Diari Raya 2013
Assalamualaikum wth....mestilah gambar tergempar ai dulu kan...
Tahun ni takde gambo raya sekeluarga boley? Tak dapek aku nak bergambo ngan baju rayanye. Ni jeler sekeping gambo di pagi raya ngan anak dara yg tak reti langsung dok diam depan kamera, asal panggil bergambo je jadik cam nak tangkap ikan keli kekdahnya. Abang Yeop Ammar lepas semayang raya dah ikut sepupu meronggeng beraya umah jiran taulan. Taktaulah behave ke tak umah org tu, kot pakai menonong masuk umah org taktaulah. org blk beraya duit berkepuk, dia tinggal selai dua je angpawnyer.
Kami beraya di Pahang dulu. Apakndanya pagi raya baru sampai umah Awe. Mlm raya keje lagi, nasib gek tetiba dpt cuti raya seminggu tahun ni. So lepas solat raya dia pulun tido sampai ke petang. Aku ingat raya kedua baru dia nak bangun.
anak dara den ngan baju rayanyer. Dah potong sesiap rambut depannya.
Ni jeler sekeping dua gambo raya. Suka bebeno dpt jumpa sepupu sepapat di hari raya, org dah pandai berkawan katakan.
Dan sekeping gambo di meja raya dgn sorang dua tetamu cilik, tahun ni mmg meriah ngan tetamu cilik. anak buah aku siap suggest ada dakwat kekal lagi utk bg duit raya, ada sorang dua yg dok ulang2 dtg berayanyer kuangkuangkuang haha
yang ni taktau pasal apa ada dlm kamera. Tu je pun gambonya. tak de mood nak bergambo. compact kamera pun tak bawak, kamera ipad pulak buat hal. dan-dan arrr malas nak amik gambo,
Petang raya ai sempat masak rendang tok. Alhamdulillah, menjadik dia. Walau ikut kepala sendiri tp rasa mmg ngam ar rendang tok. Aku buat mana yg senang jelah, sejak kawin ngan org Perak mmg I fall in love ngan rendang tok. Masa memula kawin dulu mmg tgk mil and her team wat rendang tok ni mmg le renyahhhh. Tu belum kira lagik preparation zmn toknyang opahnya dulu, lagik le nak giling2 rempah2 bagai. Rendang tok is rendang rempah. Sume benda rempah yg ko kenal silalah masukkan dlm ini. Klu wat preparation sorang diri mau sari amik masa, tu belum masuk masa masaknya lagik. Ni pun kira wat resepi derhaka gek ni, amik mana yg senang je.
Resepi Rendang Tok ala resepi derhaka ala desperate housewife. Tok2 Nyang, Opah jgn mare arrrr....
Cam biasa, ai tak pandai bersukat.
Bahan A :
-Bawang merah
-Bawang putih
-Halia
-Serai
-Lengkuas
-Kunyit hidup
-Cabai kering
-buah keras (tumbuk)
Blend semuanya.
Aku tgk MIL and her team selalunya siap blend kering cili kering tu, maknanya, disangai2 atas kuali tanpa minyak, and blend kering. Jadik cam serbuk cili kering, cabai basah pun bubuh. Sorry le mok, keme tak dek mase, keme lesingkan cabai kering blend basah sumenyer. Lagik satu, utk bg lebih lemak sometimes deme hiris2 nipis kelapa masukkan dlm rendang ni. hermm tak pernah buat.
Bahan B :
-Serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, serbuk kari daging, lada hitam tumbuk/kisar, kerisik
Satukan bahan B ke dalam bahan A yg siap diblend.
Bahan C:
-sedikit belacan
-air asam jawa
Bahan D :
-bawang merah, putih dan halia = di mayang halus
-rempah menumis 4 beradik
Lain-lainnya :
Daging, santan, garam dan gula melaka
Cara-caranya :
1. Tumis bahan D dengan minyak.
2. Masukkan bahan A+B. Tumis sampai rempah harum dan rasa nak makan-makan dan-dan tu.
3. Masukkan daging. Biarkan daging rasi dengan rempah dan masak sehingga daging empuk.
4. Masukkan the rest : Air asam jawa, belacan dan santan.
5. Masukkan garam dan gula merah, perasakan sampai kau rasa sedap dah. Rendang Tok berempah, jadik harus ada rasa manis from gula melaka, gula pasir tak aci okeh.
