Berurut, BBQ and such...

Last week aku meneruskan misi berurut aku ngan Wak.

Sabtu, 5.15 a.m. , dari umah Kak Long dah bertolak ke Ijok. 3 beranak terlibat dlm misi kali ini. Serem gek lalu kt Ijok masa org tgh berdengkur lagik tu. Dlm 5.40 a.m. dah terpacak kt umah urut wak, reason gi awal utk memastikan jadik org terawal. Wuhuuu!!! We were the first, mission accomplished! Ammar tido lena dlm kete. Kul 6 lebih mulalah ada umat manusia yg dtg. Lepas Subuh kt situ lepak2 kt beranda dan belum kul 7.00 a.m Wak dah dtg. Sesi pertama Ammar punya turn, wah, time ada point2 tertentu dia urut menggelupur cam ikan keli kena palu gek ler dak tu. Aku nak gelak pun ada. Wak kata badan budak ni byk angin dan urat saraf ada rosak (no wonder sbb masa kecik selalu kena fit (sawan tarik?) masa demam), pas tu semedang je kembung masa dlm pantang). Next --> mak dia. Jeng jeng jeng... rerupanya aku pun sama termenggelupur bila ada point2 kt badan yg wak urut tu, tapi bila wak lepas je tgn dia tak pulak sakit. Aku punya diagnos? Hemmm... macem-macem sakit dlm badan ni kata Wak. En. A gelak tgk aku termengaduh tu, tapi next...bila time dia, aku punya turn lak gelak tenuk..hahaha...he was such in agony! yg paling sedap bila Wak sentap badan, akunyer badan berkruk krak sana sini macam tulang nak patah. Modus operandi urut Wak ni sama cam berurut dlm pantang, satu badan diservisnya (kt si-tut tak ler). Balik umah terus tido sampai terbabas ke Asar. Ringan sket rasa badan ni. Next appointment agaknya in 2 weeks kot. (FYI, Wak pesan kalau nak berubat jangan malu, so aku niat utk berubat, dia niat utk mengubat).

Petang tu k.Nanie ajak pi makan2 kt umah baru dia yg belum dia 'naik' lagik. so off we went to Bukit Rimau (area2 tu ler). Oh! Ada bbq rupanya dan nak menyambut besday anaknya. Lawak tul, plan yg sgt2 last minute. Dgn facilities yg tak proper dan ada tak dek tu they all managed to organised bbq yg tak kurang meriahnya. Mak dok umah Kak Long weekend tu sblm Kak Tie dtg jemput balik kampung ari Ahad tu. So mak dtg ngan Kak Long n famili. Nampak dah ok sket tu mak, harap dia akan terus ok bila dah hirup udara tanah halamannya nanti....(dan dapat makan fav foodnya)

nasib baik le ada geng remaja ni, tak yah lah gol. tua dan remaja purba cam kami ni berkuntaw ngan asap...

gaya overdose dan overacting seorang remaja..

muka tembok... manakala di satu sudut ada sekumpulan younger generation sedang menikmati hasil bbq tersebut... iya Ammar, itu adalah seketul ayam, nak..usah berimaginasi yg bukan2...
yang penting kita enjoy....

Ada yg sambut besday...Happy Besday Alya..

Dan ada yang melalak nak potong sama kek tu...(sape lagik budak yg baju hijau tu laaa..)

bukak hadiah time...


Dan ada yg meraikan seorang ibu... selamat hari ibu emak...semoga dipelihara Allah selalu... (yg baju putih tu anti klimak betul, baru nak jiwang sket...perasan sungguh laaa...)

Comments

Popular Posts