Diari Ramadhan

holaholahola...cikkebungcikkebung. Allahuakbar...dah separuh Ramadhan dah kita ye, cepat naw masa berlalu. Aku kan idok le sempat nak kelebek blog ni, nak curi2 masa pun payoh lah. Memalam klu lepas Isyak tu mata dah cam di gam2, tengok2 citer samarinda Ramadhan yang hilang last2 aku yang hilang huihuihui....kemarin suap makan kt mokna tu boley aku tertido. Sekali suap dia pegi main2 pastu cam anak itik kan, dia dtg balik nak menyudu makan sekali aku terjaga, lepas dia main balik aku terkatup balik mata, oih teruk beno mak kau ye Aleesya.


eh tiba-tiba... ku jadi rebuthannn berduyoon tiba...eh ternyanyi lagu julia banos plak. sekali... mana boley tak push gambo depan legoland kan, lupa lak tu ari nak tepek gambar bersejarah ni. ok tu saje.


























Ammar alhamdulillah setakat ni takde lagi tinggal pose walau hari2 teruk beno aku tengok keadaan ketidakrelaan dia tu. Kot taktaulah dok bertapa lama2 dlm bilik air teguk ayo bergelen2 hahaha...Hari2 tanya bila lagi kita nak puasa ni? lepas minggu ni? minggu dua? lepas minggu 3 kita raya kan Ummi? yoooolah nak. Tahun lepas dia nak hadiah tupperware Echo, tahun ni dia nak komik boiboiboy musim terbaru hahaha, betapa senangnya Ammar... petik jari gi 7-11 pun boley dapat kuikuikui, bagus anak aku ni tak byk demand nyer. Masa gambo ni di ambil adalah dalam 4 Ramadhan, masa 3 Ramadhan tu dia dah tak nyabo nak buka, mana le tahan tgh tunggu waktu buka dia siap2 mengadap nasi beriani yg sgt berahi kelihatannya. Siap menangis bila aku kata kejaaaap je lagi. So dlm genangan airmata tu dia wish..."Esok Ammar nak demam, org demam tokleh puasa kan Ummi?" kuangkuangkuang.....

Kita ni nak puasa kenalah penuh ketakwaan. 'Ketakwaan' Ammar ni dia ni telus, citer je apa benda dia buat. Termasuklah kes dia jilat buah duku-langsat. MAAKKKK AIIII... nak ter emergency brek tgh2 highway masa dia buat confession tu. Pastu dia mintak maaf sambil menyesali diri huhu. Ate apa kesnya sampai jilat duku bagai ni? Kata dia masa kt sekolah Cikgu Gee bawak (tak pastilah utk tujuan belajo ke sesaja nak bg kt murid). So dia nampak Amri jilat buah ni so dia pun jilat, jilat je Ummi, jilat je, Ammar tak makan pung.... Allah mak aiii anak aku niii... buah duku pun ko terlio yeh??? yg aku kata ketakwaan ini adalah apabila bila kita ada peluang nak buat salah masa takdek org lalu kita tahan keinginan itu. Padahal bukan ada org tahu, tu namanya ketakwaan dan iman di hati. Ammar ada chan sorok2 benda ni tp as special kid dia ckp je benda apa dia buat. Dah mak kau dah tahu menyiraaapp le... Tp cool down pula bila memikirkan sifat telus dia tu. hermmm... ok itu saje.

Last week balik Perak sbb turn MIL moreh. Sempat le pegi pekan Air Tawar nak beli baju melayu kt Ammar ngan bapanya. Mmg tiap2 tahun aku gi kedai ni sbb dia ni asalnya specialized dlm tailoring baju Melayu. Tup2 baru aku tau dah banyak cawangannya. hilang plak rasanya exclusivity nyerrr *puiiii bajet retis poyo je.
haha, kedai ni mesti design sekali mak, bapak, dotter and son, satu kaler satu design je gitu, senang tahun ni tiga beranak ni terus sedondon. Material dia thai silk tp harga sgt berpatutan. Aku instruct tahun ni kaler coklat, coklat apa taktau sbb aku dah lupa sebenonya kaler baju yg aku tempah baper bulan dulu. So doesn't matter, aku kan lead vocal, kena lain sikit tone dia dari org hehehehe... masa ni cik Aly tgh syok tido sian kena kejut sbb nak tgk saiz. Ammar disbbkan baju dia dpt dulu so dia kena tunggu lama. Sampai terkeceper tepi dinding, dok mengadu hausssss, hausssss...pening, pening. Nak bbuka lettewww...Pahtu meroyan ajak pi Tesco. Sampai kt Tesco terus haus ngan pening hilangggg. Ko kann....

wahhhh ayam gorenggggg *upinipin* masyaAllah...disbbkan adik tak pose and kelaparan terpaksalah singgah KFC. Ammar menangis dlm ati. Lepas tu adik teguk vitagen sebotol. Ammar terus menangis. ok itu saje.

wah wah wah... kemain ye ramailah org tayang gambo iftar. eh tak aci, tak aci, aku nakkk jugek..tak nak kalah okey walau menunya tahap sijil dan diploma kuikuikui... haku adalah pemalas dah nak snap gambo menu iftar. Sbb tak impress bebeno. Tahun ni aku sgt berbangga dgn diri ini sbb setakat ini tak dek leftover pun dlm esbok. Clear je esbok aku. haha riak tak?? aku dah pandai bajet kali ni. Mmg ngam2 utk berbuka dan mungkin tinggalkan sedikit masa sahur. membazirkan amalan syaitonnnn....



Aku sampai umah kurang lebih 5.30. dapat 2 lauk cukup. aku dah malas nak masak sayur asing2, aku main campak je dlm gulai/main menu, cam sotong n bendi n gulai tempoyak ngan timun cina nihhh...kadang2 time buka je dah licinnn, Ammar dan bapak dia klu makan macam belumba menambah2 ishhhh...kuih je aku beli sikit2. dah cukup, alhamdulillah.

*wahhhhh terus dalam mode dalam mimpi plingggg*
Ni aku masak sahur masa ada tetamu mengejut, makna kata dtg tgh malam tumpang tido sbb subuh2 nak ke airport. Memang dapat makanan kherlasss la kan, hotel 5 bintang pun tak mampu menandingi ahahha... mana ada masa dah nak defroze kan segala bintang2 sejukbeku dlm esbok tu, so masak yg kering2 je. Tp ni pun yg buat laju makan. Sambal sardin, goreng telur and tumis bawang cili api and kicap, and bilis goreng garing, tumbuk cili padi bawang tumis perghhhh.... ok tu je satu2 masak time sahur, aku ni nak bangun awal2 masak time sahur umpama mencari malam lailatulqodar, paling kuat goreng telur dadar je haha, makan je apa yg ada...

weols ni sahur takde le nak beria beno, janji masa buka nasi 2-3 pinggan ahahha...deme le, aku dpt nasi sepinggan terus rasa senak. Aku ingat masa dok under one roof ngan mak dulu, mak mesti masak cam mee, bihun, kuetiaw, bubur lambuk as introductory for iftar, afterwards lepas solat maghrib ke baru le melantak nasi. kuih2 toksah ckp lah, wajib ada cendul, lompat tikam, pulut panggang, kuih puteri mandi...tu kira menu wajib le, hebak mak kita kan? sorry mak, takdpt orang nak meneruskan tradisi itu, laki ngan anak orang nak nasik je mak!


Ini mokna...adoiiii, ni mmg ar mainan dia, umpama tgh meniti batas tepi bendang. Cam nak praktis gimnastik, baik suruh dr melarang bak kata perumpaan klasik mak aku. Klu marah siap melawan, la ni boley siap meludah aiyoooooo cemana arrr nak tarbiyah budak 2 thn plus klu cenggitu??? byk beno benda2 negatif dia import dr nursery la ni, semalam siap kata bodo..aiyoooo kuasa dua. nak tampor gek mulut tp rasanya bukan tindakan yg bijak. Ammar le jadik mangsa selalu kena marah ngan dia. Ko redhokan jelah Ammar yek. Ammar byk no mengalah ngan dia ni, klu boley, tv mmg dia akan konkur ngan babytv dia tu, dlm masa sama dia konkur ipad, klu Ammar nak alih siaran kemain meraung. Aiyooo kuasa tiga. ini budak arrrr...
langsir tu adalah masuk tahun ke 6 rasanya. gunajelah sampai lenjan. dak pun tuko2 ngan adik-beradik dia dlm lemari tu.

ngan org redho je plak. Ni time julung2 kalinya melawat pasar ramadhan sbb tak sempat masak satu ari tu. siap nak pakai tudung tu. Sepanjang2 jalan mengharung param tu dia senyap dan redho je bak Iffa bininya Ehsan tehehe...




Ini emaknya tgh pack2 bubur lambuk masa program mengagihkan bubur lambuk kt opis.
 eh cam kurus sikit aku. Ada satu gambo tu muka nampak cun tp spoillll perut cam mengandung 7 bulan ahahha, so terpaksalah tepek gambo ni sbb antara cun dan nampak kurus baiklah kita pilih nampak kurus. ok itu saje. babai.

Comments

Unknown said…
Assalam Yong
Amboii berbuka sakan dgn berjenis kuih macam ya!....
Tahun ni kak Liza tak da mood nk buat kuih manis mcm tahun yg sudah2. Agaknya bila budak2 dh tak da kat rumah masak pun biasa2 je!
Yong Kamariah said…
Wsalam Kak leeza,
Aiyooo mana ada kuih kak, saya pun beli je...tak sempat nak masak kuih bagai balik keje tu, so beli leh kuih2 sikit, kadang2 nak beli pung tak sempat!
Unknown said…
alaaa...nk tgk muka umur 17 tu...
sian ammar... kimi pun kalah tp alasan nk berbuka...kimi x makan ubat lagi...kimi nak mkn ubt...kna la berbuka kan mami kan...
Yong Kamariah said…
Dear aida,

haha kiut je kimi, ammar pun lebey kurang sama, asek demam manjang nak makan ubat ngan minum air.
muka umur 17? idok le teman paham??

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA