Catatan Umrah 2013 : Ziarah Makkah

The ouster of President Mohamed Morsi : Macamana the elected leader boley digulingkan?  memang payah nak tegakkan agama dibumi yang dibuai sekular setelah sekian lama. Baik Mesir, baik Turki. World has come to the end? or so as stated in Holy Quran. Huru hara sana-sini. Simpati Syria. Simpati Palestine. Israel n America gelak guling2 percaturan mereka dah menjadi. Syiah durjana pun sama.

It was reported that di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama (READ : satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir. Mujur suami saya sempat ke Gaza last year melalui sempadan Mesir yakni Rafah. Ketika itu dia pegi one or 2 days after gencatan senjata, dan Presiden Morsi yg ketika itu baru dielected by the PEOPLE melonggarkan kemasukan ke Gaza melalui sempadannya Rafah. Dan selepas suami saya dapat menjejaki bumi Gaza maka berderu2lah umat Malaysia ke sana selepas Gaza 'dibuka' kepada dunia luar. Betapa kita perlu berterima kasih kepada Morsi ketika itu. Reda seketika penderitaan rakyat Gaza. Bayangkan juga suami dan rakan masuk ke Gaza dengan diiringi oleh kereta kebal tentera Mesir yg memantau like a hawk keluar masuk orang awam ke Gaza. Mereka masuk masa tu pun melalui orang tengah, seorang rakyat Mesir, yakni anak kepada seorang bekas jeneral di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Membuatkan wakil suami dan rakan di Gaza cuak giler nak bawa org tengah Mesir tu ke dalam Gaza. Takut ada agen intipan kepada kegiatan Hamas i guess. Sehinggakan ketika suami dan rakan di bawa ke kem Hamas, wakil Gaza saja2 buat kereta yang di naiki oleh wakil Mesir tersebut sesat tak jumpa jalan dlm kepekatan malam. Lantas saja dia bisikkan ketelinga suami 'kalau dia tanya pergi mana tadi katakan pergi melawat keluarga syuhada'. Rupa-rupanya.....

Allahuakbar. Bergolaknya bumi Asia Barat. Menangkan Islam ya Rab.


anak-anak, ni kenangan apakanda bergadai nyawa masuk kem Hamas di Gaza. Bergambo ngan tentera Hamas ditengah kepekatan malam. Takbir!

Dan kenangan di Cairo...angan2 maknda nak gi kt gambar di plg atas aka angan2 Rose Titanic pun sudah punah semata. Baru je cadang2 nak gi sana sebab dah ada contact. Sabar ye Rose sayang. Sorry melalut jap, can't help it.

_--------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi pada siapa kau berpaling dan berteduh dalam kasih-sayangNya tika hatimu tidak karuan? Pada Rab-mu sudah tentu.  Berada di rumahNya melepaskan keluh-kesah di hati adalah perasaan paling indah dan tenang yang kau bisa dapat tika berada di sini.

 
Makkah Al-Mukarramah. Di depan perkarangan Masjid Al-Haram.

 
The ever proud Makkah clock tower. Binaan Muslim scholar.

 
Abadikan keindahan dia. Tak seorang kafir pun boleh masuk ke Al-Haram, takkan di terima olehNya pun. Hari2 yg terhad di tanah haram di manfaatkan untuk beribadah di sini. Berulang-alik ke sini untuk memohon keredhaan dariNya.

 
Selepas sempat menunaikan umrah kedua, kami bersiap2 nak ziarah sekitar kota Makkah.

 Di Jabbal Tsur.
Kota Mekah banyak bukit-bukit macam ni. Antaranya menjadi tempat sembunyinya nabi kesayangan kita untuk berkhalwat bersunyian2an tika menerima wahyu, macam di gua Hiraq. Dan juga bersembunyinya baginda dari kafir Quraisy yang sentiasa memburu ingin membunuh baginda. Antaranya Jabal Tsur. Di sini baginda bersembunyi selama 3 hari 3 malam dengan ditemani sahabat setia baginda iaitu Abu Bakar. Selama itu jugalah anakandanya Abu Bakar, Asma, membawa makanan kepada mereka berdua utk kelangsungan hidup.

Firman Allah SWT:
Artinya : Jikalau kalian tidak mau menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepadanya (yaitu) ketika orang kafir (Makkah) mengusir dia, sedangkan dia adalah satu di antara kedua di dalam gua (Tsur)”. Dia berkata pada temannya (Abu Bakar), ”janganlah engkau bersusah hati karena tuhan beserta kita.” Maka, Dia menurunkan ketenangan ke atasnya  (Muhammad) dan  membantunya dengan tentara yang kalian tidak bisa melihatnya, dia menjadikan kalimat/seruan orang-orang kafir menjadi rendah, dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Dan Allah Maha Mulia serta Maha Menghukum. (Al-Qur’an Surat  Attaubah/9 Ayat 40).

-translate indo terus 


 
Di belakang tu lah ada Gua Tsur. Kt situlah terjadinya peristiwa labah2 buat sarang kt muka pintu gua masa nabi bersembunyi. Jadi keliru kafir Quraisy yg cari nabi di situ. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Kata nabi kepada Abu Bakar, jangan takut, bukan kita berdua je di sini, kita 'bertiga' bersama2 Allah. Kerana sesungguhnya Allah berjanji akan menolong baginda di saat sukarnya seperti itu. Allahuakbar.


ehh tetiba pulak ada burung lalu atas kepala. Kami sekeluarga.

Me and Kak Tie kesayangan.
Kami singgah kt sini kejap je. Malam tu adik aku ngan abang ipo aku ura2 nak panjat bukit ke Gua Hira', nak merasa cemana susahnya Rasul dan sahabah di zaman itu. Hermmm sudahnya dlm mimpi je lah ye Jie?


Di Jabal Rahmah.
 
ngan dua adik. Gemuk pula diri ini kelihatan. Masa ziarah ni kami prepare nak wat umrah ketiga, tu dlm pakaian putih ihram ini. Lepas ziarah nak bermiqat di Ja'ranah.



Adam dan Hawa, bertemu di Jabal Rahmah setelah berkurun keduanya terpisah.

Berduyon-duyon orang memanjat ni. Aku pown sama berkobar nak panjat. Tua muda panjat ni.

Klu ikutkan batuannya ni bukan senang. Klu ni belakang Gombak sesaja nak daki tak arrr kan.

 
Dah penat2 panjat berbatu2 bergolok gadai nyawa ibaratkan laaaa... ada tangga ropanya sebelah tu ahaha...


 Alhamdulillah... berjaya sampai ke puncak. Langsung tak penat, langsung tak payah. Nak ambil mood tokmoyang nenek kita Adam dan Hawa yang bertemu di sini.
Amboiii akak kt belakang tewww... dunia...lihatlahhhh...


Terimakasih Kak Zah di atas gambar ini. Gini le klu soh mokcik amik gambo. Mana dan tala je. Yang berkobar2 nak naik ni Kak Zah le. Maklumlah, ini kan bukit 'cinta' ibaratnya, ramai orang ke sini minta jodoh. Tak terkecuali kak Zahnya, ada nak bawak 'hajat' orang katanya, beria ia berdoa di sini. Next month blk dr Makkah, anaknya sampai jua jodohnya ngan orang nogori.

Aku pulak... rasanya dah le jumpa jodohnya, anak pun dah 2. Mintak panjang jodoh je lah. Anak2 kecik agi. Tp klu bawak suami hati2 Cik Salmahhh... takut dia pun minta jodoh lebih kuota ... hawoorrrrrrr!!! Kita serahkan semuanya kt Allah taala saja ye. Ehhh anak sapaaaa lah pulak ni, termasuk pulak dlm gambo mokcik ni. Jangan2 jodoh kau tak Aleesya.. mahahhaha....menantu Arab aku esok2 kuikui...

 
 Hok ni gokkk.... tak habih2 posing ultromen, bawak2 kan mengucap, dah jadik bapak orang dah Jie...

  with my younger sister. Sup sap sup sap je sampai atas. Klu kt umah nak naik upstairs pun sakit lutut



 

Ni paling kemuncak... Ramainya orang tulis nama mereka dan pasangan mereka di atas batuan. Hermmm jangan jadi syirik pd Allah udoh le ye. Tak kurang juga yg single tulis nama dia dan tinggalkan tempat kosong sebelah. Sat gi ada le saper2 tulih nama dia sebelah heee...Aku berdoa je moga dipanjangkan jodoh ini. Amin.

Setelah berziarah di sekitar Jabal ini, kami menuju ke Ja'ranah untuk bermiqat. Untuk umrah ketiga lah kiranya. Aku dah berkobar2 dah nak wat umrah ni, sekali, masa masuk toilet sodakalahhh.... dah piyet! uwaaaaaa kuchiwa mokcik. Agaknya lasak bebeno panjat bukitnya tu.

Kemudian kami di bawa melawat sekitar padang Arafah/Minna/Muzdalifah. Lokasi utama ibadat haji.


Banyaknya khemah2 kosong yang menanti jemaah ketika musim haji kelak tika bermalam di Mina/Muzdalifah.



Yang atas bukit tu kata pak ustaz adalah 'khemah' untuk tetamu istimewa di raja. ohhhh ada kelas2 juga yek. yelah, bawah kipas, atas ekon agaknya. Gambar adalah naturally kaler ini, no editing, matahari kt sini agak pelik teriknya, pemandangan dalam kamera terus jadik mode 'Sephia'.

Next day, adalah kami di bawa ke Hudaibiyah pula untuk umrah berikutnya. Terasa diri ini amat ruginya, mungkin tuhan mahu aku kembali semula ke sini, in sha Allah.


Di masjid Hudaibiyah. Sayu je hati ini tidak dapat beriktikaf di sini. teringatlah peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Ok, aku ingat nama perjanjian tu je, peristiwa tu aku dah ingat2 lupa. Mari kita refresh balik.

  Hudaibiyah adalah tempat bermiqat yang lebih jauh dari Tanaim dan Jiranah. Ianya terletak di Syumaisi, kira-kira 24 km dari Masjidil Haram. Di sini terdapat Masjid Hudaibiyah atau Masjid Bai’ah ar-Ridhwan Hudaibiyah. Kawasan ini merupakan tempat di mana Rasulallah s.a.w. bersama 1500 para sahabat telah tertahan daripada melakukan umrah pada tahun 6 H. Para sahabat kemudiannya melakukan bai’ah (janji setia) kepada Rasulallah s.a.w., untuk memerangi orang-orang kafir Quraisy. Akhirnya berlakunya genjatan senjata antara muslimin di bawah Rasulallah s.a.w. dan kafir Quraisy, dan termetrinya Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini ada disebut dalam surah al-Fath, ayat ke 10 dan ayat 18.
Masa ni orang adalah sangat pack, jadi jemaah kami tak dapat solat disebabkan ruang waktu yang terbatas. Jadi, kami patah balik dan seterusnya melawat unta je lah. Waahhh.. ada jemaah yg dah tak sabo masa lalu ladang unta ni, dia soh bas berenti. banyak cantik muka ko. suka ati ko je yek. Siap cursing muwazir lagik. ishhhh dia ni pehalll??? tak kuasewwww... ko kang nasib ni tanah halal, klu tanah haram takut tuhan bagi cash je. tanak halal ni takper gak kot credit je. iskkk bawakkan mengucap jagalah mulut kita sedara-sedari. iskkk aku bengkek betul arrr ngan brader tu. Kt Jabal Rahmah pun dia sekian hal gek asek ngomplen. sib baik aku tak kenal, klu tak aku nak kepohci gek nak tau bendalah 'cash' yg dia dapat tu.


Hello unta! Nice meeting you...


yeahhh sebegitulah diri ini.

my siblings and SIL
tu dia aihhhh perkakasan packaging susu unta.

org2 kaum ni sesaja bela unta ni. aku tengok dah kembang tekak tp beli le juga sebotol 5 rial. Dah rasa not bad at all you... rasa dia cam susu segar Dutch Lady je. iyeee, betul. cuma ustaz pesan nak wat umrah jangan minum ni takut sakit perut, so you think yakult tu je ada bakteria baik? heyyy don't look below the unta uols, susu dia cuci habih perut kita. Esoknya aku rasa lawas dan lega je perut dah cuci mihmihmih...

Last but not the least... baibai unta.. nanti kita sambung gebang lagi.

Comments

Unknown said…
Yong..selain beribadah, you really had fun Yek.
Selamat menyambut Ramadhan.
Anonymous said…
Rindu nak buat haji lagi tapi yg afdal hanya sekali.

Saya dah email ke Yong.

Ahkak
Yong Kamariah said…
Assalam ahkak...
Terimakasih akak... banyak sesangat tips berguna yang akak titipkan, really appreciate it akak... timakasih bebanyak ye kak, mohon share kt blog boley tak?
Mulan said…
salam ramadhan yong..!!

hamboi apak orang nak berotomen kat sana ek.. cute jgk tu...

camna rasa susu unta ekk.. sbb jaman kami pi dolu2 takde lak depa jual2 camtu..

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA