Nostalgia sekolah II

Bila ingat balik zaman sekolah dedulu, yg paling best dlm hidup aku adalah dlm trimester pertama zaman persekolahan, ketika dalam darjah 1-3. Tulah zaman aku yang paling adventurous sekali. Aku memang tak ingat benda lain, main, main dan main. Dapat no berapa pun lantaklah. Ndak-ndak aku masa tu berada di bawah ‘radar’ pemerhatian mak ngan arwah Ayah. Masa tu akak2 aku yang beso tengah sekolah dan ada dok kt asrama, akak atas aku lak kena tolong nursing adik2 aku yg masih kecik, mak aku sebuk ngan urusan rumahtangga, arwah Ayah pulak bertungkus lumus keje kt ladang, tinggallah aku yang boleh menguruskan diri sendiri ni menerokai alam persekitaran ni sepuas-puasnya bak Alice in Wonderland.

Sebelah pagi aku pegi sekolah agama. Pergi arwah Ayah hantar, balik sendiri, memang aku cukup suka tu. Kengkonon balik ikut jalan short cut, yg pastinya jalan short cut tu lah yang paling adventure sekali sbb kena meredah paya, anak sungai dan bukit bukau. Nama pun Bukit Goh, memang Felda aku tu berbukit bukau. Belakang umah kitaorang yang luas tu ada cam lembah, diiringi anak sungai dan paya. Atas bukit seberang sana baru jumpa lagik umah orang. So, kalau balik sek. Agama memang meredah sume tu. Kalau aku balik sorang pun memang aku akan jumpa geng2 boipren aku ngan sorang dua kakak diorang tgh melepak kt paya ngan anak sungai belakang umah aku. Masa tu tak ingat dunia dah, aku singseng kain hijau sekolah agama tu menangguk ikan sesama. Bukan buat apa pun hasil tangkapan anak2 ikan tu, sesaja hobi. Yang jadik mangsa bakul sayur berjaring mak aku yg dah buruk atau tudung saji lama wat menangguk ikan. Kengkadang aku mandi sekali kt anak sungai tu.. (siap bekal baju lagik dlm beg sekolah..nkorang ingat apa? Bogel?..). Lepas tu kitaorang petik buah2 yang tumbuh meliar (yang boleh makan la…) cam buah ulat bulu (yg tumbuh melata dan berbulu2 tu, kalau masak kaler kuning/oren), kengkadang buah susu (markisar ke apa..).Habih2 pun petik buah jambu yang tumbuh bersepah2 kat area tu. Dah puas nangguk ikan, naik bukit belakang umah aku (nak balik rumah lah..). On the way, sempat lagik main tarzan-tarzan. Masa tu banyak pokok besar yang kena tumpang ngan pokok menjalar, jadik dia akan jadik tali yang berjuntaian kt pokok tu. So apalagi, ambik lajak jauh2, pas tu swingggg…..syok giler masa tu.

Bila dah sampai umah, kain hijau dah abih lencun. Aku sempat lagik dok lepak kat pangkin tepi umah. Sambil tu sempat jugak berangan jadik Melissa Saila dlm citer PJ Holdings tu. Dlm citer tu Melissa Saila kan sakit jantung, pas tu org kampung kumpul duit nak bawak hospital, bila duit dah cukup dia pulak mati dulu, jadik duit tu bapak dia wat rolling modal business, tu yang diorang kaya giler tu.. aik, camne aku dah terbabas citer PJ Holdings ni? Tetiba telinga aku menangkap satu muzik intro kat radio yang mak aku pasang kuat2 tu... teng tereng, tereng tereng, teng teng teng teng…ahah, lagu Semboyan telah berbunyi… menuju medan bakti….alah, lecehlah, bila program Dari Perajurit ni start bermakna dah pukul 11 lebih, time bersiap ke sekolah kebangsaan pulak dah… Yang mahalnya suara Noraini Ibnu baca sajak dulu sebelum intro tu lebih kurang… “Dari bukit ku daki…., dari lembah ku susuri…” pas tu tiba segmen permintaan lagu dari perajurit, lebih kurang…”saya, sipolan bin sipolan, diikuti no tentera, ingin mengucapkan….kepada isteri saya…”. Hari2 lagu tu. Sebelum tu kalau tak salah aku rancangan “No. 5 Persiaran Satu”. Tengah aku layan karen, “Yong! OOO Yong! Takmboh gi sekoloh? Nanti Ayoh stak (start) muto (motor) kang kena tinggal pulok!"…aiseyman, panggilan jihad dari mak aku yang tengah menggoreng ikan kt dapur tu. Dengor nama arwah Ayah kelam kabut mencicit aku ke bilik air mandi. Arwah Ayah aku memang tak suka menunggu ni. Seminit dua dia bulehlah tunggu, kalau lambat, memang dia start moto tinggal kami. Jalan kaki tengah2 ari ke sekolah nyah, boleh perah peluh kt baju sekolah tu.

