Riang Ria Raya

I'm so pissed off with google/blogger lately, sume pun tak boley... nak log in pun kenkadang tak boley, sampai dah matipucuk rasanya nak berblogging rasanya, tang ada benda nak citer tak boley, time boley keje plak berlambak, makan berkurun nak wat satu entry, nak komen kt comment box org pun sampai laaa ni tak boley, word veri has been denied semedang grrrr, soriler kekawan kang ingat aku sombong dah tak jenguk umah kenkawan dehhh..

Sebelum Syawal menghilang, baiklah tepek gambo bulan menambahkan berat badan ini bersama-sama. Semua ayat2 hilang so tepek gambo jelah yek...

Raya Opis
Nampak gayanya depart. teman jadik dep. memula sekali sambut raya tahun ni, pasal makan mmg jagoan kecot deny. ISO certified dow.

 
Apa-apa hal posing dulu. Bab posing pun jagoan, mak tak lama masuk 4 series tetiba rasa geligeleman posing lagu ni akakakak...yg penting jiwa mesti maintain remaja...yeahhh remaja purba katakang...

Bab merewang pun ISO certified, yg buat keje betul2 agak2 adalah 2 kerat hok lain bg moral support je lebey hahaha..... pitamlah mokcik.... statement nak makan penampar namanya, anyway won't change anything for our team spirit...you go ye adik2! (statement cover line)

Satu potong, dua masuk mulut. lariiiii...

yeahhhh... time makan2 mmg  bersekutu bertambah mutu.

Hasil potluck memasing.. mmg terbaek lah! Bos sponsor main dish.

Hrmmmm... say hi to lemak tepu. Hari menternak lemak dan menyumbatkan arteri sedunia.

From Johor to London....

.... up north to Thailand.. sume pun ada. Giler tak meriahnya makan, sungguh riang di hati berbunga2...

Selamat tinggal berat badan unggul lagik bergaya.

Apa barang kalau tak up kan kalori, ko mampu?
 
Baiklah, marilah ambil gambar sebelum perut naik...



Selepas...dah boley ukur mana perut maju ke depan. One for all... us. Selamat Hari Raya kesayangan.
Best part after sume guest pun dah balik dgn lagu kenyang perut suka hati, acara tapau menapau pun bermula, save tenaga dan cost tak yah susah pikir dinner apa lagi.

Open House
Tahun ni tak byk attend open house cam takdek jemputan je huhu le maklum le domestic queen sape le nak kenal ko, jenjiran pun takdek plak buat open house i guess everybody buat smale scale punya open house this year. cuma jiran geng desperate housewife tu ari mengeteks mokcik ajak dtg dia wat open house utk kenkawan kolej anak2 dia. mokcik tiap minggu mmg ada guest esp. family sendiri, nak2 minggu-minggu yg anak2 memasing daftar college so 2 weeks jadik host, sib baik gek le ada adikberadik dtg, umah aku ada kuih yg tak bukak lagik pun ada. Biasa ler time order tamak haloba lepas raya muntah ijau le nak ngabiskan, ingatkan terbuka hati nak wat open house rupanya tertutup pulak dia. eh apa aku cakap ni.

Jadik gambarajah berikut adalah 2 bijik open house sempat attend, tu pun for close friends jugak temanya.


 hermmm anak den... memula datang umah org memang supersantun takdek org tak puji ehhh baiknya dia..anak sapa lahhh niii, tak sampai 5 minit kengdian, lepas dia dah scan dan download persekitarannya habislah....

 Gi umah Kak Miza for openraya aka breakfast treat, sempoilahhh aku ingat tahun depan nak wat gitu geklah, openhouse belah pagi, tak byk renyah, tengahari dah boley berehat, mmg sesuai utk close friends gitew.....
 1 more pose, sebab aku rasa cam aku nampak lawo je dlm gambo ni huahuahua haruslah kene tepek, nasib ler ko kak miza mata terkejip haha... sume gambo akak satu je mata bukak sowi yerkkk.. tp menunya mmg awesomelah, nasi lemak berlauk macam-macam so sodapppp! Aku plak awal sampai sori le tak nampak org perut dah lapar terus bedal haha

everybodi dah kekenyangan...lawalah bekas serving kak miza ni.. agak2 kat Bandung ada tak? nak borong ler eh tetiba...

UiTM batch gathering 
Aku rasa dlm 10 tahun sekali aku attend gathering2 ni, le maklumler skit lagik nak masuk spesis anti-sosial aka takde keyakinan diri aka masa tak kena aka kang jumpa geng 10 tahun sekali sume org maintain tapi kau junior sikit je size dari Enot amatlah satu perkara yg tak best. Cam statement ya Allah yongggggg!!! what happened? dulu kecik size biji sawi je tengok la sekrang...hahaha.. sekrang ada aku kesah? nan ado...mak okay je no hal kihkih..


 bestnya jumpa geng lama walau pun sekejap ajew... gambo2 courtesy from doc (doa ni) Diana baju polka dot (wehhh gempak giler aku nengok gambo2 ko present kt conference kt Brisbane tu yekkk suspek giler aku. Aku kalau kena jawap soklan from audience cenggitu mau kena parkinson atas stage huhu). Thanks dua sahabat sejoli Pah and Poei (tudung ijo n biru) for the host yg awesome! Erkk kanan sekali Mazri, aku teringin nak tanya soklan tu ari tapi takut plak berasa ati, aku nak tanya mana pegi gigi dua batang ko kt depan tew? akakakak pitamlah kalau mamat ni baca, tp dia tak baca aku tau hahaha...

 anak den hai lahhh pasai apalahhh buas angat niiii... memula ni menyantun baju kurung segala, lepas tu siappp... pago terbuka aje dia terlepas...tak senang mak kau nak bersembang.

Sempat berri lagik kt umah org, terpaksa le salin baju sbb dah berlemuih ngan kek segala.

 hermmm tak nak cakap lah...
klu dah ada lauk gulai tempoyak, sambal belacan, ulam2.. apa lagi nak dikato...

Maka tamatlah sudah episod riang ria raya kolesterol naik sedepa, maka hasilnya.. terimalah pipi yg selambak sampai nak terkeluo tudung heh heh.. (asal bergambo je mesti aku tgh makan dow..)


Comments

aida said…
amboi kak yong...
meriah sungguh raya dia ye...
Aslmkm Yong..
Bulan Syawal bukan saja bulan bermaaf maafan, tapi bulan gembira untuk menternak lemak2 kedlm badan..

Kemana pergi makanan sedap2 dihidang..semua ada, macam dlm menu Riang Raya Yong, apa dicipta boleh dirasa. Allah hu akbar, syukur kita ya, tak kempunan..
CS said…
Yong
Kelu lidah untuk berkata...
Berat jari jemari untuk mengetuk kibod ..

Semua tu kerana TAK TAHAN tengok juadah yg terhidang....*menciiii!!!okay??*

Cik Kak manis tu ada berapa baju raya? Baju kurung POKADOT looks so shweet.
LEEzasTOUch said…
Assalam Yong
Wah! hebat kau dlm.suasana menyambut bulan raya...amat kaya dgn makanan2 sodap n lazat sehingga akan mejejas kesihatan...hehehe!
PatinPasta said…
Yong,
Dari Johor ke London yang tak tahan tu. Tak kira la negara negeri apa pon, yang penting.. dari pinggan turun ke perut. Kan? Hehe!
Yong Kamariah said…
Aida comeylotey,
Apa benda pasal makan mmg le meriah, lagik2 raya akakaka...


My dear Kak Iha maintain anggun gitew...
Mmg betuilah tu, i am glad dah nak habih raya ni, tiap2 minggu ada je department wat open opis, sebulan ni kira lunch selalu save bajet akakaka..u r rite, nikmat manakah lagi yg mahu kita kufuri? lain tempat takdek only in Malaysia, syukur alhamdulilah..
Yong Kamariah said…
Cik Som dear the RJ lover,
hahaha... jgn jeles sudaa... tak berani nak naik scale la ni, ingat nak pose 6 sampai nak abih syawal pun tak menjadik-jadik keji betuilah ai ni....erkkk cik kak manis tu saper ye? tak berani nak jawap kang salah org akakaka....

Cik Puan Datin anggun Kak Leeza,
*ari tu nak tanya kt blog akak (which failed) naper tak amik gambo Puan bESAR tunku Zara yg manis jelita tu? tak jemu dipandang persisnya gitew...
p/s : time raya jamuan sana sini ape yg tak sodapnya ye kak? mmg pasti gula, BP, kolestrol sume pun naik!
Yong Kamariah said…
Dear Cik PatinPasta senorita,
yuppp memang betuilahhhh! Dari negeri manapun yg penting dari pinggan turun ke perut..terbaek! sampai dlm perut jadik huru-hara sampaikan jadi penunggu jamban setia LOL!
LEEzasTOUch said…
Yong dear
Bukan kak liza tak nak ambik gambor Tengku Zara yg jelita tu...bila nak ambik ada je yg block or i'm too far fr her...h/p kita tak canggih...tak blh zoom!

Popular Posts