Anakku
(Siannya gambo ni skima beno, ni masa nak daftar masuk sekolah ari tu..puas dia kembang kempis tahan senyum tu..)
http://www.slide.com/r/svA8rypy1z_9X8YoYpAmRpi8S7V6Y51A?previous_view=mscd_embedded_url&view=original
Nama : Muhammad Ammar Firdaus
Panggilan mesra : Ammar
D.O.B : 23.08.01
P.O.B : Klinik Bersalin Pertiwi, PJ
Umur as todate : 7 thn
Makanan kegemaran : Nasik dan frankfutter (dia panggil hotdog)
Minuman : Vitagen & yang sewaktu dengannya, Ribena (minuman terlarang sume ni)
Minuman : Vitagen & yang sewaktu dengannya, Ribena (minuman terlarang sume ni)
Fav. tv program : Ultraman (semua species Ultraman : Tiga, Dyna, Nexus, etc.), Transformer, Spongebob Squarepants n sumelah program kat Astro Ceria
Currently position : Pendidikan Khas, Sekolah Sri Kelana, Kelana Jaya (Tahun Satu)
Diagnos : Mild Autisme
Itulah sedikit bio anak aku nan seorang, Ammar. Memiliki anak cam anak aku ni, yelah, kena kalis baran dan mempunyai keimanan yang kuat jugek le. Anak aku ni aku kira dugaan besar tuhan kt aku, mula2 aku tertanya juga kenapa aku ? tapi lama-lama aku rasa sangat bersyukur dikurniakan anak istimewa ini. Makin dia besar dan ada progres makin aku boleh tolerate ngan dia. Mula2 aku notice perkembangan speech dia very slow, no interaction n beza la ngan anak normal lain. Bila ke Hospital Universiti dan HKL dan jalankan beberapa assesment barulah tahu dia ada autisme. Lama jugak le doktor nak sahkan dan mendiagnos dia ni autisme ke tidak, pasal banyak simptom bertindih, ADHD ke, hyperactive ke, pasal dlm ujian dan assesment ada yang dia okay, ada yang dia kurengs. Dlm bab ni aku tabik kt laki aku yang tak putus harap bawak anak aku ke mana2 specialist. Akhirnya setelah dekat 3 tahun sorang specialist kt HKL sahkan anak aku ni ada Mild Autisme / Autisme tersorok. Sekali pandang memang dia nampak cam anak normal, tapi bila dah lama bolehlah notice ketidaknormalan dia. Anak aku ni masa kecik cukup hyper, tak tau dok diam, memang aku tak dek le cam org lain nak ada brg2 kaca n perhiasan yg berharga pasal tau jelah, jahanam le.... bila panggil dia wat dek je... tak ada eye contact langsung, kalau nak apa dia amik tangan kita tunjuk ke, dan dia selalu buat perangai la.. memang tak dinafikan aku ngan laki aku selalu hilang sabo, bila hilang sabo maka tangan cepatlah naik.. aku tak leh lupa peristiwa masa dia dlm umur 2-3 tahun ke, aku tangankan anak aku sampai biru dia menangis.. masa tu aku tengah tension n letih, aku tak boleh maafkan diri aku sampai sekarang bila aku kenangkan peristiwa itu...bila aku kenang mesti airmata aku bergenang, menyesal giler, kesian anak sekecik itu, dia tak tau, dia tak paham, yang dia tahu kalau dia buat perangai maybe parents dia akan notice, tobat, aku tak maafkan diri aku sampai sekarang...
Tapi satu perkara anak aku ni kira memory dia kuatlah, dia kuat menghafal, masa umur dia 3 tahun lebih, dia dah kenal A-Z, Aliff - Ya, basic colors, cuma kalau dia menulis mesti ada je terbalik, cam no tiga jadik huruf ain, no 2 jadik hamzah, gitu le...aku peratikan anak aku ni belajo melalui visual, aku tak ajar sgt dia ABC sume tu (sbb dia tak tumpu perhatian pun), tapi dia suka VCD edutainment tu, ada nyanyi2, bila aku pasang cd tu yg heran dia wat dek je, cam biasa le, tapi tak lama dia boleh cakap dan tunjuk mana satu hurup, colors, etc tu... the most kelemahan anak aku ni adalah communication - break down, kalau tanya sesuatu tu sampai subuh pun belum tentu dpt jawapannya. Masuk umur 6 tahun laki aku masukkan dia sekolah kat NASOM - National Autistic Society of Malaysia, tempat khas bebudak cam anak aku. Memula masuk aku kesian jugak kt anak aku, pasal aku tengok bebudak lain lagik teruk dari anak aku, ada yang mencederakan diri sendiri, ish, lagik teruk la, tapi demi progress dia aku telan le kerisauan aku. Memang ada progress kt situ tapi imagine public transport tak ada, van sekolah ke situ pun tak dek, laki aku terpaksa le tinggalkan sekejap kerja pergi hanta dan ambik anak aku, memang susah, dah le sebulan RM300, tu belum lagi charge amik lambat kadang2 sebulan buleh jadik 400 lebih, di situ aku tertanya2 mana lah fungsi gomen dlm menangani anak2 OKU cam ni, i mean dah la kita kena keluarkan duit lebih, pusat pendidikan special utk bebudak camni gomen tak support dan subsidikan ke...
aku rasalah, banyak kes dera kanak2 kt m'sia ni antaranya disebabkan budak yang ada masalah cam anak ku - yg spesis behavioral disorder, ni jenis makbapak/penjaga tak tahu adanya masalah cam ni, cuma dema ingat ni budak jenis buas, tak dengo kata, nakal, kenan, dsb. malang sungguh kalau camtu... kalaulah ada satu program pendidikan masyarakat/community service yang selalu wat ceramah even kt balai raya kampung pun, from time to time maybe masyarakat boleh dididik mengenai masalah anak2 istimewa ni ... or is it a mentality rakyat kita yang suka buat donno until benda tu jadik kt mereka, dan satu lagi aku rasa, kalaulah pendidikan awal utk budak2 macam ni amatlah mahal cam yuran kt NASOM tu, makin teruslah org yg miskin mahupun sederhana yg simpan anak macam ni sampai dah terlambat dan keciciran kt sekolah...
Berbalik pada anak aku, pattern hubungan dia ngan kami ada perubahan sket, bila dia makin besar. Dulu kalau bawak ke mana2 dia tak herannya kt kami, dia wat hal dia, dia nak ke mana dia suka dia pegi, dia nak lari dia lari, susah lah nak kontrol kalau bawak berjalan, tapi la ni dia cam takut kalau kami hilang dari pandangan dia... dan yang paling indah sebagai ibu, aku dpt rasakan kasih sayang dia kt aku, kalau dulu nak peluk dia susah, dia tak suka dipegang, dipeluk, tapi sekarang dia selalu datang dan tiba2 memeluk aku n even cium aku.... masa2 ini aku tak mau tukarkan dengan apa benda yg luxurious sekali pun dlm dunia ini, never, yang penting dia dah ada 'perasaan' dan bukankah perasaan itu satu bentuk komunikasi? Dan baik aku, mahupun Ayah dia, kalau Ammar tak ada dengan kami satu malam pun, pasti kami gelisah. Sebab, sejak dia lahir, kami tak pernah berenggang dengan dia, tak pernah hantar ke kampung, tak pernah dia bermalam dengan sesiapa pun, sebab, kami bimbang orang lain tak faham perangai dia, terutama kalau bukan dari keluarga kami, aku cukup takut kalau anak aku bersama dengan orang luar dan mungkin orang boleh cakap... ish budak ni, mak bapak dia tak ajar dia ke..? yelah, kalau pergi rumah org anak aku tu boleh selamba masuk bilik org, ambil barang org tanpa izin, sesuka hati dia la...itu antara benda yang susah aku nak ajar anak aku ni...
Muhammad Ammar Firdaus, andalah anak yang sgt istimewa di hati Ummi dan Ayah!
http://www.slide.com/r/svA8rypy1z_9X8YoYpAmRpi8S7V6Y51A?previous_view=mscd_embedded_url&view=original
Comments
hihihi.
mmg sama sebijik la si anas dgn si ammar ni. tp doktor tak sabitkan die ape ape. sebabnye kan saya rasa dorang tu amik kesempatan tau. sebabnye die tau mak die ni cekgu so pandai ler maknye nak ngajo anaknye nanti. die tak tau mak die ni dah menangis airmata darah dah ngenangkan anak nan sorang nih. hilang kat tesco mmg dah banyak kali dah. ada sekali nak raya die bakar tgn die guna lihgter. sabo je la ngan die.
tp die dah makin pulih dan boleh ikot persekitaran manusia normal.
mungkin sebab kite dah biasa layan die cam manusia normal kot.
minggu depan nak periksa. kat sekolah tu cume ade satu je cekgu yg die sgt takut. nasib la mak die ni ngajar kat sekolah die. so mintak la tolong kawan tu tengok die amik periksa biler ade free. sebab cekgu yg die takut tu tak ajar die pon. die takut sgt sebab cekgu tu cekgu disiplin. kalau cekgu tu tak dtg tgk die harus kertas ujian die bersih dari segala macam tulisan(tak bejawab). tapi budak camni sgt penyayang dan sensitip. itu kelebihan die. dan mereka akan pulih ikot peredaran masa. insyaallah. semoga mereka berdua sama sama jadik anak yg berjaya pada masa depan.
ada baiknye kalau ammar di masokkan kekelas normal. tapi parents la kene main peranan lebih. sebab kelas normal muridnye ramai sgtkan. sama la macam anas. saya dan hubby kene tanye die selalu pasal kerja die. siap cakap kat cikgu, takpe cikgu, ikot la sampai takat mana yg cikgu terdaya nak ajar die. sebab faham dengan kelemahan anak kite kan. nnt kalau cekgu tu fedup lagi dibiarkan plak anak kite tu lagi naya. panjangnye komen kan. hihihi. takpe. share pengalaman.