Workout yourself!
Ntah camne rasa keinsafan datang menderu2 dlm diri aku. Nak2 bila tgk gambo aku dlm kamera dan dlm komputer. Aku pun hampir tak cam tu aku. Ditambah lagi dgn kenyataan bahawa aku ni salah seorang pewaris penyakit mak aku, sooner or later... dan pulak, lagik 2 bulan aku dah pun nak masuk 35 tahun (ishhh tua no rasanya...). Misi nak jaga makan dan dan turunkan sket kalau buleh berat badan ni dtg membuak2 (dan setiap tahun keinsafan tu dtg tapi hangat2 taik ayam jerr). Maka dgn berkobar2 aku beli CD workout yourself, wat senaman kt umah. CD tu khas utk org yg malas ke gym cam aku. Kt opis aku ada gym tapi mak, liat no aku nak turun gym tu. Memula rajin gek turun pas tu...out....
Masuk ari semalam dah 4 ari aku ikut rejim senaman Jennifer Ellison ni. Balik keje terus on. Rasa seronok plak, dan rasa sego je bila peluh keluo. Terpaksale aku korbankan citer SpaQ, heheh (cam meluat je tgk pelakon jadik Marlia tu pun...).
And 5,6,7 n 8....
Oh! yea, semalam daku terima titipan dari adinda tercinta, Ajie, yang sedang tour de Europe 2 minggu dgn isterinya tersayang. Buat adinda, kekanda harap adinda baik2 saja di rantau orang, walaupun khabarnya suhu di bawah paras beku sekarang. Jgn lupa bawalah sedikit ole2 untuk kekanda yang hanya mampu duduk di sini saje. Pandai2lah adinda top up apa2 yg patut utk di bawa pulang. Jgnlah adinda bimbangkan bonda di sini, pandai2lah kami jaga ia. Semoga adinda selamat tiba kembali ke tanahair, doa2kanlah suatu hari nanti kekanda juga akan turut terselit di dalam gambar2 tersebut, Amin....
Comments