Tasik Kenyir, Aku dan Gigiku..


Hari Jemaat tgh malam jam 12 am En. Azhar naik bas bertolak ke Kuantan. Jam 3.30 pagi dah sampai kt terminal, maka raya ke 4 tu le aku beraya ngan suami. Dah pepagi buta tu K. Long ngan A. Zan ajak gi Tasik Kenyir, rerupanya dema dah book penginapan dan bot ke sana. Aku pun memang cadang nak ke Setiu, yakni on d way ke T.Kenyir utk mendapat rawatan sakit gigiku, maka lepas En. Azhar dpt cover sket tidonya maka kami ngan mak pun menyusul deme2 tu. Masa sampai kt Ajil dan simpang nak ke Kuala Berang/K.T, mok ayoh, jalan dah tepu, beratus2 kenderaan dah tersangkut menghala ke Kuantan/LPT. Org dah setat nak balik bekerje la tu.
Itu le 1st time aku sampai ke Kenyir setelah berpuluh2 kali lalu kt signboard dia je. Memang menakjubkan scenery dia. Kami pun naik le bot menuju ke tpt penginapan, sempat le bermalam kt situ. Disbbkan masa suntuk tak banyak le aktiviti dpt dibuat, just mancing ala2 ngan round2 island. Dlm pada tu kaki aku sempat le rabak, luka, bak kata org Ganu berdaroh hanyar sbb terpijak batu tajam, sampai tembus selipar. Dlm kalut2 tu, anak aku pun sempat hilang sekejap kt Pulau Sah Besar tu. Aku ngan ayah dia dah panik kejap, otak aku yg aktif berimaginasi tu sempat le pikir yg bukan2. Rupanya member dah salah naik rumah (sume rumah penginapan tu sama je design dia), jadi mamat tu pun jalan le sengsorang, dia dah nak menuju ke jeti. Nasib baik ada org nampak, 'jiran' kami tu ajak ikut tapi dia tak mau, dah jumpa dak tu fuh, lega rasanya...

Balik Kenyir aku menuju le ke Bandar Permaisuri, Setiu, ke destinasi tujuan utama aku ke sana. Sampai kt klinik Abang Romzi, wah, patient dah ramai que. Dgn itu juga aku hilang semangat terus, aku memang takut sebenonya gigi aku ni diapa2kan, tapi dlm hati nekad nak cabut je gigi aku yg dah lama on off sakit ni. Tak pe ler, kami pun gi balik umah dema lepak2. Kak Yah pun belum balik mengajo lagik, aku nak balik je time tu sbb ati aku dah berbelah bagi nak cabut gigi. Tghari A. Romzie balik umah dan aku menikmati lunch terakhir aku bersama sebatang gigi geraham yg dah lama sakit. Petang aku jadik patient last. Masa tu jantung aku dah dap dup dap dup. Sepanjang hayat aku setelah gigi lengkap 32 batang tak pernah mana2 gigi aku bercerai ngan adik-beradik dia. Tu le 1st time nak cabut gigi. Setelah bersoal jawap ngan A.romzie akupun pasrah, dibius dan dicabut giginya. Maka rompong le sebatang gigi geraham atas aku. Aku rasa upset giler time tu, macam kehilangan benda berharga. Kata A. Romzie, aku ni masalah plak/karang2an yg aktif tumbuh menyebabkan masalah gusi (apa ke benda tah nama saintifik dia) dan menyebabkan masalah gigi. Kalau org lain scaling gigi setahun sekali aku kena 6 bulan sekali. Gigi yg cabut tak sakit tapi otak aku yg sakit time tu, aku rasa down gilerrrrr. A. Romzi bagi le aku MC sari, disbbkan kt radio kata jalan dari Jabor-Lanchang-Karak sesak maka aku menyambutnya dengan senang ati. En. azhar yg kental dgn etika keje tidak berapa setuju tapi simpan dalam ati. Dan beliau yg juga kental dgn semangat Arkibnya berbeso hati menyimpan artifak gigi aku yg dah tercabut tu, utk masuk koleksi gigi2 anak aku yg dah luruh sebelum ni.
Sampai ari ni aku down giler sbb kehilangan gigi atas ke 26 ni. Nak cakap pun rasa menerobos je angin kt celah rompongan tu. Nampaknya konsonan2 sebutan aku tak berapa perfect lepas ni. Dan senyuman aku agaknya pun dah tak berapa lawa lagik dah, eceh....

Dgn ralatnya aku tak dpt merakamkan aksi2 beraya sbb kameramen tak balik raya, ada gambo pun kt kamera anak beranak lain, kene le kutip satu2 lepas ni, tak apa, minggu ni aku nak balik Perak pula raya, nanti buleh le bergambo semula, kt bwh ni gambo2 lepas raya je..
Sukanya dierr.... Naik bot ke Pulau Sah Besar

Dengan anak2 Kak Long, Ammar senyap je sepanjang jalan...


Sume dah muka poyo tunggu bot kt jeti, Ammar dah ready siap2 pakai
safety jacket.


Bergambar dgn bonda tercinta kt Jeti


Posing kt rumah penginapan


Anak kamerameng yg tak pernah suka/sporting time nak amik gambo



Bergambo beramai2 kt signboard



Last but not the least.. se korup gambo ini, se korup juga ati aku saat itu....time ni macam-macam rasa ada, nak terkench lah, dag dig dug la...macam-macam adaaa...sebenonya aku teramat takut jumpa dentist, nasib baik le ada En. Romzi ni, tak le aku segan sgt...

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet