Alhamdulillah.. and Happy Mother's Day...

Alhamdulillah, mak dah selamat jalani minor op kt HUKM kemarin, setelah 3-4 kali postpone dan kuar masuk wad. Sian ia, ketidaklaratan sejak kuar ni, nampak mak uzur benar. Agaknya sbb ubat bius tu kot yg wat ia tak larat nak bangun dan pening sokmo. Harap2 mak cepat recover. Kita tau mak sebenonya tak sabar nak balik umah mak, rindu sgt dia kt umah dia tu. Mak dah tak sabo nak masak laksam, nasik kerabu dan nasik dagang tu. All time favorite mak yg menjadi 'ubat' mujarab utk diabetes mak. Yg beli kt KL ni ada aje le yg tak kena ngan selera mak, ye lah, tak kick agaknya org KL buat. Satu lagi aku rasa mak teringin beno nak makan kopok lekor.

Tulah yg menyeramkan kami sume kalu mak dpt balik umah. Macam2 ia nak makan, pas tu asyik2 tak larat sbb kencing manis dah naik tinggi. Kt sini mak rela kebulur sbb sume makanan yg dibagi kt dia tak kena selera dia. Dah berhari berminggu tak baper nak makan, makanan hospital apa lagik tak sentuh langsung. Ari tu ada sekali aku wat ikan singgang boh durian seulas barulah ia makan bertambah. Aku ingat wat ikan singgang dah kira healthy food, kena Ajie suwey betol gi beli durian lak (maklum le kt Sarawak ia kata susah nak dpt), dah tak semena2 mak request boh seulas dorian dlm kuah singgang tu. (actually org Teganu memang biasa makan singgang boh durian ni). Durian memanglah ubat kencing manis plg mujarab mak oiii...

Apa2 pun kasih seorang anak ni walau mak sakit camne pun tak sanggup nak hampakan permintaan mak. Kang mak mogok taknak makan, takpun berasa ati sampai bawak ke alam sana ker..ishh, tak sanggup aku... weekend ni nampaknya aku kena jaga mak lagi, dah macam2 menu aku dah reka dlm otak aku ni, termasuklah nasik ayam, pastu masak lemak pucuk paku ngan udang, pastu asam pedas ikan aye itam, patu kari kepala ikan ngan ayam goreng berempah, pastu bla bla bla..uwaaaaaaa... mak, macam ni bukan je gula mak naik...badan kita pun makin tambah2 naik lagik la mak...


Btw, mak, Selamat Hari Ibu mak... Timakasih sbb jadik mak kita (have I ever thanked you for that? sob sob....)

Comments

Popular Posts