Balkan Trip : Tirana, Albania

5 May.

Baik. After Sveti Stefan, kami perlu melalui 200km lebih lagi perjalanan menuju ke Tirana, Albania. And as we were still in the Balkans, mata masih lagi dijamu oleh gunang ganang indah di Semenanjung Balkan. The in between, tido la apa lagik, atau senyum semewek tgk gambo2 perasan yg di ambil.

I can't remember check point di sempadan, tapi it was smooth, pengalaman kami di boarder tidak sulit, adakala perlu turun bas dan beratur utk cop passport, adakalanya pegawai imegresen yg masuk dlm bas cek dan bg passport sorang2. Ada TG yg settlekan kumpul passport sume org, dan wakil TA edarkan balik dlm bas lepas settle.


Masuk Albania, kami berenti utk RnR and makan and solat. Setelah di gerenti halalan toyibban walau mata ini menjeling kt bar berbaris arak, maka this was my late lunch. Lapa bena kak Yong kau. Sedap plak tu walau kelihatan aneh bg tekak Melayu sejati. I just loved that eggplant yg mcm grill tu. Yg dlm pinggan nasi tu mcm burger bako je daging dia tp rasa sedap sungguh kt tekak. Dan kelihatan juga botol cili kicap mak aiiii sedap kemain makan ngan nasi Albania. Ko giler tak dpt cili api dah berhari uuuu. Sib baik ramai jemaah bwk sambal mambal dan kongsi reramai. Lebih half penduduk Albania beragama Islam. Tapi tak le jumpa surau kt sini, so pakat solat kt open air je.


Kami meneruskan lagi perjalanan untuk ke Tirana. Ini pemandangan yg menyapa kami sepanjang jalan, rumah2 penduduk Albania. Nyaman je tgk dilingkungi gunung-ganang di sekeliling. And between Montenegro and Albania, rumah2 penduduk kebanyakkannya menanam pokok ros nampak cantik di laman.

Sedikit history of Albania, like many other eastern Europe countries, were founded by Roman empire and Greek. Albania pada zaman pertengahan (medieval period) adalah dibawah naungan empayar Byzantine sehinggalah the Slavs invaded pada abad ke 7. Semakin kita menghampiri ke further eastern part of Europe, kita dapati anutannya more to Orthodox Christian kerana ianya ada kaitan dengan empire Byzantine. Pada abad ke 9, ianya di tawan pula Bulgarian empire. Empire Byzantine menjadi lemah sebegitu juga Bulgarian, menjadikan sebahagian Albania di bawah pengaruh Serbian pula. These invasions of Albania menjadikan empayar Roman dan Byzantine lemah dalam segenap aspek, especially dlm kebudayaannya. Setelah itu a Kingdom of Albania was established pada abad ke 13. Dan se abad selepas itu, Albania di tawan oleh the Ottoman empire.

Pada hari ini, Albania adalah sebuah negara demokrasi yg sedang membangun.


Dan Albania juga, like any other country di Balkan, kaya dengan keindahan semulajadi flora and fauna. Air sungai, tasik dan jeram kelihatan membiru di sepanjang jalan.

Albania dikelilingi oleh gunung dan tanah tinggi, beserta valley, canyons and caves. Secara topograpfinya, jajaran pergunungannya stretching out dari utara ke selatan, dengan Albania Alps di utara, Sharr Mountain di northeast, gunung Skanderbeg di tengah, dan Ceraunian mountains di selatan dan membentuk Albanian Riviera.



Albania has a dense network of about 152 rivers and streams, forming at least 8 large rivers, which flow from east to west towards the Adriatic Sea. Ahhh cantiknya pemandangan sepanjang jalan and we really enjoyed it. Jamu mata dan kerapkali bibir ini memuji keindahan ciptaan Ilahi. wow...ayat ku tetiba kan



Hari dah lewat petang benar, naturally setting up the beautiful landscape and bring so much emotion to people macam Kak Yong. eh kenapa pula kan tetiba nak emo.



Hilang ngantuk dan penat tengok keindahan bumi Albania.



Dah nak sampai destinasi, I think ni dah dalam Tirana. Apa yg gondol tu cheq? Gondola ka?


But still, feasting the eyes with the stream of blueish river.


And, nampak la masjid yg pertama. Kebebasan beragama dikembalikan selepas Albania terlepas dari cengkaman rejim komunis in early 90s.


Islam sampai di Albania setelah Ottoman empire sampai dalam abad ke 14. Sejak itu proses Islamisasi berlaku dan berkembang pesat menjelang abad ke 17. Namun sayang dengan pergolakan politik diikuti dengan pengaruh idealism and new world order after WWII menjadikan agama ini hampir lenyap dan Republik Albania pernah mengisytiharkan ianya negara Atheist pada tahun 60 an.
No wonder la ye byk beno cafe beer bar merata riti kt sini.


My phone camera did not manage to capture the beauty of the sky at dusk, but wallah I swear sgt cantik sib baik tak keluo ayo mate. hashtag over. kasik chan la berjauhan dgn tersayang chey chey. klu ada tersayang kt sebelah rasanya idok le hirau pun, musti kroihhh kroihhh sepanjang jalan. hashtag punah impian romantik.

Dan ahhhh... tak lama sampai la kami di hotel penginapan for the night, Te Stella Hotel.


Tak tau nak kata apa... lagu tong todi ni. Masuk kt perkarangan hotel pun dah mcm dpt menebak ikon hotel ini. Dining area ngan bar besar yg amat. Understood.


So, kami di jamu dgn salad first, very fresh and yummeh.


And tak lama kengdian, dihidangkan dengan fish and chips. gamba fish and chips takde dah lapau.


Okay, morning! Jumpa sepokok rose dulu. I must say perkarangan hotel ini agak cantik dan tenang mata memandang with a garden touch.


After breakfast dok melepak kt perkarangan hotel. Gamba breakfast ntah mana tp biasa la derr... roti, telo dan yg sewaktu dgnnya. Nak makan gard manger or sausages pun cuak walau katanya half of populations are Muslims. see the hotel laaaa...


arghhh rise and shine, what a beautiful morning. Okay, satu shoot depan hotel. Nak pi merambu ke pekan Tirana.


Apakah ini pokok epal? Cam buah bidara je.


Okay la sis, pi la amik gambar ngan pokok buah ni. Kalau patah dahan tu mung jawap la ye.


A must spot to shoot for everybody. Dah jom naik bas, nak ronda pekan Tirana, the capital and largest city in Albania.


Dah masuk dalam pekan. Tirana bangkit dari lena yang panjang dan proses transformasi berlaku setelah bebas dari cengkaman rejim komunis pada awal 1990an. Ia juga pernah melalui zaman kegawatan ekonomi, and political struggle dan pernah melalui 4 kali republik setelah bebas dari empayar Ottoman ; dan the in between pernah sekali dalam institusi monarki.


Dalam Pekan, byk garden2 dan tempat lepak yg cantik.

Et'hem Bay Mosque,  the 18th century mosque. A trace of Ottoman empire.

Maka bas kami pun park berdekatan dgn one of the most popular mosque, tinggalan dari Ottoman Empire ini (1789–1823 ). Ini adalah satu2nya masjid yg selamat dari dimusnahkan masa campaign atheism pada lewat 60an. Tu pun sebab ia di considered as cultural monumen. Masjid ni terletak ditgh2 Tirana, dibuka semula untuk beribadat pada thn 1991, katanya without authority approval. Jadi ni lah satu2nya lambang Ottoman yg gah 'bercerita' tentang kebangkitan dan kejatuhan empayar Othmaniah di Albania satu ketika dahulu.

Ottoman empire datang dan menakluk hampir keseluruhan Albania pada pertengahan kurun ke 14. Pun begitu, ia menerima tentangan hebat dari penduduk setempat, among them is considered as Albanian national hero,  George Castrioti Skanderbeg (Gjergj Kastrioti Skënderbeu), and tentangan itu lasted until 1479. Kira macam kesatria la dia tu, mereka membentuk army dan berlawan ngan army Ottomans yg ketika itu di bwh pemerintah Sultan Murad dan Sultan Mehmed. 


Dengan kedatangan Ottomans, Islam diperkenalkan dan menjadi agama ketiga di Albania ketika itu. Ini menyebabkan ramai penduduk keluar dari Albania to other Christian country in Europe. Bersama muslim Bosniak, the muslim Albanians ketika itu memegang jawatan penting dalam empayar Ottoman, dan menjelang kurun ke 15, the Ottoman menjadi semakin kuat di region ini. Islam terus berkembang di Albania ever since, terutamanya menjelang abad ke 17. Ramai penduduk setempat dari Orthodox dan Catholics revert to Islam. ok, kita guna word revert instead of convert di situ. ikut islamic term.


Apalagi Kak Yong, cam biasa, selpie dulu seround. Jemaah kita gitulah, mula2 baik berkumpul pastu ntah ke mana2 peginya.


Masjid ini terkenal dgn 'frescoes' with beautiful painted dome. Nampak kt luar ni cam painting from the Ottoman era. Ramai yg singgah solat dhuha. Kak Yong ko pun masuk, ramai Muslim tourist took turn utk solat sunat dlm ni.


Albania remained under Ottoman control as part of the Rumelia province until 1912, when independent Albania was declared.

After Et'hem Bay mosque, kami nak jalan2 sekitar central of Tirana, ikut TG bawak. Pastu ntah ke mana2 dah bayang dia pun tak nampak. 


Sampai la kami di Sheshi Skënderbej, a square in a city of Tirana. Nampak kerja2 upgrade/construction tgh giat dijalankan sampai tak tau nak masuk tang mana sume dah berkepung. Yang kelihatan atas kuda tu adalah the equestrian statue of Skanderberg, a 'national hero' yg Kak Yong citer tadi, fighting against the Ottoman in 14th century. Ok, kalau org dr abad ke 13-14 tu disanjung, mu pikir sendiri la lagu mana pendirian deme2 ni. The uniqueness of this statue katanya dari pedang yg enormous in size dia bawak, cam tak saper dpt bayangkan how he managed to pegang pedang beso tu sambil naik kuda dan berperang dengan the Ottomans.



lahhh si Elvis ngan Ali ni molek ada pulok terkepit dlm gambo. Kami saing 2 bas. So ada 2 TG yg iring lepas kami.


So we took a walk along the streets of Tirana, saing ramai2 yg akhirnya bertebaran ntah kemana. Lah Ali, masuk lg gambo ko dlm ni. Ali ni chil chill saje dari TG kekwat sorang tu. If not mistaken, Ali ni Bosnian jugak, atau yg sewaktu dengannya di region itu who cares. Amik gambo tak leh sebelah awang ni sbb dia suka peluk (bahu). Biasa je bg dia kan, kita ni lah dah berlaki malu-malu an pula rasanya uuuu...

  
Pekan dia tak le se havoc dan meriah Kay El, walau di kategori negara membangun. Aku rasa macam di area pekan Aloq Setaq pun ada. 

Albania di takluk oleh Nazi Germany pada tahun 1943 dan byk kemusnahan yg berlaku. Dilaporkan sebanyak 60,000 rumah musnah dan 10% of the population jd homeless. Penghujung WWII Albania terperangkap dalam civil war antara komunis dan nasionalis. Ia bebas dari cengkaman nazi penghujung 1944. And welcome...to communist state, sekarang dalam cengkaman komunis pula. One after another kata org. Sesungguhnya sejarah itu membentuk bangsa, apa yg dilihat di Albania pada hari ini adalah dari rentetan sejarah penubuhan republik itu sendiri yg penuh liku dan sejarah ideologinya 


Jalan2 terserempak la ngan org tua ramai2 berkumpul, oh main dam haji ye pakcik? Ok, chess adalah culture di pekan ini mcm pokcik2 kt kuala kemamang main dam aji sementara tunggu bot blk dr laut. Bersidai tepi jalan ramai2.

Albania meniti turbulence with it's historical politics. Since the Independence from Ottoman empire, kemudian menjadi republikan, meniti institusi monarki, dan kemudiannya di bawah rejim komunis menyaksikan berlakunya pemisahan agama secara sistematik dalam segenap aspek.
Mengikut census statistik (2011), 58.7% adalah penganut Islam (making it the largest religion in the country), Christianity 17% dan 24.29% tidak beragama atau undeclared atau other religious group.
Sebelum WWII, 70% populasi adalah Islam, 20% eastern orthodox dan 10% roman catholics.


Ketika di bawah rejim komunis, ramai ulamak mahupun priests ditangkap dan dihukum, harta2 wakaf di rampas, beratus2 masjid dan islamic libraries di musnahkan. Enver Hoxha, the ideologist telah mengistiharkan Albania sebagai negara atheist pertama di dunia pada tahun 1967. Pada tahun 1992, the democratic party took over after kemenangan dalam undi parlimen, dan sejak itu kebebasan beragama dikembalikan ke Albania. Namun, ketika di bawah rejim, ramai juga penduduk yg praktis agama masing2, terutama Islam secara senyap2.



Jadi, kami meneruskan lagi merayau2 dlm pekan dan masuk ler dalam lorong mcm wakaf chek yeh ni. Buleh la nak beli souvenir tu. Rasa tak dak apa pula hanya beli selai baju kt Aleesya. Nak cari baju Albania pun cam terbatas je pilihan.




Rantau panjang ke jln TAR?


ok, jom le pukul gambo lagi. nasib la sistur jln ngan aku, aku jadik photographer mu, mu jd photographer aku. Bila masing2 dah tak kuasa nak layan, selpie je lah.


Kt tgh lorong pun jaddik. Masa muda tak jumpa bokeh, dah hala ke usia nak masuk Asar ni pulak baru jumpa bokeh. jeng kereng


Jalan lagi jumpa jalan besar, banyak pulak pokok purple ni. Jom posing lagik sistur. wow paparazzi ke tepi tu?


True Mafia lives here, the Albanian mafia... tak bukan Kak Yong, ni pose propa je. 

"The Albanian mafia has clans all over the world. Albanian mafia is the general terms used for criminal organizations based in Albania or composed of ethnic Albanians. The Albanian Mafia participates in a diverse range of criminal enterprises including trafficking in drugs, arms, humans, and human organs. In Albania, it operates in certain towns or cities". Cam AhLong kt Kay El tp ni lagik ganah. They even have mafia families, family tak family boleh je berbunuhan sesama sendiri.  Pulis pun tak leh wat apa. 


Dan jumpa byk teksi kuning. siap pakaian seragam dia pun kuning juge. elok le digi wat iklan tang ni.

And so kami decide nak jalan lagik ke somewhere around the square berkuda tadi.


Sikit punya memutar melawan arah trafik nak carik jalan ke museum, dalam Skanderbeg square jugak. Sbb kt area tu berkepung under construction time tu.


Akhirnya jumpa jalan belakang muzium. The National History Museum. Kerja2 baikpulih/menaiktaraf sdg pesat berlaku. Ni statue saper tak tau lah, nampak namanya Hasan Prishtina. A stateman agaknya.


posing selalu (terus) dia tu.

Okay, jumpalah geng jemaah, pukul gambo se.



Albania and roses...sampai diperkarangan bahagian belakang museum.


The National History Museum adalah muzium terbesar di Albania.  It deals with all of Albanian history, including World War II and the Albanian resistance movement. If I'm not mistaken, ada 3 level yg dipanggil pavilion  kt museum ni. It can take up to 3 hours utk explore the museum katanya. Kak Yong kau tak masuk, tumpang begambo syok sendiri dan tumpang washroom. ahak. The Museum includes the  Pavilion of Antiquity, Middle Ages, Renaissance, Independence, Iconography, National Liberation Antifascist War, Communist Terror, and Mother Teresa.


ok, icon Mother Theresa. TG ada masalah ngan kisah MT. he kinda loath her. lantak kau la Elvis. dia pun ada masalah ngan the Turks. aiii sume org tak kena sejarahnya di mata hang yek Elvis. whaaadever!! #strollingeyeballs

And with that, aku menamatkan rayauan aku di Pekan Tirana, back to Et'hem mosque, and lepak sambil ngopi dan wifi can siput sedut. Order some pastries as well. Kita tanya halal? opkos, dia jawap, halal! ok ler. Pastu ramai la anak muda rumaja Albania dtg kejar kami jual pen dan keychain. Ok, beli la.

Aku pun rasa kalau TA tak singgah kt Pekan ni pun tak per. ngabihkan boreh yo, dah le tak de TG local to guide and tell history. Tapi klu dari Kay El ada ke rasa kebarangkalian nak dtg saje2 ke Albania ni? oh, the least in my list jadik syukur la dpt mengenal bumi Allah yg kita boley belajar sejarah darinya.

Ok, perjalanan harus di teruskan. Moving on we're heading to Macedonia.

Ahah! sebagaimana yg diterangkan secara geographical mengenai Albania tadi, kami terus enjoy our view melalui jajaran semenanjung Balkan, meninggalkan Albania.




Tengok sungai2 kt Balkan yg rasa cam tak terusik langsung ngan sebarang pencemaran ni rasa nak wat kempen kt negara sendiri : sayangilah sungai kita wok.

comey nyerrrr...terasa macam syurga di dunia. Subhanallah... jauh perjalanan luas pemandangan.


Tak lama lepas tu kami berhenti utk RnR and solat satu kawasan garden yg sangat cantik, dikelilingi oleh mountains and air sungai mengalir deras lagi jernih. Bilik air dah beratoq panjang. Ingat nak solat siap2 tp bila masuk toilet tu dia... dapat special leave ngeee... sbb takde musolla, jemaah ramai yg solat di bawah pokok tepi sungai. ah nyaman. Depa plak tgk cam pelik.




Roses of Albania. When you look at the valleys, rivers and mountains, no wonder roses of Albania nampak subur sgt. Cantiknya...tanah subur wok.

Ok, jemaah tgh solat.


ahhh nyamannya suasana sekeliling. tak leh bayangkan cameron helan pun. no comparison. Beautiful day it was.

Kt sini ada cafe and kedai jual cam hotdogs and kebab. Jadi kita ngopi and lunch dulu, time ni Brahim's akan jadik laku. Dah siap panaskan and pack pagi2 dari hotel. Ada nasi lemak, nasi beriani ngan nasi goreng dap dap dap. tp naper bila buka cam tak lalu. sbb tu kak yong beli kebap tapau makan dlm bas. Makan dlm bas cam tak lalu jugak dia nyer kebab, oh Kak Yong rindukan gulai tempoyak, lemak cili api dan sambal belacan nampaknya. Sedikit krisis tekak berlaku di situ. deng.



Oi Zila, photobomb sampai terseringai yek. Ko klu layan aku ginilah, sentiasa syok sendiri, bio kan je dia. Hajjiah Zila, baru balik Haji ketika article ini ditulis, rejeki ang Zila dpt panggilan time muda lagik. Sib baik tak jalan ngan dia masa kt Venice ngan Vienna tu ari, klu tak banjir air mata tgk dia shopping. Yg aku kagum ngan dia time pakai kasut boot kulit brown sampai lutut, kaki dia panjang lawo ngat klu pakai gitu. Nak2 ngan jeans. Jiwa muda i loike. klu aku yg pakai dah boley ko anto kebun sayur.


Hi sistur, tunggu dia solat nak makan sesama. Aku tak boley kalau tak dpt menumpang makanan dia, makanan sendiri tak sedap. gitchewww. Lagik afdal pulak lepak ngan geng naik gondola, sbb dia ada sambal hitam power berapi boley ngendeng kahkah. well you know me, always needy...eh ko jangan, chilly needy all the time maksud ai.


Perjalanan di teruskan lagi membelah gunung ganang valley menghijau dan sungai membiru menuju ke Macedonia. Adakala melalui lerengan tepi highland kurrrr semangat tgk bawah but the view...worth it.

 ... but before sampai ke Macedonia, kami nak singgah di tasik membiru dah kelihatan dah dalam gambar ni - the gorgeous Lake Ohrid yg terletak di sempadan Albania and Macedonia. Sedikit mengingatkan aku Danau Maninjau di Padang-Bukit Tinggi.

Nantikan episod seterusnya : Lake Ohrid. Till then, babai.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet