Alahai Dato' A...

Senang citer aku panggil dia Dato’ A saje. Dato’ A sangat bz orangnya. Kalau keje siang balik malam, kalau keje malam balik awal pagi. Dato’ A kalau bz mengalahkan YB. Itu belum lagik kalau pakai sut baju Melayu siap dengan samping songket dan tambah lagik bersongkok mereng. Peh, memang macam YB melawat kawasan, dua kali pandang macam En Jamil dalam citer Madu Tiga (butang baju Melayu aku mana Pah?…).

Dato’ A juga merupakan perpustakaan bergerak dan google segera aku kalau aku nak maklumat apa-apa. Ni kalau ambik Pengajian Am gerenti A++. Kalau bab politik lagik terer, semua menteri kabinet dihafalnya. Oleh kerana kejenya yang selalu bz aku selalu nagging kt beliau lebih kurang macam ni : “awak ni kalau keje bz cam ni bawak balik duit seguni ke tak le saya bising, ni bznya ngalahkan YB, kalau saya tak jadik Datin tak tau ler…” dan sejak itu aku suka menyakat beliau dengan memanggilnya Yang Berhormat atau “baiklah Dato’….dan beliau hanya sengih je kt aku. Aku panggil dia Dato’ tu sejak PRU bebaru ni. Kalau siang balik keje awal, malam kang dia sibuk ikut ceramah, siap jadik AJK ceramah lagik kt parti bahagian. Sepanjang PRU tu memang aku panggil beliau YB Dato’.

Dato’ A ni sebenarnya simple je orangnya. Orangnya nampak garang tapi hatinya lembut. Suara saje yang beso (dan saiz sekali) tapi kengkadang cepat gek menggelabah, terutama kalau aku drive. Mesti bising je, kata aku dah dekat baru nak brek la, makan jalan la, aku suka reverse psikologi kt dia kata rilek la, kenapa awak panik2 ni…mesti dia hangin pasal dia kata aku yang panik hahaha… sebenarnya kalau tak dek Dato’ A aku yang menggelabah, kalau dia outstation mulalah aku cam tak tau serba-serbi, tapi bila dia ada aku selalu tunjuk pandai pulak.. Itulah Dato’ A, teman ketawa, teman bersedih, teman bergaduh, teman segala2nya, dan semoga Dato’ A teman sepanjang hayatku… I love you endlessly dear husband! (oh, by the way honey, I’m sorry that I’ve scratched your car (with my car) this morning , tak sengaja bang…n 1 more thing, have I told you a big thank you for naming me as 1st beneficial for your EPF? Nope? Oh, I am so mean…never mind dear… )



Comments

Teluk Bakong said…
salam kak yong

dapat anugerah ape Encik A Mat Ganti tu

Popular Posts