Yea, yea, nak raya..

Kalau kecik dulu, tu le lagu standard petang/malam raya sambil melompat sakan. Kecik2 dulu standard le, pagi raya baju kurung, petang raya atau raya kedua pakai gaun. Tapi aku tak le banyak, sepasang je pasal mak ada anak pompuan berderet2, zaman tu kalau baju kurung sume sepesen patennya, mak beli pukal. Kalau dapat ikut mak gi bandar Kuantan punyalah seronok gi kedai mamak jual kain pasang. Oleh kerana Kak Long pandai menjahit, maka Kak Longlah jadi tukang jahit baju adik-adik. Namun begitu, selalunya Kak Long suka wat keje last minute. Selalu jugak aku berlinangan airmata malam raya tunggu Kak Long claim baju. Pernah sekali aku melalak sbb dah tgh malam raya tapi baju aku tak siap claim. Sambil berlinang airmata aku tunggu jugak tepi mesin jahit sambil Kak Long menggelek2 kaki ngan mesin tu. Jam tu Kak Long dah tertekan nak siapkan baju terus dia halau aku tapi aku tunggu gek sampai baju aku tu nampak macam ropa baju. Sudahnya pagi raya aku pakai juga baju yang tak berclaim tangannya, takpe lah, janji pakai baju kurung.

Dulu kuih raya standard mak kuih baulu, putu kacang ngan bangkit. Yang lecehnya kena tulung kepuk telur ngan pengepuk telur yang ada spring tu. Selalu adunan yang terpercik tu kena mulut, alamat selamat lerrr.... Lagik satu kena tulung tumbuk kacang dalam lesung kayu. Memang tokleh lari ler wat tu sume. Dulu nak tunggu waktu berbuka mak datuk rasa masanya panjang sangat. Macam-macam aktiviti sempat buat sementara nak tunggu buka tu. Yang tak tahan sume benda nampak sedap je masa buka tu, tengok jambu tepi jalan masa balik sekolah pun boleh petik sebiji reserve wat berbuka. Satu lagi keje standard kena jadik posto hanto juadah kt jenjiran. Dulu memang jadik amalan biasa tuko2 juadah ni, la ni kt bandar payah le sket.

Tahun ni En. Azhar tak dpt cuti, raya ke4 barulah cuti. Aku rasa cam sedih gek le sbb nak le beraya ngan husband ni. Tapi ntah mengapa ada satu sudut yg sipi2 kt hatiku ini kata yabedabedu...buleh balik umah mak seminggu... yehuuu... aku pun tak tau ngapa jahat beno sudut tu.. Kak Long kata aku kejam sbb tinggalkan laki sengsorang beraya kt Kl, aku kata kalau laki aku tak bagi aku balik beliau lagik kejam sbb aku beraya sengsorang manakala beliau bekerja.. mau melalak aku pagi raya tu sengsorang, nak beraya dengan benggali sebelah umah aku bolehlah.. pastu tengok tv satu hari rancangan seloka di aidilfitri, tak pun sarkis (eh, ada lagik ke rancangan tu kt tv raya2 ni ar?), fair jugak ler pasai tahun lepas dah beraya mah mentua...

cakap pasal mentua n giliran raya ni, aku ingat dulu memula kawin, masa raya kt Perak sayu gek aku, bukan pasal apa, pasal rerupanya pagi raya dema makan lemang ngan rendang tok semata2, tu je... ni kalau umah mak ni dah meriah dah ngan makanan, mak mesti masak nasik dagang pagi raya tu, Kak Long pulak mesti masak nasik tomato ke, nasik minyak ke, tak lupa rendang ngan ketupat ngan kuah kacang, nti Kak Tie sampai pagi raya bawak sate yang setiap tahun dia tempah tu, tu belum masuk yg jenjiran bagi lagik tu (dan tu pasal la ramai yg obes dlm famili aku agaknya tu), jadiknya tahun ke depan tu bagi memenuhi tuntutan nafsu makan aku di pagi raya tu aku masak nasik beriani sepoyok beso, ntah camana aku buleh masak aku pun tatau, janji dpt makan spesel pagi raya, hah ko, licin.... mah mak mentua aku ni plak memang sasaran umah pertama segala anak beranak sepupu sepapat En. Azhar, maklum le umah Opah Endet (ye ke eja camtu)... dan semenjak tu kalau beraya kt Perak memang dah jadik tradisi aku kena masak nasik beriyani/tomato.... so tahun ni.. aku harap aku boleh enjoy!

Comments

ueya said…
Salam,

pengalaman kita sama ler.1st time raya mentua makan lemang ketupat je.kalau umah mak sendiri segala mak nenek ada.Paling pilu umah mentua kul 10 dah tido, umah mak sendiri kul 12 lom tentu lagi, dok sebok adik beradik psg langsir ngan kusyen...rindunya!!!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet