Posts

Showing posts from July, 2008

KENAPA..???

Image
Kenapa.... bila posa tengok sume makanan amatlah menggiurkan Kenapa.... bila tengok colleague aku makan roti plain sekeping tapi aku nampak bayangan hotdog yang gebu.. Kenapa....perut aku grumble semacam dan tekak aku loya semacam Kenapa...dah dua kali aku ke toilet sbb rasa nak muntah yang amat Kenapa... buka posa nanti macam2 resipi yang aku rasa nak masak Kenapa....rasa tak larat yang amat Kenapa.... aku rasa dan merungut macam2 sedangkan posalah sepatutnya utk cari keberkatannya... Dari aku yang posa hari ni... (kecoh betullah)... p/s : oh ye, nti balik nak masak kari ikan bawal, goreng kunyit pedal ayam, wat sambal belacan, goreng ikan terubuk masin.... ulam2....(kenapa aku rasa rumah dah sejengkal je lagik dr opis ni..)

Nostalgia sekolah II

Bila ingat balik zaman sekolah dedulu, yg paling best dlm hidup aku adalah dlm trimester pertama zaman persekolahan, ketika dalam darjah 1-3. Tulah zaman aku yang paling adventurous sekali. Aku memang tak ingat benda lain, main, main dan main. Dapat no berapa pun lantaklah. Ndak-ndak aku masa tu berada di bawah ‘radar’ pemerhatian mak ngan arwah Ayah. Masa tu akak2 aku yang beso tengah sekolah dan ada dok kt asrama, akak atas aku lak kena tolong nursing adik2 aku yg masih kecik, mak aku sebuk ngan urusan rumahtangga, arwah Ayah pulak bertungkus lumus keje kt ladang, tinggallah aku yang boleh menguruskan diri sendiri ni menerokai alam persekitaran ni sepuas-puasnya bak Alice in Wonderland. Sebelah pagi aku pegi sekolah agama. Pergi arwah Ayah hantar, balik sendiri, memang aku cukup suka tu. Kengkonon balik ikut jalan short cut, yg pastinya jalan short cut tu lah yang paling adventure sekali sbb kena meredah paya, anak sungai dan bukit bukau. Nama pun Bukit Goh, memang Felda aku tu berbu...

PIBG & nostalgia sekolah

Dulu aku rasa Persatuan Ibubapa dan Guru atau PIBG ni sekadar akronim saje. Aku ingat lagik zaman sekolah dulu mana pernahnya mak ngan ayah aku amik pot benda-benda cam ni, yelah, orang kampung dulu2 ni kurengs sket nak amik pusing bab ni. Kengkadang aku tiru sign arwah Ayah aku je. Pas tu tenyeh kt report kad tu. Tu masa aku dlm darjah 3/4 camtu. Masa tu aku malas nak belajar, dpt no. pun dah berpuluh-puluh per puluh2. Alah, arwah Ayah aku pun tak ingat dia dah sign report card kat anak yang mana, pasal anak dia berderet tengah sekolah time tu. Tapi bila darjah 4, aku dapat cikgu disiplin sbg guru kelas, nama dia cikgu Rahman Kechut. Memang kechut perut giler kitaorang time dia mengajo, rotan tak lekang dari tangan dia. Masa tu aku insaf giler beb, rasa akulah, mak aku org yg paling lega dan gumbira sekali waktu tu sebab aku manjang dok kat rumah, buat apa lagik kalau tak hafal sifir. Mana2 pegi pun pegang buku latihan yang ada sifir kt belakang dia tu. 3x3 = 9, 3x4 = 12, bla, bla, bl...

Alahai Dato' A...

Image
Senang citer aku panggil dia Dato’ A saje. Dato’ A sangat bz orangnya. Kalau keje siang balik malam, kalau keje malam balik awal pagi. Dato’ A kalau bz mengalahkan YB. Itu belum lagik kalau pakai sut baju Melayu siap dengan samping songket dan tambah lagik bersongkok mereng. Peh, memang macam YB melawat kawasan, dua kali pandang macam En Jamil dalam citer Madu Tiga (butang baju Melayu aku mana Pah?…). Dato’ A juga merupakan perpustakaan bergerak dan google segera aku kalau aku nak maklumat apa-apa. Ni kalau ambik Pengajian Am gerenti A++. Kalau bab politik lagik terer, semua menteri kabinet dihafalnya. Oleh kerana kejenya yang selalu bz aku selalu nagging kt beliau lebih kurang macam ni : “awak ni kalau keje bz cam ni bawak balik duit seguni ke tak le saya bising, ni bznya ngalahkan YB, kalau saya tak jadik Datin tak tau ler…” dan sejak itu aku suka menyakat beliau dengan memanggilnya Yang Berhormat atau “baiklah Dato’….dan beliau hanya sengih je kt aku. Aku panggil dia Dato’ tu sejak ...

Weekend n imaginations

Weekend adalah hari buruh tak berbayar bagi aku. Mengemas, membasuh, memasak, menyental bilik air, menyental lantai kt porch, mentrim rumput kt laman dan tak lupa aktiviti yang aku dah tinggalkan berpuluh2 tahun yang lampau – menyental kasut sekolah anak. Lepas basuh kasut siap boh nila lagik kt kasut, stoking ngan baju sekolah anak. Petang Sabtu kasik reward sket kt diri sendirik – meronggeng kt One Utama ngan Tesco. Beli barang2 utk gardening jek, tapi ‘garden’ aku sepi cam tu jugak. Ada le 2 batang pokok palma dlm pasu. Memang tokleh tanam pokok berbunga kt umah aku tu, dlm seminggu mesti mati (tangan aku ni panas agaknya). Cuma pokok mangga kt luar pagar je nampaknya hidup subur. Yang buat aku hangin sket weekend tu kucing si Akma tu jadikkan mini garden aku tu tempat menabur ‘baja’. Hem, nak cakap camana kat mak dia ek. Agaknya nilah hukuman aku atas kematian si Bell, kucing kesayangan Akma yang dilanggar laki aku sebelum kitaorang gi Sarawak bulan 5 tu. Kucing baru hadiah preside...

SEPI

Image
SEPI.... Kadang2 kita rasa sepi walau berteman. Kadang2 kita rasa sunyi dalam keriuhan. Dan kadang2 kita rasa keseorangan walau sudah berpasangan. M, seorang kenalanku antara yang berperasaan begitu. Akhir2 ini masalah dia makin memberat. “Kenapa ya, aku dah ada suami, aku dah ada anak tapi aku rasa sepi, aku dahagakan kasih sayang dan kadang2 aku mahu lari dari semua yang aku ada”. Itu antara keluh kesah M. Bila aku tanya berkali2 akhirnya M berterus terang yang dia jatuh cinta lagi. Terkedu aku seketika, selalu aku dengar suami orang yang curang, tapi M yang pendiam, taat kepada suami jadi begitu…. Kata M, she can’t help it. Pernikahan selama hampir 10 tahun dia rasakan hambar, dia dah hilang rasa cinta yang ‘passionate’ terhadap suami dia. Lalu secara alternatifnya dia mencari hiburan hati. Dia berchatting dan bertemu Mr. K. Dari chatting membawa kepada pertemuan, dari pertemuan hati makin terpaut lalu membawa kepada episod indah dalam hidup M apabila kedua-duanya jatuh cinta. Dan M...

MATAHARIKU

Image
Lagu best ni... Matahariku - Agnes Monica (OST Jelita) Tertutup sudah pintu pintu hatiku Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu Kini kau pergi dari hidupku Ku harus relakanmu walau aku tak mau Reff: *Berjuta warna pelangi didalam hati Sejenak luluh bergeming menjauh pergi Tak ada lagi cahaya suci Semua nada beranjak aku terdiam sepi **Dengarlah matahariku suara tangisanku Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu Back to Reff:* dengarlah matahariku suara tangisanku ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku.....

WANITA...

Image
WANITA - Siti Nurhaliza Aku wanita punya hati nurani Yang tak dapat dibohongi Pabila cinta tlah membutakan mata Dan membuat tuli telinga Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini Cintaku ini anugerah terindah Dari yang maha kuasa Cintaku padamu tak pernah berubah Meskipun kita berbeza Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini.. Aku wanita, aku kaum hawa Yang memang rapuh hatinya Aku wanita aku punya cinta Selayaknya manusia Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini.. Ku wanita… Ku wanita…. Yang hanya perlu kau fahami Oh apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata Pilihan hati Belahan jiwaku ini.. Wanita… Ku Wanita… ooo…Wanita …