PIBG & nostalgia sekolah
Dulu aku rasa Persatuan Ibubapa dan Guru atau PIBG ni sekadar akronim saje. Aku ingat lagik zaman sekolah dulu mana pernahnya mak ngan ayah aku amik pot benda-benda cam ni, yelah, orang kampung dulu2 ni kurengs sket nak amik pusing bab ni. Kengkadang aku tiru sign arwah Ayah aku je. Pas tu tenyeh kt report kad tu. Tu masa aku dlm darjah 3/4 camtu. Masa tu aku malas nak belajar, dpt no. pun dah berpuluh-puluh per puluh2. Alah, arwah Ayah aku pun tak ingat dia dah sign report card kat anak yang mana, pasal anak dia berderet tengah sekolah time tu. Tapi bila darjah 4, aku dapat cikgu disiplin sbg guru kelas, nama dia cikgu Rahman Kechut. Memang kechut perut giler kitaorang time dia mengajo, rotan tak lekang dari tangan dia. Masa tu aku insaf giler beb, rasa akulah, mak aku org yg paling lega dan gumbira sekali waktu tu sebab aku manjang dok kat rumah, buat apa lagik kalau tak hafal sifir. Mana2 pegi pun pegang buku latihan yang ada sifir kt belakang dia tu. 3x3 = 9, 3x4 = 12, bla, bla, bla….(alah, ala2 menyanyi tu..).Kalau tak, dlm darjah 2-3 tu aku mesti menyongket kat paya la, dalam semak, dusun, sebuk ngan aktiviti tangkap ikan, lastik burung, dan tak kurang juga kengkadang petik buah jambu org. Petang kang selalu aku main bola, alah, amik selipar jepun wat segitiga pas tu baling ngan bola atau selipar jepun tu jugak. Aku dedulu tomboy giler, aku mana ada rakan sebaya pompuan. Maybe pasal kt kejiranan lorong umah aku dlm tahun 1973-74, agaknya kaum ibu dah pakat2 nak dpt anak lelaki, tinggal mak aku je tersasar dpt anak pompuan. Nak main ngan akak aku time tu diorang berlagak diva giler, lemaklum le diorang tgh anak dara sunti, budak2 hingusan cam aku ni tak main la… so kengkawan rewang dan menyongket aku time tu ramai yg jantan (time tu bebudak suci giler, bukan tau beza jantina lagik tu..), dlm reramai ada la 2 org budak pompuan je dlm group tu..
Jadik bila dapat Cikgu Rahman Kechut, dari no. 33/36 cam tu, aku terus menjunam ke no. 4. Wahhh….. tu dari kelas Kuning ke kelas Merah, kelas Merah tu kira kelas terer sekali la tu. Sebabnya? Sebab kekecutan aku ngan cikgu Rahman Kechut. Aku ingat lagik, bila time Jasmani, kami hanya memandang sepi kat bebudak kelas lain yang tgh syok main skipping la, lompat dgn bola kepit kt lutut tu la, main netball la, tapi kami tengah berjuang menghafal sifir sorang2 kt cikgu Rahman. Modus operandinya senang je. Cikgu Rahman dah sedia dgn log book dia yg ada nama kami. Kt situ ada tulis sifir berapa dan berapa kali terkantoi hafal sifir. Dia bagi can 2 kali je, kali kedua pegi kt dia tapi sifir tersangkut, dush… pappp….satu rotan akan singgah di punggung. Ate, mana taknya macam org giler aku hafal sifir siang malam. Alhamdulillah, berkat ketakutan aku tu, tak pernah sekali pun aku kantoi, Cuma sekali sifir 4 yang senang tu tak silap aku, aku nervous giler, kena ulang lagik sekali keesokan harinya. Masa second time tu aku pejam mata rapat2 ngafal depan cikgu Rahman, peluh dah menitik2 masa tu sbb kalau kantoi mesti merasa le penangan rotan yg tak kurang besar dan panjangnya tu. Kawan aku yang pompuan kalau kena sedas memang meraung la time tu, tu yang buat aku takut giler tu. Time darjah 5-6 bila aku selalu dapat no. top dlm kelas aku dengan bangganya tunjuk kt arwah Ayah, suruh sign report card. Masa darjah 4 tu aku dah mula nak pakai skirt, kalau tak seluo pendek Adidas yang ada strip putih tu je lah ke mana2. Aku pun dah tak kawan ngan 'boipren2' aku dulu cam Jimi, adik A, Dolah ngan Adik Yie. Aku dah ada kawan pompuan dari lorong lain. Masa tu aku pakai skirt kayuh basikal petang2 gi umah member pompuan, wat keje sekolah sesama. Boipren2 aku yang bersidai kt tepi jalan pun aku cebik dan jeling maut je. Berlagak siut bila dah jadik top student ni. Boipren2 aku tu pun tak berani kacau aku lagi sbb suspect (respect) kt top student ni.....haahhha, perasan kejap. Aku tribute entry ni untuk Cikgu Rahman Kechut, yang tanpanya aku rasa aku tak la cam aku hari ni. Rerupanya sesuatu benda tu boleh jadik miracle bila kita ada satu faktor dorongan yang kuat utk melakukannya.
Ni, zaman anak sekolah kenalah prihatin sket. Jadik bila cikgu Aini sms suruh wakil kelas anak aku ke mesyuarat PIBG ari Sabtu tu aku pun on je la. Alahai, wakil2 yang datang pun dah agak berusia juga le, ramai ibubapa yang dah pencen. (eh, aku ni muda lagik ker…?). Antaranya membincangkan aktiviti2 yang akan dijalankan. Standard la, family day la, rombongan ke Cameron la, bincangkan nak dapatkan dana la, masalah anak2 istimewa ni la, etc. Aku ni kalau secara pribadinya malas nak amik pot benda2 cam ni, tapi bila memandangkan jumlah yg hadir tu agak mengecewakan, takpelah aku secara relanya menyumbang tenaga yang tak seberapanya ini. Tak pasal la pulak aku jadik AJK tu, AJK ni, termasukla ayahnya sekali. Biarlah kami pulak yang turun padang. Bak kata presiden Pn Hanisah, dia sedih bila bebudak pendidikan khas ni buat sambutan hari jadi ari tu, makbapak yang datang adalah sorang dua, sedangkan bebudak ni punyalah seronok dapat hadiah tu ini, walau pun tak seberapa yg harganya 2 inggit, tapi kegembiraan budak2 tu tak ternilai kata beliau, insap aku sekejap kerana aku le termasuk ibubapa yang tak perihatin tu (wat ari kerja manalah boleh datang). Well, PIBG, here I come!…

Comments