Sampai kat sekolah kebangsaan, alamak… keje sekolah tak siap lagik…jahhanam! (ala2 suara translate animasi). Masa sebelum loceng berbunyi tu kelam kabut pinjam buku sekolah kawan, tiru le apa yang patut, kalau dia salahpun aku salahlah jugak. Masa rehat main lagik. Masa tu berdedai2 bebudak sidang petang main kt padang. Favorite aku main getah, alah getah yang disambung panjang2 tu. Main zero point ke namanya. Aku memang terer giler main ni. Dia punya level memula dari ground, past tu naik ke lutut, naik ke paha, ke pinggang, ke ketiak, bahu, telinga, kepala, dah dari kepala naik pulak level sejengkal jari. Ha, lompat, jangan tak lompat! Aku pulak jengkal keberapa pun mesti aku sampai punya. Yang best kalau main secara group mesti org nak group ngan aku (disebabkan ketereran aku heheh..). Kalau nak form grouping pulak mesti pairing dua2, pas tu tekong akan menjerit… “ok, pilih nak epal ke oren, kalau tak pun nak cempedak ke nangka”… so lepas dah pakat bisik kt telinga masing2, yang pilih oren ke sebelah tempat, yang epal satu tempat, so dah ada 2 group. Yang tak tahan tu boleh pakat ngan member lagik, kalau apa2 nama buah sekalipun, pilih nama buah yang first, pasal tekong mesti tukar2 nama buah….Balik sekolah arwah Ayah dah menunggu kat luar pagar sekolah. Kengkadang sementara tunggu arwah Ayah datang, sempat beli jajan yang org jual kt luo sekolah, standard mesti ada aiskrim Malaysia, kopok lekor wajib ada, air sirap/oren/anggur yang boh dalam plastik tu pun mesti ada, lain2 cam Tora datang lagik, Nini celup-celup pun ada. Dulu bawak duit 30 sen pun macam2 buleh beli.

Sampai rumah, campak beg sekolah, tanggal kasut sekolah, ngan pinafore sekolah tu jugak aku sambung main lagik ngan geng2 aku. Permainan cam biasa ler, baling bola kat segitiga selipar/tin susu ,pas tu dah ranap ke tanah, lari. Tak pun main ting ting (aku tak minat sgt ni, pompuan sgt..). Main getah lagik , tak pun main sorok-sorok. Kalau main sorok-sorok tempat persembunyian favorite aku mesti kt atas pokok cempedak tepi umah aku. Tak tau le kenapa, daun dia rimbun kot. Oleh kerana tempat sembunyi aku org dah boleh baca, selalu aku le org jumpa dulu, aku tak kesah jugak sebab boleh rehat lama sementara tunggu ada org boleh ‘selamatkan’ aku. Aku tahu, boipren aku cam adik Yie ngan Dolah licik carik tempat persembunyian, selalu diorang le yang selamatkan aku dgn cara ‘mencuit’ org yang cari tu. Kalau aku lak yang jadik tukang cari tu, leceh betul la. Aku malas nak carik orang ni. Kengkadang aku sempat naik rumah dulu, kita minum dulu! Tak pun, sempat menikmati cekodok atau pisang goreng yg mak aku buat. Bila lalu kt TV, aiseyman! Cite bestla…Toriton! alah citer ikan paus ngan kota Greek yang tenggelam tu. Leka aku tgk tv baru le aku sedar aku suppose carik org yg sembunyi tadi. Alamak! Turun kt tanah aku tgk geng2 tu dah bercekak pinggang memandang aku penuh boring. Ada yang dah balik mandi dah lepas kena babab ngan mak dia akibat dah nak maghrib tak balik2 lagik. Nun di atas pokok cempedak tu Adik Yie tgh tersangkut atas pokok cempedak, naik boleh, turun lak tersangkut kat dahan!
Malam sambung mengaji lak kt umah jiran. Oleh kerana imaginasi aku yang tinggi aku mesti bayangkan pontianak ke, pocong ke, hantu kopek ke sepanjang jalan gi umah Tok guru mengaji. Masa ni mesti pegang baju akak aku yang gi mengaji sekali. Masa tu mana ada api jalan, gelap gelita jalan tu. Sampai umah tok guru kena warm up mengaji dulu. Sementara tok guru tgk berita kt RTM yang penyampai dia Wan Chik Daud ngan Hashim Embi tu, kitaorang praktis le ngaji dulu. Pas tu sume berlumba-lumba nak mengaji dulu, aku dah tak tenteram dah masa tu lebih2 lagik kalau lepas berita tu ada citer Battlestar Gallactica. Hero pujaan aku Starbuck ngan Apollo tengah menanti tu. Kalau citer BJ and the Bear aku tak heran sgt, tapi kalau cita Chips polis yang naik moto beso tu aku teruja jugak tu. Tak pun Drama Minggu Ini, yang intro dia ada topeng orang senyum, gelak, pas tu menitik airmata tu. Kang kalau lambat mata aku mesti jeling kt TV, pas tu tok guru aku akan berdehem. Deheman dia memang buat aku kecut perut. Garang jugak tok guru aku tu. Kalau tak, esok mesti keluo report aku kt mak aku, melalui teman segosip mak aku, yakni bini tok guru aku tu. Dalam pada kuat main tu, aku khatam quran beso masa nak naik darjah 4. Terang jugak ati aku masa tu. Kang balik mengaji mesti ada bebudak lelaki yang nyorok balik pokok pastu sergah ala2 antu. Aku mesti lari lintang pukang punya walau tahu sape antu yang sebenonya.
Balik umah peduli apa homework ada ke apa, dok depan tv tercongok tengok tv. Zaman tu umah aku antara terawal ada TV. TV cap Phillips yang ada tingkap tu. Nak tuko siaran kena pulas ala2 360 darjah. Alas TV standard la, alas yang kait2 tu.

Tu lah putaran hidup satu hari masa2 trimester pertama. Masa trimester kedua (darjah 4-6) aku pelan2 jadik anak dara sunti. Le maklum le, fizikal badan pun dah berubah, dah jadik lady like dah. Tulah zaman2 paling suci dlm hidup aku, zaman yang tak tau susah tu apa, masalah tu apa, ego tu apa, pride tu apa, yang aku tahu hari2 aku lalui penuh adventure dan keseronokan. Cuma time tu satu benda je yang buat aku terkilan, yakni impian nak wat rambut cam Ellina, alah, yang kumpulan Anuar (Zain) dan Ellina tu. Stail rambut dia yang kerinting kt depan ngan tepi telinga tu memang jadik kegilaan bebudak baya aku zaman tu. Nak wat camne, tak dek rezeki. Harap le arwah Ayah aku nak layan labur duit buat benda2 tak pekdah cam tu. Anyway, dalam pada tu, anak2 yang ‘terbiar’ sendiri masa tu dah beso jadik org jugak. Sekarang? Sian bebudak, tak dapat la nak merasa kebebasan cam tu. Budak kena culik sana sini, kat kampung pun ada jenayah apatah lagik la kt Bandar. Bebudak paling jauh main dalam kaw. pago rumah je. Lagik teruk dalam grill umah je. Ate nak bebas kang tak pasal anak hilang. Sudahnya macam anak aku, layan Ultraman Dyna, Ult. Tiga, Transformers ataupun komputer game je. Alangkah bagusnya kalau bebudak sekarang dapt bebas cam aku dedulu. Bebas meneroka dunia baru (cam iklan susu je..). Kalau nak citer nostalgia zaman sekolah ni lagik panjang berjela2. Kalau diberi pilihan memang aku nak balik zaman tu yang penuh warna-warni dan adventurous….

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet