This special kid...

Okay, sekarang Ammar ingat diri dia, atau imagine diri dia seekor anjing. Malam semalam aku hampir tercekik bila dia suruh aku beli tulang. Dia kata dog makan tulang. Malam sebelum tu dia kata cat minum susu and makan nasi. Aku kata Ammar manusia, manusia makan sume tu, nasi, susu, sayur (benda yg dia tak suka sekali), tulang tu manusia tak makan (kecuali sup tulang). Lupa lak aku nak tanya cikgu dia agaknya sukatan pelajaran dia lately binatang dan makanannya, subjek sains agaknya. Patut la lately dia suka beno tenung anjing, be it anjing peliharaan rumah cina, atau anjing lior yg selalu berkeliaran kt jalan.

Serupa macam dia obses ngan buaya. Asal nampak air je mula la dia kata 'nak mandi, nak mandi', pas tu akan kata ayat yg dia dah program kt otak, 'tak boleh mandi, ada buaya..' hatta lopak air kt tepi jalan pun dia akan kata camtu. Dia punya obses dan takut pada buaya tu akan membuatkan dia akan memberontak bila nak gi swimming class setiap Selasa (sampai nak tercekik la cikgu dia pasal dia bergayut kemas2 kt tengkuk cikgu yg ajo swimming tu), dan hatta nak mandi dlm bilik air Awe kt kampung pun dia takut sbb kolah umah mak beso.

Sindrom n simptom tu kalau dlm autisme dipanggil 'echolalia', satu benda yg repetitive, ayat yg dia akan selalu ulang, most of the times bebudak ni tak faham maksudnya, it's just satu benda yg macam diprogram dlm otak dia, eg. bila buat benda ni, maka consequencenya akan jadi benda ni. Kengkadang malas aku nak layan bila dia asyik ulang benda yg sama. Sejak dia dah obses ngan computer games ni tenang sket idup aku, kalau tak asyik layan benda yg sama je (mak yg jahat ke aku ni ar?). Tapi sekarang, dia mula bertanya. Maka hati aku berbunga riang. Sekarang ni, kalau dia break dr dok depan pc tu, dia akan dtg kt aku atau Ayah dia tanya, 'Ummi buat apa tu, atau ayah buat apa tu? atau ni apa? tu apa?' alhamdulillah... Most of the case dgn budak autisme ni, there is no question or answer. Question akan dibalas dengan question yg sama balik (echolalia lagi). Dulu aku frust sbb dia akan mengelak soalan. Susah nak tau apa pun dr budak camni. Satu tahap, aku dapati kalau nak tahu citer apa dah jadi kt sekolah atau nursery, aku biar dia leka sengsorang, bila dia tgh main tu dia akan cakap/ulang balik conversation yg dah berlaku kt sekolah/nursery tadi. That's how he tells a story or what happened satu hari dlm hidup dia.

Ammar surely can speak but he doesn't tell a story, he couldn't. It's too hard for him utk susun ayat bilamana dia sendiri kurang faham kenapa sesuatu benda tu terjadi. Most of autisme kids are like that. Masa dia kecik dulu, aku sangat2 bimbang nak bawak rumah org. Dia akan buat tu macam rumah dia, atau barang orang tu barang dia. The whole universe is about himself, and within himself only. Dia tak boleh terima dan tak faham kenapa dia tak boleh buat tu, buat ni. Bila dah besar ni barulah perlahan2 dia boleh terima reason. Sekarang everything must have reason, but reason yang dia biasa dengar. Dulu, bila dia buat perangai mulut aku amat berat nak terangkan kt orang bahawasanya anak aku ni ada autisme. Sbb kebanyakan org kita sgt asing dgn perkataan itu. Habih pun aku akan cakap dia ni kanak2 istimewa. And some facial expression org akan bagi adalah 'ye lah tu...'. Atau pun ada cakap, 'eh, kat mana cacatnya pun' , dan tak kurang muka simpati, kalau yang dah berusia tu selalu akan cakap, 'biarlah, dia budak lagi, bukan reti lagi', dan juga ada 1 or 2 occasion yang mengguris hati aku dgn komen yg sarcastic. Selalu bila dia dah start buat perangai, aku bagi signal kat Ayah dia suruh balik. Banyak formal function yang aku tak dapat ikut Ayah dia sbb aku bimbang nak tinggalkan kt orang. Pernah juga bila dia nak join budak2 main, ada sorang budak cakap, 'eh, dia ni gila!' Tapi aku selalu kata dlm hati, bukan salah budak atau orang tu pun, kalau org dewasa tu, mesti dia ada anak yang baik-baik, jadi perangai super active anak aku tu benda yg sgt alien pada dia barangkali. Aku terima komen sume seadanya. Bila malam, tengok my kid dah tido, sambil usap kepala dia, aku akan kata sendiri, 'bukan salah Ammar pun', dan usai semayang, aku akan berdoa minta tuhan jangan bolak balikkan hati aku dgn kata ini salah tuhan, nauzubillah... sesungguhnya aku redha...

Dulu Ammar cannot accept any rules or cannot obey to instructions, how can he when he didn't understand what is rules and instructions? kalau orang que contoh kt order kaunter kt McD, dia nak terus menonong gi depan, most people sure akan marah kalau potong qeu, but he failed to understand kenapa kena que, yg penting jam tu jugak dia nak satu set happy Meal, yg lain, doesn't matter! Masa kecil dulu, bila kami que, dia akan mengamuk nak ke depan, nanti dengan tgh menggelupur tu Ayah akan angkat pegi masuk kereta, tinggal lah aku kena wat muka selamba after the incident. Explanation to the people? Forget it! Bila dah sekolah, baru dia boleh accept why people have tu qeu up. Barulah boleh dok dlm barisan, dulu kena pujuk elok2 sampai aku bagi reason yang merepek2 kenapa kena que up, sekarang dia dah paham (but i think without understanding the whole concept!).

this special kid sebenarnya buat aku rasa makin dekat dengan Dia, si Pencipta, buat aku mensyukuri nikmatNya, buat aku selalu muhasabah diri aku, buat aku rasa kecil disisiNya, buat aku insafi diri, dan yang penting, this special kid buat aku menghargai dirinya yang sgt special dihati aku itu...this special kid also makes me feel special!

Comments

Popular Posts