Tuesday, February 26, 2013

ICT 2013

Hello gorjes! Hai hai hai ketemu lagi kita.

Can't remember last time pegi I-City, tau tau dah ada taman tema air. Sumpah katak bawah tempurung tahap ekstrim. Terputus terus dgn civilization. Yang tau pegi kerja, balik kerje, terkulat2 apa nak masak for a quick meal for dinner tau-tau nampak warung nasi lemak mak engku terus tapau 2 bungkus. Kirim salam lah kt berat badan unggul. Lepas tu hantar ammar kelas fardhu ain, sementara nak tunggu kelas dia habih balik umah pulak layan babytv dgn Aleesya. Sungguh ku tak mengerti kehidupan apakah ini? hoihhh sungguh bosan tahap dewa dan lari dari ketemadunan. Dapat tau lagu2 terkini cam Tasha Marshahar tu pun dari anak2 bila depa kusyuk layan youtube. Sungguh tidak cool lagi lame tahap epic. Mana depa korek dan tahu latest music den pun have no idea. Yang kecik tu pun tak kalah siap angguk2 sambil sambung2 ayat last kt lirik. Lari tune terus. Kids nowadays...

Tengok berita sangat sucks nowadays dgn agenda politik yg sgt berterang lagi bersuluh. So better layan babytv, sungguh seronok jadik baby you don't have to think about those BR1M lah, nak mengundi lah, buat golongan sandwich mcm ai what do we get haiya? Gaji kena deduct tax lah, bil berderet nak bayo, bil lektrik bisa membuntangkan mata tiap bulan, why don't they just use that money of BRIM tu tu buat kebaikan bersama like turunkan tax, tarif api/air so that every level boley dpt merasa paedahnya? ok, i am too sucks at politics better drop that.

Jadi sesekali terlepas kandang hujung minggu amatlah bagai kanak2 ribena. Tu pun kalau boipren tak keje, klu dia keje lagik le mati kutu. Jadi last weekend malam Jumaat Ammar ajak keluo. Budak2 pun tau otak boley tepu akibat terperap kt umah. Good job son! Kalau takdek drama tu idokle apak kau nak layan keluo. I was thinking of Shah Alam. Tetiba I-City menjelma dikotak ingatanku. Bagus juga pegi round2, cik Aly pun tak pernah pi lagik, mesti keterujaaan tgk lampu. Buckle up kids, Shah Alam here we go. (tapi belum bg proposal nak gi Icity lagik kt tuan beso)
 
 So singgah dinner di resto D'One ke apa tu kt seksyen 7. Tekak mengada2 nak makan western. Ni semua Poyooo. Otanjat gegurl, baru beb menit order terus sampai. Sedikit confuse di situ. Agak2 la pun nak customer-oriented bisnis. Makanan pun dah suam2 kuku horrrr. Agak2nya masak bundle pastu panaskan dlm microwave je? huih bab komplen ko mmg terer ek, klu lambat komplen, cepat pun komplen. Rasa wise is ok lah, tak le mengecewakan. err tp daging sedikit kenyal disitu.

 Ammar klu tak dapek nasik hermmm tataulah, memula nak hotdoglah, burgerlah, chicken chop ler, tp bila tgk nasi goreng org meja sebelah terus tuko pikiran. Syabas beta.

 
 kecik ni klu dpt fries kira habih hatilah dia.

 
 and then we went to I-city. xtvt setahun sekali kekdahnya ni. Rasanya last time pegi terus kena bayo RM10 kt gate, ni parking n bayo kendian. gambar yg suci lagi transparent betapa happynya dgn lemak tepu di perut. Jadi jgn kecik ati klu menerima 18 kali pertanyaan dlm sehari 'akak bila due?'.

 jadi mereka sudah ada i-kids fun world ke apa ni. oih berapa century sudeyyy ketinggalan ni? kesian anak2ku. beli kad and top up utk main. Anak aku menggelinjan nak main kete ni. bapak juga terover.

