Balkan Trip : Zagreb, Croatia
Zagreb, Croatia, 3rd May.
Mari, mari teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Zagreb, Croatia. From Vienna to Zagreb kami melalui perjalanan yg hampir 400km! Masakkk... From Vienna kami menuju semula ke arah selatan, melalui Slovenia. Proses di check point berjalan lancar, TG dah pesan siap2 please behaveeeee. Baik tuan, kami org Malaysia, mmg well behaved, mcm jemaah haji jugak. Senang ko nak handle bebenonya. Nak2 dlm jemaah kami ramai bekas kakitangan profesional termasuklah Dr perubatan dan Dr persuratan.
Masih melalui jajaran Alps kala melalui outskirt of Austria mmg teringat citer The Sound of Music tu kan...dia kan filmingnya dia sini.
Di sepanjang laluan, asyik sekali pemandangan, as long as bukan ko yg jd drebar bas tu so it's ok, chill chill saje, lapa kita makan, toilet break kita berenti, cari wifi and coffee heeee... I guess tak sesuai nak bwk kekanak and org tua utk touch and go kind of trip cenggini, klu kekanak kan klu dia letih dia meragam, klu org tua, nak kontrol terkucil plak kan dah payahhh...
After pejam celik, makan, break, maka sampai la kami ke Croatia. Di bandar Zagreb, to be exact.
So malam ni, kami tumpang berteduh di Hotel Holiday, Zagreb.
Antara dinner meal yg disediakan malam tu, cuak2 gek la... yg mana rasa takdek connection ngan daging balun lah, mmg ada special section and portion utk kami. Tu sup peas tu sedappp. I ate pasta malam tu, and some rice yg rasa agak rare.
Setelah rest for the night, kami bersedia utk meronda bandar Zagreb.
3rd May
Sejarah Croatia bermula back in 1094 di mana 2 Hungarian settlement emerged. Dua abad kemudian, ianya dicerobohi oleh Mongols, dan ianya rise again sehinggalah tentera Turk Othmaniah pula dtg invade the country. After dia declare independence dari kesatuan Yugoslavia, Zagren secara rasminya menjadi capital of Croatia. Croatia adalah negara kedua terbesar dalam bekas kesatuan Yugoslavia dan terlibat dalam kancah bloody civil war in 1991 yg turut melibatkan Bosnia and Herzegovina. Kini Croatia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen.
Pagi tu hujan rintik2 turun dan cuaca pun agak sejuk la juga. So kami round dulu sekitar pusat bandar Zagreb yg byk melalui perubahan, dan menerima semakin ramai pelancong sejak ia diterima dalam kesatuan EU, to be exact in 1st July 2013.
A charming medieval city with Austro-Hungarian architecture. Zagreb juga terkenal dengan art and culture sehinggalah festival and nightlifenya.
In 20th century, Zagreb mengalami perkembangan yg pesat, dari segi pembangunan dan juga populasi penduduknya. It is continue to expand after WWII apabila ia masuk ke era revolusi perindustrian.
Melewati pusat bandar Zagreb, byk historical buildings yg masih digunakan untuk pusat pentadbiran negara. If I'm not mistaken, ni bangunan Art Pavillion (art gallery). Bangunan yg kaler kuning cenggini adalah bangunan bersejarah ataupun national buildings cam museum, galleries, theater and library. Sbb dia mcm bandar tua gitu, jgn tak tau Zagreb juga menyimpan seribu satu cerita misteri sbb dia ada cam forgotten graveyards, witches, secret societies and even dragon legend! Dragon slayer pnyer citer ada sini angpa oi!
Seelok kami turun dr bas, hujan pun berenti, kt bandar ni ada TG from local yg tunggu, klu tak silap nama dia Vladka. Very friendly and informative, so hari ni dia bwk kami jln2 pusing pekan Zagreb.
City of Zagreb terbahagi kpd 3 bahagian and those are the cultural, religious, and commercial hubs of Zagreb. First area or part, the Gornji grad, (Upper Town) yg dah berusia ribuan tahun. Kt sini letaknya religious mark of the city yakni St Mark’s Church, the presidential palace, museum and galleries.
Second part Donji grad (Lower Town), the 19th century buildings consists of shops, resto, cafe, theatre and park. Bahagian ketiga, the Novi Zagreb (new Zagreb), a high-rise buildings from the modern post-WWII.
Menuju ke Gornji grad, (Upper Town) part. Di pekan ni kita berjalan di cobbled streets, samanya mcm di Budapest or Prague and other Central Europe cities yg lainnya. Along the streets ni byk shops, and cafe sbb cam Vienna juga, budaya mengopi is popular.
In the lazy and cosy 'medieval' city of Zagreb..
Hujan nipis kdg kala turun and it was a wet day at Zagreb. Jalan nak menuju ke Upper town ni mmg menonggek sket sbb namanya pun upper. Sekali pandang mcm lazy and cosy town, tp tunggu malam and the nightlife meriah uols.
Tu ... dah nampak 2 menara from the Cathedral. Sampai di square ni, dpt public wifi punyer seronok angpa oi.. ada siap wat FB live lagik.
Ahhh tenang and lazy je nampak citynya kan waktu lewat pagi cenggini...or maybe because of the weather hari itu. Tgk tu mmg byk cafe kt sini sbb they are called 'cafe society' tpt jemah2 dan bang long Zagreb melepak.
We make a stop at a square, si V bg penerangan kt kami pasal bandar Zagreb melalui replika bandar Zagreb ni. Dr segi geographynya, bandar ni berkedudukan strategic di mana ia dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang, memberi natural perlindungan dari kuasa asing. Zagreb city itu sendiri berasal dari dua bukit dan dikelilingi oleh wall and river.
Melewati souvenir shops dah teruja dah masing2. Kak Yong kau maintain cool saja dan menikmati the view seadanya ahaks.
Bunga2an yg masih ada, Kata si V baru je habis tulip kt pekan tu..aishhh mmg nampak la tulip yg dah layu pun kt park. Rasanya spring belum berakhir tp takdop gop rejekinya.
So kami daki the Upper Town dan visit the Cathedral. Di bahagian ini terletaknya religious mark of Zagreb or Croatia, the Gothic, twin-spired Zagreb Cathedral juga St. Mark's Church. Yg kelihatan di sini adalah di perkarangan Zagreb Cathedral, a Roman Catholic institution and not only the tallest building in Croatia but also the most monumental sacral building for the locals.
Yg patung emas di atas depicts the Virgin Mary, yg dikatakan oleh locals sebagai pelindung kepada Zagreb city.
The cathedral, or better known as Cathedral of the Assumption of the Blessed Virgin Mary - a 12th century neo gothic cathedral. It is dedicated to the Assumption of Mary and to kings Saint Stephen and Saint Ladislaus.
Cathedral ini pernah mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat gempa bumi yg plg teruk dlm thn 1880. Ia juga dimusnahkan ketika invasion of Mongols in 1242, but di rebuilt semula.
Pada abad ke 15, Ottoman Turks invaded Croatia dan berita kemaraan tentera Ottomans amat digeruni oleh penduduk Zagreb dan memaksa mereka membina fortifications walls around the cathedral, yg masih kelihatan di belakang Kak Yong ni. Dan pd abad ke 17 pula menara tinjau pula dibina di cathedral ni sbg military observation point, juga kerana ancaman dari Ottoman, lucky them tentera Ottoman tak sampai ke Zagreb sampai sudah.
Gambar di bahagian dalam. Ada prayer and sermons I guess.
Jgn kecam Kak Yong bukan retis. Kita appreciate culture and learn from them for our own knowledge dan sesungguhnya ilmu itu luas utk manusia yg mahu berfikir.
Okay, setelah learn the history, kami bergerak ke bawah sikit utk menuju ke Dolac market. It's open-air market selling local produce dan tak kurang juga souvenirs.
Depa tgk kami ramai2 cam agak pelik, so tak de la cam warm and friendly sgt, most of them they will treat you basically as customer only. Tapi ada yg bg salam dan agak friendly, esp younger traders. 88% of Croatian is Katolik, yg lain tu samada Orthodox Cristian, and very small population adalah Muslim.
Depa guna matawang Kuna. Ni mcm lebey kurang seploh hinggit gitu sebekas. Tapau satu bekas, makan dlm bas. Walau TG dah warning jgn kotorkan bas Alec! (dreba bas) 😅 jadilah rakyat yg berdisiplin mcm westerners, mana ada kotorkan bas! Kita lagik tak bukak kopok dlm bas..mmg tak lahhh kannn...sian Alec pagi2 sapu bas dia kihkih. sabo lah Alec...org mai dari jauh ni kottt.. 😝
Mcm2 produce kami cuci mata kt sini... from fruits to flowers to dairy product, macam2 adaaaa...
Kak Yong sempat buat lintas langsung kt sini... kan ada public wifi ngehngeh
Ahah.. kita ke bahagian pembuatan cheeseeee plak, a traditional way, depa kan suka makan ngan salad ni.
Ha tgk ni... acik enon ngan acik yusni...wanita zagreb terakhir giteww sbb depa dua ni je pakai cenggini kt merket ni, depa ni la tukang buat chis tu. Tp kan mcm Russian gitu... agak cold sket. Teringat aku citer AR Badol ke apa, arwah Mak Enon ngan Yusni Jaafar, arwah Mak Enon si tukang masak kurus keding, arwah mak Yusni tukang cuci, comey gitu sbb keje dia hari2 amik bau mak Enon masak 😄
Okay lah, setelah cuci mata, kita ke Lower town pula, area yg dibangunkan after revolusi perindustrian.
Di area town square, lots of cafe and shops kt sini.
The one with Ms V.
Dgn sebahagian jemaah.
Sebelum tu, kt area market tadi, pi beli souvenir, shop dia mcm ke bawah tanah sket. Ni budak berdua muda mudi ni byk friendly, byk ko kena kasi diskaun kt acik hihi... sempat rembat 3 biji beg, 2 utk dua maks, satu utk diri sendiri beg gi jalan2 boh telekung dsb. Sbb ada ciri Croatia katanyeeee..
Okay, di bah Lower town. Tu laluan tramp.
Okey tramp dah lalu. Dalam meredah bandar mencari halal kebab sbb perut dah berbunyi uols.
Okey, tu dia... boley tahan la que dia, bapak lama nak tunggu brader tu proses dan bungkus.
Dia guna shaver kerat daging tu uols. ni tingkap pecah ke apa ni..
Setelah lepak di square and makan lunch, kami pun pi lah tpt bas balik. Okay je visit bandar Zagreb ni... cumanya kalau dpt visit the coastal line cam Dubrovnic dan other National Park dia kan superbbbb... terima je lah seadanya jalan yg tuhan buka ni utk lihat bumi dia...
Maka, kami pun bergerak menuju ke Islamic Centre yg tak jauh dr pekan, utk solat jamak.
Dalam masjidnya. According to Ms V, they respect each other's belief, so cam azan dibenarkan dilaungkan di sini, if I'm not mistaken.
Di sekitar Islamic Centre.. subhanallah cantiknya kawasan sekitarnya, cukup tenang dan cantik.
Kannn... sempat gek berenti makan and snacking kt park dia. Actually Zagreb juga terkenal dgn park dia around the city.
Ahhhh sempat koya dulu seround. Bunga2 liar tumbuh subur melata, if it was bright shiny day, lagik la superb view dia.
Ni lebih kepada testing kamera hihi...
So selepas itu. bergerak lah kami untuk ke destinasi seterusnya : Sarajevo. Nantikan episod seterusnya. Tulis pun dah penat, apatah lagik the journeynya tu...
Last but not the least... menjamu stoberi jest nice sweetnya dalam bas sambil sorok2 dr TG kekwat. Sekian. bai.
Comments