Chobaannnn...

Inilah dia chobaan akhir bulan bila duit dah makin pupus dlm poket...



1. Pago umah rosak. Inilah dia akibat 'kecanggihan' auto-gate (bukan salah aku sbb beli umah ni toke dah siap pasang autogate ni). Bila benda melibatkan mesin ni rosak alamat kena kapaw kaw kaw nye lah ngan kontraktor/service provider ni. Jadik 2 ari lepas panggil le abang 'Jack' ni. Gedebuk gedebak dia kata panel dah rosak whatever, RM250 sini mari... aiyoh... mak dah tercekik ayaq lioq. Tu termasuk service charge panggil taiko mari RM60. Mau tukar ka tak mau tuka ka RM60 kena bayaq jugak. Aku ckp 'tak boleh kurang ke?' Taiko geleng kepala. 'kalau takmo bayar?'. Taiko yg ada tattoo satu badan ni tenung aku dalam2. En. A suspen sambil buat2 gelak utk redakan ketegangan. Pas tu dia kata, 'u call la saya punya bos'. Aku kata, mai sini, aku call. Dia call bos dia pastu bagi hanpone kt aku. Tapi cambiasa, aku berani separuh jalan jek, cam biasa my other half le yg akan 'menyudah' benda2 yg aku wat separuh jln. Aku kata 'bang, mintak kurang sket'. Dgn skill pr dan 'repertoire' agen skali , dpt la En. A mengurangkan RM50.00 . Fuihhh.. Rm200 terbang disenja yg remang itu (dan plg best dihujung bulan yg syahdu itu), aku kata (bukan tobat lagi), next taim rosak kita wat cam org sebelah ni, tukar mode jadik manual, senang citer!

2. Kemarinnya pulak mesin basuh lak meragam. Le maklum mesin separa auto. Tempat mengering dah rosak. kwang kwang kwang... baju kotor ada sebakul beso tu. Aku ni sebenonya 2-3 tahun lepas tuko mesin dari full auto ke separa auto. Reason being 2-3 kali rosak kena beratus2 gek baikinya, le maklum le ada cip bagai bila guna auto ni. Jadik utk meredakan hati yg terluka berkali2 tu aku convert le ke separa. Rerupanya rosak jugak... alahaiiii... bak kata Ali mamak... sabaaaarrrrrlah Ali.... tu baper kena baiki tatau la tu, ari ni nak panggil abang taiko lain plak tengok tu....aiyohhh..baper org taiko daaa yg kena dtg umah aku ni??... tapi cakap pasal mesin ni, aku rasa mesin ni wat hal sbb kecik ati ngan aku kot, dlm seminggu 2 ni aku ckp kat boiprenku betapa aku nak tuko mesin auto balik. Sbb.. akulah the most hopeless n forgetful person on the planet universe bila pasang air kt dlm mesin tu!!!! Ada sekali tu aku bio air running selama setengah hari sbb engaged layan rancangan cooking kt astro tu, pas tu aku siap baca novel lagik... aku lupa terus aku tgh cuci baju!!! bila bil ayo sampai bulan tu En. A terus menyalahkan Syabas dan keadaan politik di Selangor ni (huahuahuahhh). Fuihhh... selamat teman!....






Gambo ni plak saje je nak menempel. Dan inilah dia pokok Dhil yg aku tanam (tanam ke campak?). Tumbuhan ni senang beno tanamnya, boleh tumbuh melata2. Paling best nak guna dia bila wat bbq, taburkan dia bila perapkan ngan seafood. Aroma dia tu akan jadik lebih kaw. Buleh gantikan Rosemary. Ari tu aku tgk dlm AFC sorang chef mat saleh tu teruja giler guna dhil ni sampai dlm doh wat roti pun dia tabur daun ni. Aku jumpa pokok ni kt umah jiran aku De Yah yg tatau apa fungsi bendalah ni, saje suka2 tanam. Jadik aku amik le sepohon tanam umah aku.

Comments

Popular Posts