6. Masak sampai betul2 kering dan hitam.
7. Hidangkan lah pagi2 raya supaya dia bergaya duduk di sebelah lemang. hermmm nyum sampai nak pingsan hoi!
Menjelang tengahari raya huiiii berpeluh2 hadohhhh time raya selalu hot-hot je cuaca. Aku tengok dak Aly dah rimas2 dlm peluh, siap tergaru2 lagik kepala. So sepupunya Cik Miho, the future hair salon owner kebetulannya ada, so kita serahkan kpd yg pakar. Masa raya tu aku rasa 10 kepala jugak menadah kt Cik Miho ni, mentang kata amik kursus hair cut terus bukak open air salon kt anjung umah Awe.
Tu dia aihhhhh, pasrah dan redho je menahan kepalanya. Tp tak dok diam mana pun tu, berpeluh2 Cik Miho pusing keliling amik angle haha...
yeayyyyy dah siap, lega dan baru ler bernapas aku tengok dah rambut pendek ni. Aku pun tumpang sekaki siap itamkan rambut agi ngehngeh, timakasih Cik Miho atas perkhidmatan cemerlang anda haha..
Hari sabtu konvoi raya ke Teganu. Ini on d way balik tetiba udohhhhhh .... jatuh longkang dah bas ni. Siap garu kepala lagik brader ni.. habihlahhhh bendalahhh nak jawap kt toke. Harap2 takdelah mangsanya tu. Hati2 kome wehhhh!!!
Last weekend, takde benda nak buatnya. Apakanda keje. Nak tunggu org panggil open house tak dek plak gayanya. So marilah anak2 ke kedai kopi putih lama.
Sebab dah tak menahan dah nak makan ini, dah lama tak pekena mee curry dia, betul2 holiaw!
Huihhhhh mokna ni... main kasar sesaja, siap panjat meja, aku kata kalau tak sit proper tak leh makan eskrim, baru le turun, tp sekejap je, pastu wat resto tu tempat latih gimnastik balik. Rambut dah pendek ni makin le bertindak diluar kawalan kekdahnya.
Ammar dengan nasi lemak kesayangannya.
Selepas itu kita beraya ke pasaraya pula. huuuu inilah nasib penduduk kota, tak kenal org mana le ko nak beraya. Sib baik Mak Long wat open house hari Ahad, dapatlah merasa beraya di kota.
Nak amik mood raya jadik marilah kita main pondok2, display je bekas kuih raya tapi isi takdek, klu org dtg umah je baru le kita bukak balang kuih raya. Masa aku keluoakan bekas2 kuih raya ni, tetibalahhhh jumpa rejeki terpijak. Tetibalah terjumpa sebungkal duit not 50 dlm satu bekas raya ni. Believe it or nottt??? You better be. memula ingat duit singgit2 duit raya bebudak ni ke ape...huiiii tgh2 hujung bulan tetiba jumpa duit banyak mmg le rasa talian hayat dibuka semula mihmih. Kira dah setahun le tu duit tu org tu simpan dlm tu. hamik nak ko, sorok ke bini ke apa taktau ar, aku jumpa jadik aku yg punyer hahahah gelak evil. dia pun dah lupa dia pernah letak duit tu kt situ. ntahapapa.
Ok bai.
Comments
Ubat suka duka....
Tak de open house pun tak pe...janji beraya bahagia bersama anak2!
ahaks! mmg nak soh kak leeza senyum pun hehehee. tu lah pasal, setahun dua ni amatlah pemarlas nak wat open house, open house ke adik beradik je kak, tak dek helper payah nak2 ada anak kecik kannn...
haha, rezeki kannnn... boleylahhh wat2 terdesak tu. Selamat Hari Raya Aidilfitri Aida, maaf zahir dan batin!
awat raya tganu tak singgah rumah kami ni yong ooiii....
astagaaa... bas tu selalu gitew dehhhh?? acaner kita nak tau dia dok tang mana pun tak tau, tp area Kerteh/Kemasik kenallah, pernah ngajo sekejap kt Kerteh nun.
hah, ok silakan terai tp klu tak jadi jgn salahkan aiiii, sbb ai tak pandai bersukat, so ko pepandailah bersukat yekkk, kang salah sukat pun takut tak jadik gek haha, ikut le gerak hati dehhh...
ok, selamat hari raya minalaidiwalfaizin juge.