Report Card

Ahah...wahai blog tercinta, dah lama aku tak menulis dlm ko setelah balik bercuti ari tu, balik2 cuti.... tu dia keje bertambun-tambun menunggu...

Hari ni amik report card Ammar, sampai sekolah Ammar dah siap2 cakap, "kita jumpa Cikgu Aini sekejap je... sekejap je.." sbb semalam aku dah input dlm kepala otak dia esok tak sekolah, nak jumpa cikgu amik report kad...

Report anak aku quite impressive jugak... macam tak caya je Ammar punya report tu... Maths 86, Agama 80, Sains dan Alam Sekitar 100 .. report cikgu yg mengajo pun positif jugak, tapi rata2 tulis "baik tapi kadang2 hilang fokus" , hempphh.. tahulah, memang dia tu susah nak bagi tumpuan, cikgu pun mengkelasifikasikan dia sebagai ADHD.. cikgu Aini kata Ammar ada perkembangan cuma masalah dia adalah mengikut arahan... utk subjek kebun dan pertukangan, muzik, komputer pulak dia dapat A, cikgu yg mengajar tulis "dia amat minat subjek tersebut bla bla bla.... " yelah, aku pun suka juga perkembangan dia tu, kalau tgk karekter dan report tu macam bukan Ammar yg kt rumah..

bila cikgu tunjuk kertas jawapan periksa dia macam Maths tu rasa teruja juga sbb for numberings dia ok, bolehlah padankan no, kira2 yg senang dpt la betul, tapi bila Maths tu ditukar kepada words... dia dah out, cam soalan kata "please answer Yes it is or No it isn't"... jadi bila soalan tanya ... is this sixteen? dia jawap, yes it is, dan sume jawapan seksyen tu dia jawap 'yes it is", pakai tulih aje ler.. makanya dapat yg betul pun secara rawak yakni jawapan yg yes je ler betulnya... iqra' dia dan advance skit, ye ler, level darjah satu agaknya cikgu ajo iqra satu, kt rumah iqra 2, kengkadang 3, (tu pun liat beno nak mengaji..)

Tapi ada satu benda yg cikgu bincangkan buat aku termenung sket.. dlm dok bincang pelajaran aku sempat tanya pasal best pren anak aku Ikhwan, kata cikgu Ikhwan ni cam spesies anak aku le, makin lama dia makin ok dan cikgu sempat tunjuk kertas jawapan Ikhwan, tulisan cantik, colorings cantik, maths pun dah boleh wat sendiri... tapi cikgu pesan, kak, bebudak camni kena perati dan jaga betul2 sket, sbb bebudak camni ada 'makhluk halus' nak damping... hoh I was like melopong kejap... cikgu kata dulu Ikhwan hari2 cakap sorang, hari2 tulis 'benda' tu kt kertas.. aku tanya benda tu benda apa? cikgu senyum dan kata .. yang ada tanduk ngan taring... hoh , aku dah meremang... cikgu kata hari2 Ikhwan lukis dan color makhluk tu hitam, lidah dia terjelir dia kaler merah, cikgu kata diaorang pun naik seram, he was like trying to tell something but cam biasa bebudak macam ni susah nak 'reach' diri dia, so he was telling something by writing or tulis kt memana... ikhwan kata yang ni lah dia cakap dan nampak tu.... aku terkedu lagi... maybe ada betulnya pasal bebudak macam ni 'suci' dan lurus sgt... or maybe dia berimaginasi,... aku pun pernah terbaca pasal perkara ni, pasal budak2 istimewa ngan makhluk halus ni... entahlah yek.. aku teringat balik masa aku dok sewa kt rumah kt Tabung Haji dulu... rumah kt situ memanglah dah lama, ada 3 bilik, bilik belakang sekali aku simpan barang.. ada sekali tu, tiap2 hari anak aku perati dlm bilik tu... bila aku tanya dia kata.. "tu.. ada pakcik kat situ, pakcik semayang..." , aku kata anak aku merepek, tapi bila aku pikir balik... mungkinkah????, dan aku teringat lagi Kak Long aku pernah mimpi satu malam ada lelaki tua pakai baju putih tgh bawak anak aku satu tempat, dia sempat pesan kt Kak Long... "jaga anak ini baik-baik..." itu je pesan dia kata Kak Long... tapikan mimpi tu mainan tido...am I right???

Comments

Popular Posts