Kena Tinggal Lagi..

Hari ini genap 3 hari jadi ibu tinggal. Baru le tau kelam kabut bila takde asben disisi. Sebelum ni kalau lelaki itu kena keje jauh2 aku tak komplen pun, tapi sejak anak sekolah ni gegasan pepagi tu jadik 2 kali ganda bergegasnya. Sebenonya hari2 pun aku selalu bergegas, tapi selalu siapkan diri sendirik je. Anak dr bangunkan sampai le hantar muka pintu sume Ayah dia yg buat. Anak aku tu kalu nak harapkan dia siapkan diri sendiri pepagi tu alamat berjam2 le baru siap. Baru le tau betapa besonya jasa lelaki itu. Minggu ni pepagi anak aku tgh lelap lagi aku dah tanggal baju dia, heret pi bilik mandi dan dgn mata terkatup tu le aku siram air, pakaikan baju sampai le dlm kete mata budak tu masih lagik terkatup. Lantaklah, janji siap hihihi...

Dan masuk ari ketiga ni pagi tadi seekor ikan koi peliharaan En. A tlh meninggal. Erkksss... tak cukup oksigen agaknya, eh, laaa... aku lupa nak bagi makan rupanya...astaga...aku harap En. A balik nanti takkan mengira jumlah ikan2 peliharaan dia dlm kolam tu....Pokok mangga dia kt luo pago tu pun aku lupa nak siram, aku lupa dlm minggu ni mana ada ujan, panas terketik2 ada la... lahhh..hopeless betul la aku ni, baru le tau berdua lebih baik!

Oh yek, En. A pi China dlm seminggu, ikut program National Geographic (China Edition). Penganjur siang2 dah ckp tak sediakan halal food. Wakil media M'sia pun dia sorang je Melayu, takdek kawan nak share bab2 food ni. I wonder camne lah lelaki aku yang Nasik lover tu buleh survive seminggu tak makan proper nasik. Dgn penuh tawaduknya aku mengambil inisiatip membekalkan sambal kering ikan bilis ngan kacang (ehsan dari Kak Long) dan serunding daging yg masih byk dlm peti tu. macam org dedulu aku packkan dlm plastik tapau dan mengetip plastik tu ngan api lilin (buleh jimat space dlm beg). Hem, sblm ni pi obersea memana takdek le plak ada mesalah halal food ni, macam2. Nak wat camne, kena ikut penganjur punya program, bukan pi makan angin pun, pi keje. dlm itenary program yg pack tu pun En. A kena pi tempat2 cam tapak sejarah UNESCO, bukan tempat gelamor. jadik harapan aku takle tinggi utk ole2 yg extravaganz..heheheh..

o yea, mak masuk HUKM semalam, esok due to operate (setelah dipostpone utk sekian kalinya). I hope for the best 4 her, steady ye mak...

Comments

Popular Posts