YUK Bandung! Part 2..dan no telfon Pak Jaja

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHHIWABAROKATUH *tirusalamustazDon* dan Salam 1Malaysia.

I know, I know, I've been unkind to my own blog, abandon him for so long (woih ada jantina ka blog? takpa aih, anggap blog ni boipren). I don't know.. maybe the momentum dah hilang kah,or takdak masakah, or I'm just too keen on IG cheq tatau ah. Kalau cheq dah lama takdak kt sini carilah kt insta nohhh, tp gambaq2 yg boring dan lame lahhh, gambaq2 citer mak2 org, asek2 post gambo makanan dan anak2 (read : LAME : or, sukerrr ahhhh).

Baiklah, baiklah, menggagahkan diri ini sendiri utk buat post Bandung part II. huih, gagah kemain diri ini tgh2 tghari buta Ahad sbb takdek patron melangut dr pagi sampai petang tp sbb customer always no 1 katanya tercanguk jugaklerrr di sini. Nyaris tak main badminton dah dlm opis ni punyalah sunyinyer.
Aku dah ingat2 lupa lah apa citer Bandung hari2 seterusnya, kalau tak dek caption tu maknanya hilang ingatan benda apa jadi masa gambo tu dirakam, hangpa layan jelah gambo nooohhh...

Oh yeah, kepada CIK/PUAN/ KAK IDA, Wawa Zamimi, Azueriena Norash (thanks for dropping by) yang bertanyakan no contact Pak Jaja Smartguy, nti saya bg diakhiran citer.

Mako kito sambung dihari yang ke...2 ke 3 gitulah.
Hari ni, bersiap2 utk urusan org nak kawin, nak pegi membuat kartu dan shoppink.

Tu dia aih, minah superactive tgh tawaf hotel.

apa ajeeelah menarik perhatiannya.

Then we had a breakfast pepagi buta tu dengan nawaitu sahaja takmo buang masa sbb dah rugi satu hari ari supaya dpt cover satu Bandung. (harapanlahhh)

nak? Syarat yang no 3 tu agak serem sket.



Kasi chan interprame banyak sket gambo budak ni.

...and bersedia meronggeng. Muka pun tak cukup tido, tempat org katakan mana ler nak lena tido. Tak baper lama jalan budak ni pun zzzzzzzz. baguihnya dia.

Orang majlis dia, hebak kutip sampah tepi2 jalan ngan kandar je, tp baju seragam kherlas ala2 Bintang Tiga you, depa takdak tongsampah khas cenggitu, so ko dibenarkan buang sampah tepi/bawah tiang listris je. Antara penyumbang buang sampah bwh tiang listris adalah diaper Aleesya yg ada brg kes. Sekali singgah satu kedai moto/topikeledar (kelas rombongan cik Yong, ada yg borong helmet kt Bandung mcm le Kay El ketandusan helmet). Pastu anak den hermmm buat bisnesnya, so lepas cebok aku tanya toke, mana tongsampahnya? sbb tak nampak pun, so dia kata, mari sini, aku ikut le, sekali sampai keluo kedai. aku dah cuak lah sbb bawak brg kes gitew, tak selesa. Di sini aja buk, kata dia sambil tunjuk tiang letrik tu. hoih, bio betik? dah gitu terpaksa lewww walau hati tak redho.


lepaih tu pi teman pengantin tempah kartu. Betapa leganya aku dah lepas bab-bab kawin ni, tgk org la ni berbelanja kawin naik seriau beb.


woih anak aku sambung tido agi. rombongan tgh memilih kad, pilihan adalah mengikut persetujuan secara berjemaah. Mcm2 pendapat bila byk kepala, last2 kepala pengantin yg pening. pengantin dah siap2 bawak softcopy pix mana nak boh dlm kartu nanti. kartu mmg murrrreh ada kelas tokleh nak dikata. tabik spring arr kt depa dpt beroperasi dlm kos yg mureh.



Pilih kak, pilih, alang aku dah expired je, klu tak mau jugak tempah kt sini.
 
ohhh anak bertuah dah bangun, terus diberi tutorial bermakeup oleh kak Ayu.






hermmm udohh menyental muka dgn bedak. benda2 cenggini meme cepat pick up lah sangat.


Seterusnya... keseksaan menunggu persetujuan dicapai secara berjemaah telah berakhir, syukurlah. Dah tak lalu nak dok dlm kedai printing lagik dah. Moh kita sambung shoppink. yeahhh ke Rumah Mode. Baru le sego sikit mata.

Aman sikit dari Pasar Baru. Nak cari branded stuff boleylah dtg area sini. pastu tak sedo anak ada ngan saper? org ni ada kt mana? dah ralit tu sume terpisah, last2 mmg aku lah yg last naik van tu senang citer.

kaum lelaki meme suka arrr kt sini, sbb tak bosan nak tunggu kaum pompuan shoppink kan. sementara tunggu tu boleylah bagi ikan makan hah. Org laki ni kan...selalu berbulu je tunggu pompuan shoppink, sedo2 bila jumpa balik dia hok jinjing 2-3 beg shoppin. sangatlah kannn..

spesis cam kecintaan haiwan cam cik Aly meme suka arrrr dok kt sini, tak balik takper.

haha

kalau dibio kan mmg melarat merata2 budak ni, mmg tak aman nak shoppink lah.


pusing2 keliling tak tau benda nak beli sebenonya, tapi dpt juga 2 shopping beg. lupa lah pulak kt anak kt belakang.



heyyy, banyak shopping? -ishhh mana ada. hermmm rupanya yg berbeg2 tu dah selamat simpan dlm van ye Long.

 
lekaih amik gambo, trafic dah bersusun tunggu nak lalu tu. sbbkan aku nak bergambo dah jam jln ni haha...pasai van tunggu tgh2 jalan

 
hasss mulalah tu, gitu sokmo klu gi jln, baru le nak check purse aku mana oi? henpon mana?

Selepas itewww... perut dah lapo weyyyy... nak matan, nak atan, nak makan...ni ari kita menerai nasi padang pula di Resto Sederhana, kerrr rumah makan Sederhana, ah belasah. Cik Aly cam biasa zzzzzz.

ish isk ishhh... dah nama nasi padang tu kannnn..


herannya sumer rasa sedap, dah cuba sedapkan hati kata so-so tapi sedap juga ianya rasa, naper tah. lapor bebeno kot. padahal lauk dah sejuk tu.

Ammar klu terskip makan nasi mmg boley sampai tahap membunuh 8 ekor cipan. don't play-play.
memasing dah tak sabar.
weyyyy benda lagi caption nak bubuh ni? banyak beno gambo makan nih.

Ni muka org sugar dah low. lapaqqqq


ada lagi gambooo???


silalah makan, mmg sedak tak dinafikan, nak2 ada singkong, ai kan tekak is very the kemelayuan.


last gambar, lega. Sblm sampai resto kan, adalah sorang dua ckp, 'nti makan nasi padang jamah apa yg nak dimakan saja tau, yg takmo tolak ketepi, nti ko sentuh je kena bayo'. - sangaaaattttlah kannnn. licin je sume aku tengok- phuiii bahahahah. Makan for 13-14 pax was 953rp. alamak...dah lupa nak convert RM.


last but not the least...time demam gangnam di Indo time tu.

Then sambung jenjalan


Ramai yg carma lagu ni.


takyah hire police traffic you know...


ronda bandar dia.

Sempat rembat kasut kt dak ni.


Lepas tu pi area cilapas? chapelas? chip benda tahhh, katanya yg juai branded2 yg tak baper ori ke takpasti arrrr, sume takmo turun pown.

Pastu berenti kt terminal tas? tas tangan? aiyoooo lemah ingatan, tp tas2 tangan cam tuttt...baik le ko gi downtown buang maso yo.

pahtu ramailah pulops basker. Tengok tu cuak bebeno basker ni kt apak ko sbb macam2 lagu dimintaknya. Lagu tgh pemes is ibu-ibu bapak-bapak whateverrr...Ammar excited sampai lompat2, siap mintak lagu Alleycats lagik.

Lepas tu sekejap je ari dah malam. Pak Jaja ajak pi tengok rumah perfume pulak, ikut je lah.

sebenonya takmo turun, tapi terturun jugak sbb nak salin diaper ANS. 

ooooo cenggini depa wat minyak rupanya, mcm2 ada yg tiru-tiruan ko nak brand aper? terjebak juga aku amik satu, tp bau dia mmg evarlasting ler, kira klu kt kita perfum tiruan tahap 1 haha.. aku tak minat sgt kumpul perfume ni tp sbb tgn tak bedung duit nak keluo aje senang2 dr purse.

 
hoiiii banyak lagi gambo nya.. bila nak abis ni...mamat ni poyo...ini semua poyooo...serius 24jam.

lepas tu acara makan lagi...bahagia hidup.

so kami dinner kt bandoengsche melk centrale, fuih tergeliat lidah nyebutnya.

haaaa gitew. Asal dr zaman belanda nih. (hermmm statement tak cukup research)

yeahhhh ada live band. Ammar terujaan.

inilah susu murni...suci murni gitew ohhh nak citer panjang2 tak ingat fakta sorri.

so depa makan soup tulang, alah lupa nama dlm Indo nyer.

Ni kira2 nasi goreng kampoeng. Ayam mmg tak jumpa ayam bandar, sume ayam kampung.

oihhh bateri dah tinggal satu bar je lagi ni, dah tatau apa nak citer.

they enjoyed the food but the next day, anak teruna cik muntah2 sakit perut kt airport.

blk malam tu setat le berkemas, masing2 dah pening kapla sbb beg dah beranak pinak haha rasakan.

at the airport, masing2 tidak lagi kemana2 hala kerana traumatised dgn case ketinggalan katebang.

amat menyukai kasut barunya.

 
buat apa tah. tak mandi pun pagi2 buta angkat terus ke airport.

sempat menghabiskan sisa2 rupiah dia airport.

hoh dah habis gambonya? hoorayyyy.

Baiklah, maafkan saya sekiranya saya bored you to death.

Bagi yg bertanya no. telfon Pak Jaja, ini nomernya :

+6285222982395

Selamat berenjoy ke Bandoeng ya! Hotel Ariandri tu boley google sendiri okay!

Daaaa...

Comments

~jeet~ said…
saya nak p bandung lagi..!! tapi kali ni ngan kawan pulak..tapi..kalau kawan tak jadi..saya pi sorang2 lagi...hahahaha...ntah nape, saya suka bandung :D
Haliza Ghazalli said…
Yong
Bila tengok gambar Yong di Bandung...teringat kak liza masa pegi sana 2 tahun sudah. Rumah mode...good shopping place. Tapi muak rasa makanan diaorg....asyik2 gulai nangka n Kari telor. N...kita dh mcm selebriti...tiap kali turun bas ...diaorg tangkap gambor!
Art Lover said…
Aslmkm Yong..
Banyak nya tangkap gambo..your picasa album ok lagi ya? Banyaknya memborong. Yg paling I suker sekali bab membuang brg aleesya tu..
Yong Kamariah said…
yuhuuu my dear Jeet,
Tang mana ekau suko tu? berani la awak pegi sensorang tanpa teman tu yek, klu akak dah ketorr taktau mana nak tuju haha..akak pegi pun tak habih explore, klu pegi lagi nak pegi tempat pelancongan yg dkt2 dah ke yogya, yg ada safari ngan ladang teh sumer tu, okay, enjoy your trip yah!
Yong Kamariah said…
Kak Leeza my dear,

Saya rasa saya suka area rumah mode tu je kot sbb cantik, Pasar Baru agak sesak sikit kot tp brg mmg murah utk certain items. haha, mesti akak makan nasi padang tu, bukan ke lauk memacam? tp bab rimas ngan penjaja mmg tak boley blahhh, diorang lagik ramai dr pelancong dah acaner tuuu???
Yong Kamariah said…
Assalam kak Iha dear,
picasa album taktau apa citer password pun dah lupo...saya memborong telekung semayang je buat bagi kt sedara-mara. akakaka, bab ANS mmg takkan luper punyer!
PatinPasta said…
Yong,
Tuh dia.. nanti next time pergi buleh konvoi dengan Jeet pulak. Hehe!

psst.. sama la kita, dok kat IG je kan? :D
CS said…
Yong
I masih lum teruja nak keBandung tak tau kenapa. My sistas, my anak2, my in n out laws semua pergi ajak I tapi I ttp bertahan (tak pergi pun dpt buah tangan so nape nak pegi, kaan? hahaha...sah pe'el parasite nih). Tengok gambar you pun dah cukup serupa mcm pergi kesana juga, mekasih. Amar sakit perut n muntah2? Samalah, anak2 I pun hinggakan my son masuk spital pasang drips lagi. Tiba rumah aje flat sbb dah demam.

Anyway foto yg tak cukup tidur tu cun apa. Flawless lagi.. Apakah tip memuluskan wajah wahai cik Yong? auwww...
Yong Kamariah said…
yuhuuu my patin pasta,
tu lah dianya, Jeet mmg semangat Indo tak habis akakakak...


Dear CS,
herrmmm mmg tak rugi pun tak pergi, cuma dpt lah pengalaman lawat tempat org. Ammar muntah2 kt airport, sume org dpt bug tu kak termasuk le saya, taktaulah ape bug yg mmg tak ngam ngan org Mesia! Your son pegi Bandung gek ke? get well soon yah klu kejadian masih baru.
auwww mulus keww?? la ni dah tgh menggelabah cari supplement ni, sume dah setat menggeleber sana-sini hahaha

Popular Posts