 
 si kecik takmo ketinggalan, sume benda org main dia nak main.

 including naik bike. budak ini adalah lasak tak boleh handle. Abang pun kalah kalau bergusti, tiap2 malam mesti gusti abang dia adoh pening kepala. Siap amik bantal hempuk2 kt abang. abang adalah siap melalak. Balik kampung banyak kucing, siap jinjing kt tangan kiri kanan 2 ekor kucing pastu sua kt abang. Menjerit2 abang ketakutan. Abang penakut haiwan, jangankan dia lipas sekor lalu pun kagum.

 
 penuh kosentrasi dik, macam ia-ia beno.

 Naik ni je lah dik. Giler sempoi anak2 aku, pakai baju nak tido je gi jalan.

 
 Sementara menunggu the guys tgh meracing, cik Aly melompat2 tgk replika binatang2 Ice-Age and lukisan kt dinding. Pastu ada pulok doh mainan kanak2 cam mini ketapi, cawan2 pusing tu, cik Aly dah menggelenjan nak naik. Tapi kelihatannya belum pass lagi utk naik nak, klu maknya boley naik sama tak pe jugak. Kang dibuatnya tetiba nanes nak melompat kuor bendalah tu parahhh... hoih hanya mak yang mengenal anaknya, baik takyah.

So jadiknya kemudian we've decided masuk dlm ni. Ammar n cik Aly masuk free save budget, gilak berkira punya mak bahahha...


 warrrrrghhh... jumpa si trex ni dulu.

 mak budak mmg kena over dari budak.

 
 Merida braving the T-rex. Tak takut okeh walau menatang tu bunyi kuat dan bergerak errr.. adalah dlm 0.5km sejam toleh ke kiri dan ke kanan haha

 
 nate gapo ni? cam drakula spesis bermutasi pun ada.

Anak den tak takut tapi gigit kuku. bendalah kt belakang ni macam dinasor berbalung ayam, sungguh scary lagik weird di situ.

helo tenuk zaman dinasor.


 then we met a gigantic mammals. oh sampai sini anak aku dah seram sambil tunjuk kt pintu keluo.
  
 Sampai kt seladang ni dah tak boley blah, Cik Aly ajak blah, agak2nya bunyi dia sgt horror lagik annoying kot.


 then sampai keluo ingat nak balik sekali tgk Giant Wheels ni apak ko angkat kening? "wanna have a ride babe?" ok ayat tipu tp makna sama.



 Can't believe I finally took this ride. Aku klu tgk funfair pun takkan sudi nak naik, tetiba la pulop ada ati nak naik. layankan jelah.

 
 You can't say you go to I-city but not buying this kelip2 thing.

  tgk adik dia pilih angry bird wheels tapi Ammar pilih...magic wand! hoihhh berjantan perkasa lah sikit Ammar!
Tengok jam dah kul 12.00 lebey iskk marilah balik anak2.

eh, gambo dah habis, maka habislah dulu entry ini, ketemu lagi di lain edisi, babai.

2 comments:

CS said...

Yong
Syabas! Dlm pada mengaku KBT, you berpeluang juga ke I-City tu. I masih tetap jadi KBT sebab week in, week out I lalu aje kat Sec.7 tu tapi masih lum ada rezeki lagi nak berjumpa T-Rex, ahaks.

'Like' Aleesya's t-shirt. Gambar untakah itew?

p/s: KatakBawahTempurung

Yong Kamariah said...

My dear CS,
hahaha...KBT ye. selalu buat keputusan adhoc cenggitu baru le jadi kemana2, klu plan ke laut lah jawapnya! I klu jadik KBT tp dok cam kt istana hinggap you tu ai tak kesah, sekurang2nya hidup ditemani unggas2 disekiling, dok gitu?
yupp Tshirt tu gambo unta lateww, bapak dia beli kt Mesir tu ari, baju bawak tido je tu

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife