are so brave, love). Even one of the dad tunjukkan video yg dirakam di telefon bimbit anak kecilnya yg masih mampu tertawa tika roket2 digugurkan, sesungguhnya mereka even anak2 kecil tak takut mati! mereka telah didik semangat juang dikala anak2 masih kecil lagi malah tidak bersedih tapi bangga kerana mati syahid. Allahuakbar!

Massive destruction.... The elderly dan anak2 tiada tempat beriadah, beginilah keadaan mereka setia di balik sisa runtuhan kediaman masing2. Mercy (NGO) tgh set up playground utk the kids kt sini.


 
 Ya ummu... jangan bersedih lagi wahai ummu...
One of the women yg mereka temui dalam juraian airmata menceritakan saat seorang anaknya syahid dalam serangan baru-baru ini...jangan menangis lagi ummu... for HIM, Allah the Almighty...

-
-
-
--
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-


 has granted and 'replaced' his syuhada son with a grandsons... kembar lagi ya ummu! dia tidak gantikan seorang malah dua sekaligus pewaris mujahid..Allahurabbi.....
kadar kematian kpd kelahiran di sana diberitakan 1 : 15, gugur seorang tumbuh lagi berganda2 bakal mujahid. Sesungguhnya takkan hilang para syuda dan mujahiddin di sana, terus berintifada sehingga kemenangan pasti ditangan kita..Allahuakbar!

last but not the least... Mesej keamanan from Gaza...and don't forget Syria, free and save Syria also!


Comments

CS said…
Yong
CikSom tumpang gumbira sebab apak budak2 dah balik dalam keadaan selamat in one (big) piece, ahaks.

Tarbus n unta, owhhh so very cerita P.Ramlee, hehe..

You dah naik unta lum? I daaah...*tonasi riak*, hehe..

p/s: herot berot bibir I tiap kali baca your entry :-)
Anonymous said…
Assalamualaikum Yong

Ahkak minta maaflah sebab Yong rasa cam kena piat. Tapi ahkak tak ada rasa nak buat cam tu, cuma ahkak cakap cam Yong ada sebelah aje. Cam dah kenal lama, gitu.

setiap hari sedeh baca pasal Palestine ni, rasanya tak cukup pengorbanan kita kat sini untuk kedudukan mereka tu.Tapi saya sentiasa ingatkan si bongsu tu siapa dia. Saya masukkan dia ke sekolah agama tahun 2013 tingkatan 1. Setiap hari saya beritahu supaya dia berjihad ke jalan Allah dengan bermula dengan mendekati Al Quran dan saya pantau sembahyang 5 waktu.Sembahyang Jumaat saya hantar sendiri.

Bab suami tak ada dirumah ni Yong, cam saya seminggu jumpa suami 2 hari je. 2/3 tahun sudah dia commuted seminggu sekali. Mula-mula dulu tak boleh tidur juga, tapi mana tahan tak cukup tidur. Bila nak tidur lepas baca doa-doa tu, baca Bismillahitawakal & Dzikir lah sampai tidur. Apa nak jadi malam hingga pagi esok serahkan je pada Allah. lama-lama biasa.

I dah balik dari Jogjakarta,

ahkak

LEEzasTOUch said…
Assalam Yong...
Wah! besar pengorbanan apak ko ya...
syukur alhamdullilah dh selamat balik n i bet u must be so relieve che abg dh balik! Salute to him! Sama2lah kita berdoa bumi palestin akan dpt kebebasan dr.kekejaman zionis!
Unknown said…
Asmlkm Yong...
Alahai..lena tidur mu Yong setelah Apaknya balik in one piece.
Seperti pahlawan pulang dr peperangan rasanya..
Alhmdllah..selamat dia kembali kepangkuan isterinya.
Yong Kamariah said…
Yuhuuu Cik Som...
bahaha yeahhh tu yg gembira tu bila balik in one BIG piece, ingatkan kuruih jugak dah seminggu tinggalkan nasi n roti canai rupanya nan adooo...
amboihhh dah naik unta mike, untung lerrrr...


ahkakkk my dear...
w'salam....ishhh idok le payoh nak mintok mahap, kita pun suka bergurau senda gitewww i is ok you heee..
oh akak ni kira weekend marriage lah ni eh, aduhhh memula mesti payah ek, tapi alah bisa tegal biasa kan, beso pengorbanan akak tu, sayakan ahkak, kalau boley nak hanto je ammar jadi tahfiz tp disebabkan keadaan dia tu tak tercapai hajat, what you do to your son is the best for him n you, semoga dia menjadi anak yg soleh dan mendoakan ibubapanya kelak amin.
Yong Kamariah said…
W'salam kak Leeza my dear,
alhamdulillah so relief dia dah balik, depa pegi tu kira underground tu kak, dgn opis depa tak sempat issue insurancenya, dgn bawa cash almost 100k lagiknya, dgn baru 1 day gencatan senjatanya...klu kena tahan masakkkkkk.. tp klu niat kita baik insyaAllah...perjalanannya mudah dan lancar di aturkan tuhan, alhamdulillah.


Salam kak Iha,
fuihhh memang lega, tido pun lena sampai kul 10 p.m. dah terbongkang depan tv hahaha...tgk gambo dia ngan tentera alqassam mmg rasa dia baru balik medan perang, dgn mcm2 saat mendebarkan time kt sana, tp la ni sejak Mursi rule Mesir sempadan Mesir-Gaza ada loose sikit, ramai dah boley masuk sana, saya pun mmg bercita2 nak pegi klu ada peluang, in shaa Allah, klu takdapek pegi kita doakan mereka ye kak ye.
Salam yong,
Tima kaseh sudi kongsi cerita mu walau dalam bahasa lintang pukang mu yang akak suker tu. kiter suka sangat tengok anak2 Yong K, alahai, comei comei,. geyam tengok yer taw tak.
Kat apak ko, wahai,..apak yang berhati nan mulio. ini adalah 1 sejarah sampai ke cucu cicit piut dan sewaktu dengannya, siapa kah yang akan break the guiness book of record dan sampai ike Tanah ittew.
Yong Kamariah said…
Wassalam kak Ni...
alahai cemana baru perasan komen akak nan jelito ni? owhh mekasih kak nie, bahasa ku cenggitu le, sekelam kelibut orgnya, saya ni clumsy gek orgnya kak ahahahaks...
pi ke sana seumpama balik ke tanahair kampung kita sendiri sbb itu tanah kita, org sana tolong jaga dan pertahankan itulah seumpanya dan sbgmana yg dikatakan oleh org sana, they welcome us sesangat, moga kita dpt jejak ke sana terutamanya ke Baitulmaqdis, in sha Allah...

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA